Ditendang Macam Tunggul Kayu Peguam Ingatkan Jangan Jadi Pak Sanggup Walau Untuk Keluarga Sendiri


Urusan kewangan merupakan perkara yang memerlukan pertimbangan teliti terutamanya apabila ia melibatkan orang terdekat seperti rakan-rakan dan keluarga.
Silap haribulan, niat untuk berbuat baik menjadi titik perselisihan yang mengeruhkan hubungan dengan orang tersayang. Ya, kita digalakkan membantu orang lain, tapi dalam masa yang sama kita perlu melihat kemampuan sendiri agar tidak tersepit di kemudian hari.
Sebagai peguam yang banyak menguruskan perihal jual beli hartanah, Salkukhairi Abd Sukor mengingatkan orang ramai agar mengelakkan diri dari menjadi ‘pak sanggup’ dalam urusan berkenaan.
“Orang lain dapat madu, kita dapat hempedu,” katanya dalam satu kiriman di Facebook baru-baru ini. Tanpa membuang masa, jom kita baca pesanan beliau di bawah.
Elakkan jadi pak sanggup Saya nak ingatkan sahabat-sahabat semua, elakkan lah diri daripada menjadi “pak sanggup” dalam urusan jual beli hartanah orang lain, walaupun melibatkan adik beradik atau saudara sendiri.
Apa yang saya maksudkan dengan jadi pak sanggup adalah, orang lain nak beli rumah, tapi disebabkan komitmen beliau tinggi atau disebabkan pinjaman beliau tak lepas, beliau minta tolong kita buat pinjaman sekali. Buat combine loan beli rumah sekali dengan beliau.
Kita pula disebabkan rasa kasihan atau termakan dengan pujuk rayu, serahkanlah diri untuk jadi pak sanggup.
Lebih malang lagi ada yang sanggup jadi peminjam bersama untuk bayar pinjaman bank sahaja. Sedangkan rumah yang dibeli tersebut nama orang tu seorang sahaja.
Kadang-kadang walaupun rumah nama berdua tapi yang duduk kat rumah tu dia seorang sahaja. Ada yang siap buat untung lagi daripada rumah tersebut misalnya sewakan satu bilik kepada orang lain atau buat homestay. Kita ni dapat tengok aje lah.
Itu mungkin ok lagi. Masalah akan timbul apabila kita nak beli rumah kita sendiri kelak. Disebabkan kita pernah jadi pak sanggup sebelum ni, pinjaman kita untuk beli rumah sendiri pun sangkut.
Lebih malang lagi, apabila orang yang minta kita jadi pak sanggup tadi ada sangkut bayar ansuran bulanan dengan bank.
Silap haribulan dengan kita sekali bank saman. Bila kena saman dengan bank nama kita pun kena senarai hitam sekali.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Orang lain dapat madu, kita dapat hempedu. Orang lain bahagia kita yang merana.
Jadi nasihat saya, diri ni kena kental. Jangan cepat sangat kasihan dengan orang lain. Nak kasihan pun biarlah bertempat. Kasihan kan diri sendiri dahulu sebelum kasihankan orang lain.
Kalau gaji kita cukup cukup makan, janganlah mengada-ngada nak berhati luhur kononnya jadi pak sanggup kepada orang lain. Dia nak beli rumah, biar lah dia usaha sendiri.
Kalau diri sendiri belum ada rumah, usahakan lah untuk beli rumah atas nama sendiri dahulu. Jangan sibuk nak bantu orang lain beli rumah untuk diri mereka.
Orang ni biasalah, sebelum dapat memang baik punya pujuk rayu. Bila dah dapat, disepaknya kita macam tunggul kayu. Beringatlah..
Terima kasih,
Salkukhairi Abd Sukor
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)
Sumber: Peguam Netizen Speak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/13/ditendang-macam-tunggul-kayu-peguam-ingatkan-jangan-jadi-pak-sanggup-walau-untuk-keluarga-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kerajaan Enggan Guna Kuasa Pantau Tahfiz Peguam Macam Saya Hanya Mampu Bebel

Bila Kerajaan Enggan Guna Kuasa Pantau Tahfiz Peguam Macam Saya Hanya Mampu Bebel

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 287 hits
SEMASA Baru baru ini kita dikejutkan lagi dengan satu insiden buli yang berlaku di Pahang Kejadian yang berlaku di Pusat Tahfiz itu dan melibatkan mangsa yang baru sahaja berusia 7 tahun menyebabkan ramai pihak menyuarakan ketidakpuasan hat...
Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 554 hits
Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri Hai korang Pernah tak baca dalam page di facebook di mana saudara terpaksa tanggung hutang yang di buat oleh adik beradik atas nama sendiri Pernahkan Hal in...
Menag Wacanakan Larang Bercadar Pks Ingatkan Ranah Pribadi Jangan Diintervensi

Menag Wacanakan Larang Bercadar Pks Ingatkan Ranah Pribadi Jangan Diintervensi

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 224 hits
Sebelumnya Menteri Agama Fachrul Razi mewacanakan melarang menggunakan niqab atau cadar masuk instansi pemerintah Namun dia menegaskan wacana itu masih dalam kajian Kementerian Agama Dia menyebut wacana mempertimbangkan melarang penggunaan ...
Hiburan Baik Dengan Keluarga Ally Iskandar Farah Lee Dah Anggap Bekas Suami Seperti Abang Sendiri

Hiburan Baik Dengan Keluarga Ally Iskandar Farah Lee Dah Anggap Bekas Suami Seperti Abang Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 477 hits
Bukan mudah untuk tetap berbaik dengan keluarga mertua apabila sudah bercerai dengan pasangan Kadang kadang punca perpisahan itu disebabkan oleh keluarga mertua sendiri Atau pun rata rata lebih selesa mengelak daripada terus berhubungan den...
Walau Terkejut Jangan Lupa Muhasabah Diri Jangan Bawa Ph Macam Bn

Walau Terkejut Jangan Lupa Muhasabah Diri Jangan Bawa Ph Macam Bn

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 330 hits
Tun Mahathir Mohamad dilaporkan terkejut dengan kemenangan BN dapat menewaskan PH di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15 ribu undi Katanya beliau memang menjangka PH akan tewas tetapi tidaklah dengan majoriti yang sebesar itu Sehubungan i...
9 Kedekatan Anak Artis Dengan Pengasuhnya Terharu Deh Udah Kayak Keluarga Sendiri

9 Kedekatan Anak Artis Dengan Pengasuhnya Terharu Deh Udah Kayak Keluarga Sendiri

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 273 hits
Bahkan para pengasuh anak artis ini jadi ikut terkenal lo Sampai buka jasa endorsement juga
Layan Mayat Macam Orang Hidup Cara Unik Etnik Toraja Hadapi Kematian Keluarga

Layan Mayat Macam Orang Hidup Cara Unik Etnik Toraja Hadapi Kematian Keluarga

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 382 hits
Bila bercakap tentang kematian pasti ramai akan terbayang jenazah kain kafan keranda kubur dan air mata Semua ini sudah cukup membuatkan kita takut akan kematian yang boleh datang pada bila bila masa Siapa tahu andai tatkala ini si pencabut...
Georgetown Keluarga Pemandu Lori Mungkin Ambil Tindakan Undang Undang

Georgetown Keluarga Pemandu Lori Mungkin Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 250 hits
Sukar untuk kami sekeluarga terima apabila insan yang mencari rezeki keluarga selama ini terpaksa menanggung derita apabila kakinya terpaksa dipotong gara gara kecuaian orang lain Demikian luahan hati Siti Balkis Muhtar 29 anak sulung kepad...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today