Disyor Daftar Lesen Psv 1 April




PEMANDU perkhidmatan e-hailing yang mahu memohon Lesen Vokasional (PSV) boleh mendaftar di institut memandu dan pusat latihan memandu E-hailing Operator (EHO) yang diiktiraf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bermula 1 April ini.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, modul latihan PSV terbabit berlangsung selama enam jam dengan kadar yuran siling ditetapkan kerajaan RM200.

Menurutnya, pelaksanaan itu adalah membabitkan pemandu dan kenderaan e-hailing yang bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan awam.

Katanya, pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing adalah setara dengan pemandu kenderaan perkhidmatan teksi, kereta sewa dan teksi mewah.

“Mana-mana pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing perlu memiliki PSV seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Bentuk fizikal lesen vokasional baharu akan dikeluarkan dan dicetak kepada pemandu yang berjaya.

“Pemandu teksi sedia ada yang mempunyai PSV akan dikemas kini kepada bentuk fizikal baharu ketika pemegang lesen memandu membuat pembaharuan lesen berkenaan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan itu menjelaskan, kenderaan digunakan untuk perkhidmatan e-hailing yang berusia kurang tiga tahun perlu menjalani proses tukar kegunaan dari kenderaan persendirian kepada kenderaan persendirian e-hailing.

Katanya, perkara itu selari dengan peruntukan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 12(3) dan Seksyen 12(4) APJ 1987.

“Permohonan boleh dikemukakan oleh pemandu e-hailing atau pembawa dokumen di mana-mana pejabat JPJ negeri dan cawangan di seluruh negara kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 1 April ini,” katanya.

Proses itu mengkehendaki pemohon melampirkan beberapa dokumen sokongan seperti Borang JPJK8 (Pind. 1/2016) – Borang Pindaan/Pembetulan Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar Seksyen 12 APJ 1987; Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-hailing (JPJ-EH1); maklumat Laporan Pemeriksaan Berkala PUSPAKOM (VR1) yang berkuat kuasa bagi kenderaan yang sudah mencapai had usia tiga tahun dari tarikh pendaftaran dan Borang Pengesahan e-hailing (Electronic Vehicle Permit - eVP).

“Kenderaan yang dibenarkan (untuk perkhidmatan e-hailing) adalah kereta, jip, van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pikap bagi Sabah dan Sarawak saja,” kata kenyataan itu lagi.

JPJ memaklumkan, kadar bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan persendirian e-hailing masih kekal seperti kenderaan persendirian, iaitu mengikut kuasa enjin (CC) kenderaan, termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, sebarang perubahan kadar bayaran akan dimaklumkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

“Semua kenderaan persendirian e-hailing perlu melekatkan pelekat khas kenderaan e-hailing yang akan dikeluarkan oleh pihak EHO seperti garis panduan ditetapkan JPJ.

“Selain itu, bagi kenderaan yang sudah mencapai usia tiga tahun dan ke atas dari tarikh pendaftaran perlu menjalani pemeriksaan awalan terpakai di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) terlebih dahulu sebelum melakukan penukaran kod kegunaan di JPJ.

“Pemeriksaan PUSPAKOM boleh dilakukan di seluruh negara dan lapan unit van bergerak PUSPAKOM yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bagi kenderaan e-hailing,” katanya.

Katanya, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan itu bertujuan untuk memberi perlindungan keselamatan pemandu, penumpang serta pihak ketiga terhadap sebarang risiko yang tidak diingini.

“Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada pemandu dan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan bermula 12 Julai nanti selaras dengan pengumuman Menteri Pengangkutan,” katanya.

Kredit Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/disyor-daftar-lesen-psv-1-april.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Dijangka Sempurnakan Majlis Pelancaran Bersatu Di Sabah 6 April Ini

Pm Dijangka Sempurnakan Majlis Pelancaran Bersatu Di Sabah 6 April Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 235 hits
KOTA KINABALU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyempurnakan majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah pada 6 April ini di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa di Penampang Loading Pengerusi Jawatankuasa ...
Isra Miraj 27 Rajab 1440 H Jatuh Pada 3 April 2019 Perintah Sholat Pertama Kali Lewat Nabi Muhammad

Isra Miraj 27 Rajab 1440 H Jatuh Pada 3 April 2019 Perintah Sholat Pertama Kali Lewat Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 298 hits
Peristiwa Isra Mi Raj 2019 atau tanggal 27 Rajab 1440 H akan jatuh pada 3 April 2019 mendatang Peristiwa Isra Mi Raj 27 Rajab ternyata perintah shalat pertama kali lewat Nabi Muhammad bukan 5 Rakaat Isra Mi raj yang biasa diperingati umat m...
Hudud Dilaksana 3 April

Hudud Dilaksana 3 April

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 539 hits
Reuters KUALA LUMPUR Mulai minggu depan Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam hingga mati bagi beberapa kesalahan seksual termasuk homoseks zina dan rogol Sebelum ini Sultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan...
Mahathir To Launch Bersatu In Sabah On April 6

Mahathir To Launch Bersatu In Sabah On April 6

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 299 hits
Bersatu chairman Tun Dr Mahathir Mohamad is expected to launch Bersatu in Sabah on April 6 at the International Technology and Commercial Centre in Penampang The chairman of the launch committee Datuk Hajiji Mohd Noor said the committee inv...
Ketum Pan Insyaallah Tanggal 17 April Sore Prabowo Jadi Presiden

Ketum Pan Insyaallah Tanggal 17 April Sore Prabowo Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 208 hits
Pria yang akrab disapa Zulhas itu meminta kepada masyarakat Jawa Barat ikut bekerja dan berjuang dengan ikhlas dalam memenangkan pasangan Prabowo Sandi sebagai pemimpin bangsa dan negara Indonesia yang baru
Mobil Desa Buatan Dalam Negeri Siap Dipasarkan April Mendatang

Mobil Desa Buatan Dalam Negeri Siap Dipasarkan April Mendatang

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 220 hits
Menteri Perindustrian Airlangga Hartarto mengatakan pemasaran AMMDes KMW pada April 2019 akan disertai dengan penjualan peralatan penunjang produksi seperti pompa irigasi perontok padi pengolah jagung pembuat serpihan es penjernih air alat ...
Telan Biaya Rp 183 M Penataan Kota Lama Semarang Ditarget Selesai Akhir April 2019

Telan Biaya Rp 183 M Penataan Kota Lama Semarang Ditarget Selesai Akhir April 2019

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 282 hits
Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat melakukan penataan kawasan Kota Lama Semarang Jawa tengah Diharapkan nantinya akan meningkatkan aktivitas pertumbuhan ekonomi yang ada di Semarang salah satunya melalui wisata Total anggaran y...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda