Disorok Bunian Wanita Kongsi Detik Detik Cemas Ketika Wedding Photoshoot


Pantai Klebang 21 Februari 2015 : Tiba-tiba nak buat full story tentang kejadian yang pernah kami alami dulu. Tempat yang cantik, siapa sangka macam-macam perkara yang terjadi. Bukan seorang dua yang kena, aku tahu ramai yang pernah mengalaminya juga kan? Nak dijadikan cerita, selepas bersanding, kami buat sesi outdoor. Aku bersanding di Simpang Ampat, Alor Gajah. Tarikh itu bersamaan dengan raya Cina.
Mula-mula aku memang bercadang nak buat sesi outdoor berhampiran rumah sahaja, tak mahulah sampai ke Melaka. Tapi Alor Gajah tak banyak sangat tempat menarik, lalu photographer kami beri cadangan untuk outdoor di Pasir Klebang.
Tayar Kereta Terbenam
Sewaktu sampai, tak ada rasa pelik. Tetapi serius macam pesta pengantin di situ. Betapa ramai yang photoshot di situ, memang betul gambar di situ cantik sangat dengan pemandangannya. Okay, bila hari semakin senja, abang EX5 (penjaga di situ mungkin) suruh kami keluar secepat mungkin. Malangnya kereta bridesmaids pula tersangkut. Lalu pengapit lelaki tolong handlekan kerea mereka sebab semua perempuan, apa pun tak tahu kan. Kemudian yang lain, tolak. Bila kereta dah boleh jalan, kami tak bagi dia berhenti. Kami suruh dia terus cari jalan keluar. Jadi bridesmaids tiga orang ini naik kereta pengantin. Selepas itu, kereta pengantin pula.
Bayangkanlah masa berjalan ini dah nak azan. Mujur kereta pengantin tak lama sangat, sekejap saja tolak dah boleh jalan. Bila dah boleh jalan, kami semua naik kereta tetapi memang tak nampak apa sebab hari dah gelap. Suami pada masa itu tekan paddle minyak dan jalan saja, dia pun tak tahu arah mana. Sekali lagi, kami tersangkut.
Keluar saja dari kereta, tengok tayar kereta sudah terbenam. Kami tak nampak apa-apa, dikeliling pasir bertimbun. Keadaan amat gelap, hanya mengharapkan cahaya bulan dan torchlight dari smartphone sahaja. Suami buka lampu kereta, siap main lampu tinggi untuk beri isyarat, andai kata ada yang perasan dengan kehadiran kami dari jauh. Hon kereta dibunyikan banyak kali, namun tiada sebarang respon. Seram gila pada waktu ini.
Tiba-tiba dia datang
Photographer menghubungi kami untuk mengetahui kedudukan kami tetapi apa yang mampu kami beritahu ialah, di tengah-tengah kawasan itu sahaja yang dikelilingi pasir. Kami nampak jalan yang ada kereta lalu lalang, tetapi jaraknya terlalu jauh. Yang paling seram, kami nampak lampu motosikal. Kami cuba memanggilnya dan melambai-lambai dengan torchlight sebab tahu dia pasti akan sedar dengan kehadiran kami di situ.
Dia berada di depan kami, tetapi dia tak nampak kami, lalu dia berpatah balik. Jadi, apa maknanya? Masa itu, kami semua tergamam. Semua tertanya-tanya kenapa penunggang motosikal itu tak nampak walaupun dia sudah menghampiri kami? Tiba-tiba datang seorang makhluk Allah (seperti Bangladesh) entah dari bucu mana.
Dia muncul dan kami yang perempuan ini dah pegang antara satu sama lain. Dia datang tak tanya apa masalah kami, dia terus pergi ke arah kereta dan tengok tayar. Kemudian kami tanya soalan, dia jawab sepatah. Kadang-kadang soalan kami tidak dijawabnya. Dia kata, kami salah jalan. Sepatutnya nak keluar kena buat pusingan bulat. Lebih kurang begitulah katanya. Pelik dan semakin pelik tetapi dia memang tidak banyak bercakap, diam memanjang. Siapa dia?

“Kenapa Tak Azan Masa Kena?”
Suami call sana sini, tak putus-putus untuk mereka dapat kesan kami. Sekali photographer beritahu ada orang akan datang mencari kami. Nak bagi direction, dah berbagai direction. Masa itu, semua diam, tak tahu nak menangis atau tabahkan diri. Tetapi ayang pelik, seorang saja kami tak lepas nak call, pengapit lelaki. Dia call kami tak dapat, kemudian kami call dia pun tak dapat juga.
Bila dah azan isyak, barulah mereka dapat mencari kami. Kami nampak ada kereta datang ke arah kami. Masa itu, Tuhan saja yang tahu perasaan ini. Kami tengok ada lambat rescue dan nama dia Mr Fred, lelaki Cina tetapi fasih berbahasa Melayu. “Kamu semua buat apa di sini?” soalnya. “Kami photoshoot di sini,” jawab suami. “Kenapa tak azan masa kena?” soalnya lagi. Suami terdiam. Mungkin suami tak dapat fikir apa pada masa itu. Bila Mr Fred sampai, dia pun tolong tarik kereta sampai keluar. Yang peliknya, kami tersangkut dekat sangat dengan jalan. Bila dia bawa kami keluar, tak sampai beberapa minit dah nampak jalan yang berlampu.
Cuba Cari Tapi Tak Nampak Apa-Apa Di Depan Mata
Peliknya, punyalah kami main lampu dan hon, tetapi tiada siapa yang nampak sedangkan kami berdekatan dengan jalan. Masa terbenam itu, kami nampak jalan yang berlampu memang jauh. Punyalah dia main sorok-sorok. Alhamdulillah kami selamat keluar dari tempat bunian itu. Abang motosikal EX5 itu kata dia sebenarnya juga cuba mencari kami. Kami pula beritahu dia yang kami sudah nampak motosikal dia sebelum itu, tetapi dia patah balik.”Saya memang tak nampak apa-apa. Tapi saya memang lalu di situ,” katanya. Lagilah pelik!
Pengapit lelaki itu adalah saudara suami, dia tahu cara perubatan Islam. Jadi, ‘benda’ itu telah menyekat kami untuk berhubung. Rupa-rupanya si pengapit ini sudah rasa lain macam semasa mula-mula sampai tetapi dia mendiamkan diri. Bridesmaids kami masa itu juga ada yang datang bulan, mungkin salah satu sebab juga. Namun, mujur kami bernasib baik dan semuanya okay.
Tangisan Siapakah Itu?
Jam 11 malam lebih, barulah kami (pengantin) sampai ke rumah. Bila sampai, aku terus masuk bilik bersihkan diri. Ketika aku tengah memandang cermin nak buka tudung, aku terdengar suara orang menangis sayu. Sedih betul tetapi tidak lama, hanya untuk seketika sahaja. Aku terdiam dan aku buka pintu bilik. Aku tanya orang di luar yang tengah berlonggok itu.
“Siapa yang menangis? ”Kemudian mereka pandang aku. “Mana ada orang menangis?” Dari kanan pengapit lelaki , photog , abg ex5 , Mr.fred , husband dan aku (Selepas keluar dari castle sand) konon nak buat kenangan. Dekat album kawin aku suruh photog letak gambar ni biar jadi kenangan. Jadi, inilah kisah kami, “Pengantin Disorok” yang tidak dapat kami lupakan. Mungkin kisah ini tidak seram tetapi yang mengalami sahaja tahu apa perasaannya pada masa itu.
Rakaman Video

Lebih kurang 2 jam kami disorokkan. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan setiap saat pun.Rupa-rupanya baru kami tahu bahawa tempat yang kami terkandas itu adalah pulau. Pulau yang sudah dikandas. Kami betul-betul berada di atas pulau itu. Patutlah makhluk Allah itu kata kami salah jalan dan sepatutnya jalannya bulat. Barulah kami faham. Keesokkan harinya, Mr Fred pergi tengok tempat yang kami terkandas. Apa yang mengejutkan, tiada pasir pun di situ, hanya tanah biasa sahaja!
Sumber : limau manis
Kredit: KL Viral
The post Disorok Bunian Wanita Kongsi Detik-Detik Cemas Ketika Wedding Photoshoot appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/02/02/disorok-bunian-wanita-kongsi-detik-detik-cemas-ketika-wedding-photoshoot/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ifan Seventeen Kongsi Detik Detik Cemas Dan Ngeri Sewaktu Dibadai Dan Ditarik T Sunami Ke Tengah Laut

Ifan Seventeen Kongsi Detik Detik Cemas Dan Ngeri Sewaktu Dibadai Dan Ditarik T Sunami Ke Tengah Laut

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 321 hits
PENYANYI kumpulan Seventeen Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah menceritakan kembali pengalaman ngeri ketika dibadai dan ditarik ke tengah laut oleh ombak tsunami di Pantai Tanjung Lesung Selat Sunda 22 Disember tahun lalu ketika se...
Wanita Berdepan Detik Cemas Kenderaan Hampir Jatuh Dari Bangunan

Wanita Berdepan Detik Cemas Kenderaan Hampir Jatuh Dari Bangunan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 438 hits
Wanita berdepan detik cemas kenderaan hampir jatuh dari bangunan Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Farlim Air Itam George Town hilang kawalan dan hampir te...
Wanita Ini Kongsi Air Minuman Ajaib Buat Dia Kelihatan Muda 10 Tahun Dari Usia Sebenar Rileks Media

Wanita Ini Kongsi Air Minuman Ajaib Buat Dia Kelihatan Muda 10 Tahun Dari Usia Sebenar Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 476 hits
Dunia tanpa sempadan ini mendekatkan kita dengan pelbagai info tentang apa juga ilmu pengetahuan berguna Seperti juga perkongsian di laman sosial milik ibu muda Deyana Hatazad yang tidak lokek berkongsi rahsia dirinya muda 10 tahun dari usi...
Benarkan Wanita Yang Mati Ketika Masih Perawan Dijamin Masuk Surga

Benarkan Wanita Yang Mati Ketika Masih Perawan Dijamin Masuk Surga

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 277 hits
Pertanyaan Assalamualaikum wr wb Ustadz jika seorang gadis remaja yang sudah baligh usia 17 tahun dan belum menikah meningal dunia apakah ia masuk surga Allah terima kasih Jawaban Wa alaikumus salam wa rahmatullah Bismillah was shalatu was ...
Video Puas Hati Dengar Kau Jerit Tu Dik Bagus Gadis Ceritakan Detik Cemas Di Dalam Bas Apabila

Video Puas Hati Dengar Kau Jerit Tu Dik Bagus Gadis Ceritakan Detik Cemas Di Dalam Bas Apabila

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 463 hits
VIDEO Puas Hati Dengar Kau Jerit Tu Dik Bagus Gadis Ceritakan Detik Cemas Di Dalam Bas Apabila Semalam tular di laman Twitter apabila seorang gadis berkongsi detik cemas ketika di dalam bas Posting yang dimuatnaik itu telah dikongsi sebanya...
Kenapa Wanita Selalu Sakit Pinggang Ketika Haid Boleh Tak Nak Hilangkan Rasa Sakit Itu

Kenapa Wanita Selalu Sakit Pinggang Ketika Haid Boleh Tak Nak Hilangkan Rasa Sakit Itu

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 421 hits
Haid atau datang bulan merupakan keadaan semula jadi yang terjadi kepada golongan wanita Haid berlaku apabila telur tidak disenyawakan Apabila wanita sedang haid mereka bukan sahaja tidak berasa selesa malah akan mengalami beberapa kesulita...
Perghh Pinggul Wanita Di Gigit Ular Ketika Dalam Tandas

Perghh Pinggul Wanita Di Gigit Ular Ketika Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 698 hits
DUNIA Syarikat gaji 10 pekerja Ular sawa itu berjaya ditarik keluar dari mangkuk tandas NIAT seorang wanita yang mahu membuang air kecil terbantut apabila pinggulnya digigit seekor ular sawa ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas di rum...
Demam Ulser Bintik Merah Bapa Kongsi Pengalaman Cemas Anak Dijangkiti Hmfd Dalam Pa Ma Tv

Demam Ulser Bintik Merah Bapa Kongsi Pengalaman Cemas Anak Dijangkiti Hmfd Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 408 hits
Demam tumbuh bintik merah ulser Bapa ini kongsi pengalamannya apabila si anak dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut dalam Pa Ma TV Encik Zulkfli Zainal berkongsi tentang pengalamannya mengendalikan situasi cemas apabila anaknya Ziqri Ad...
Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan

Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 342 hits
3801 SHARES Boleh dikatakan setiap wanita pasti mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri Ramai yang tewas di t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang