Dituduh Dera Anak Sampai Mati Pasangan Ini Dakwa Niat Hanya Mahu Mengajar Anak
Singapura: Baru-baru ini sepasang suami isteri didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dipercayai anak kepada pasangan ini sehingga menyebabkan kematiannya ketika menerima rawatan dekat sebuah hospital di Singapura.
Pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun menghadapi pelbagai tuduhan mendera mangsa serta didakwa melakukan cubaan membunuh dengan niat antara 15 dan 22 Oktober 2016 yang membawa kematian mangsa pada tarikh 23 Oktober 2016 setelah disimbah dengan air panas.
Menurut laporan Straits Times Singapura, dalam satu perbicaraan yang berlangsung pada 14 November lalu, sepasang suami isteri mengaku tidak berniat membunuh mangsa.
“Bagaimana saya mampu membunuh budak? Tengoklah badan saya yang kecil ini,” kata tertuduh dlaam satu kenyataan kepada pihak polis semasa perbicaraan ketiga semalam.
Dalam satu kenyatan lagi, wanita tersebut berkata “Saya tiada niat mencurahkan air panas ke atasnya jika dia berkelakuan baik kepada saya.”
Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengurung mangsa di dalam sangkar kucing, mengepitnya dengan ragum serta memukul mangsa dengan penyapu.
Antara tarikh 15 Oktober dan 22 Oktorber 2016, pasangan ini didakwa menyimbah menggunakan air panas kepada mangsa sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dan menggunakan air panas daripada dispenser yang berada di dapur. Ujian saintifik menunjukkan bahawa sihu air tersebut puratanya adalah 92.6 darjah celcius.
Apabila mangsa dikatakan rebah selepas deraan terakhir dan tertuduh membawa mangsa ke hospital selepas 6 jam kelewatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 23 Oktober 2016.
Pada Khamis lalu, dalam perbicaraan ketiga, beberapa keterangan daripada tertuduh dibaca oleh anggota polis di mahkamah.
Tertuduh lelaki berkata dalam satu kenyataan pada 27 Oktober bahawa mangsa mengerang kesakitan dan berkata “sakit, sakit” (dalam bahasa Melayu) semasa dalam perjalanan ke hospital.
Tertuduh wanita berkata dalam satu kenyataan pada tarih 26 Oktober lalu, dia hanya ingin mendisiplinkan mangsa.
“Kalau saya niat nak membunuh dia, saya akan membunuh anak saya yang lain, namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka. Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri.”
Dia juga berkata dia rindukan kesemua anaknya.
Maklumat mengenai identiti mangsa serta adik beradiknya selain daripada ibu bapa mereka tidak dapat didedahkan.
Dalam satu lagi kenyataan yang di ambil pada tarih 26 Oktober, wanita tersebut berkata dia tidak tahu apa yang dilakukannya sehinggakan menyebabkan kematian anaknya itu.
“Saya hanya mahu beri pengajaran kepadanya. Kenapa saya melakukan perkara ini kepadanya, tidak kepada anak yang lain? Dia juga anak saya.”
Perbicaraan akan bersambung.
Sumber: Straits Times Singapore
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/16/dituduh-dera-anak-sampai-mati-pasangan-ini-dakwa-niat-hanya-mahu-mengajar-anak/