Ifan Seventeen Kongsi Detik Detik Cemas Dan Ngeri Sewaktu Dibadai Dan Ditarik T Sunami Ke Tengah Laut




PENYANYI kumpulan Seventeen, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah menceritakan kembali pengalaman ngeri ketika dibadai dan ditarik ke tengah laut oleh ombak tsunami di Pantai Tanjung Lesung, Selat Sunda 22 Disember tahun lalu ketika sedang menyampaikan persembahan.

Perkara pertama dirasakan katanya, tiba-tiba pentas tempat dia menyanyi dirasakan bergerak ke hadapan sebelum dia terhumban ke dalam air laut.

"Tiba-tiba panggungnya (pentas) jalan (ke hadapan), tiba-tiba kita di dalam air," kata Ifan menceritakan kembali detik kejadian itu.

Dia kemudian dibadai oleh ombak kedua sebelum ditimpa oleh bumbung pentas tempat dia menyampaikan persembahan.

Ifan Seventeen

Menurut Ifan, kejadian itu berlaku terlalu pantas sampaikan otaknya tidak mampu berfikir apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Pada mulanya, Ifan menyangka pada ketika itu dunia sudah kiamat, "Ini kiamat ni!" kemudian selepas beberapa ketika di dalam air dia berubah fikiran, "ini mimpi!".

Kemudian Ifan merasakan pinggangnya terikat oleh sesuatu, sama ada tali atau besi.

"Fikiran terus bertanya ini apa, ini apa. Ombak ketika itu deras, kayu, besi, gak tau apa banyak yang kena kepala, apa segala, dan itu ada ngikat di pinggang entah tali apa (atau) besi," katanya.

Menurut Ifan, ketika itu naluri dalam dirinya untuk terus bertahan (survival instinct) membuatkan dia cuba untuk naik ke permukaan air, namun tidak boleh kerana pinggangnya terikat.

Maka ketika itu dia cuba menenangkan diri, memesan kepada dirinya sendiri agar tidak panik.

"Terus gua berfikiran begini, jangan sampai panik, jangan sampai panik," katanya.

Entah bagaimana, Ifan kemudian berjaya timbul ke permukaan air untuk mengambil nafas.

Ketika itu menurut Ifan, kedudukannya sudah jauh dari pantai. Namun pada ketika itulah baru dia sedar bahawa kejadian yang dialaminya itu adalah tsunami.

"Begitu timbul gua dengar orang teriak Tsunami! Tsunami! Itu pertama kali gua sadar kalau itu adalah Tsunami," katanya.

Ketika itu Ifan merasa syukur berjaya mengambil nafas kembali, dan mengetahui bahawa dia sedang mengalami kejadian Tsunami.

Namun tiba-tiba ombak kembali menolaknya ke tengah laut.

"Tiba-tiba kedorong lagi ke laut, gua melihat orang-orang (ramai orang) itu, gua melewati (melepasi) mereka,"

"Gua cuba menggapai daun, terlepas. Terus itu kelihatan jelas daratan sudah semakin jauh," katanya.

Tambahnya lagi, ada ketika dia ditarik, dipeluk, ditendang dan dicekik oleh orang ramai yang masing-masing cuba menyelamatkan diri di tengah laut.

"Gua sempat yang macam-macam, dijambak, ditarik, dipeluk, dicekik ada kaki kena muka, kerana orang itu kan sangking panik, kepalanya di bawah, kakinya nendang-nendang,"

"Wallahualam, ada yang (berdepan) sakaratul maut (sedang dicabut nyawa) mungkin, kan kejang itukan sakaratul maut itu, reaksi badannya kejang, jadi nendang-nendang muka, kena muka gitu," jelas Ifan.

Pada ketika itu Ifan sudah mula merasakan hilang harapan, dan bersedia untuk berdepan dengan ajalnya.

"Pada ketika itu gua udah kayak (seperti) okay ya Allah, habislah tapi gua terus cuba fight (lawan),"

"Mungkin kerana badan gua agak lebih besar di banding yang lainnya, jadi gua agak sedikit lebih kekuatan buat berontak (menggapai)," ujar Ifan.

Dalam keadaan yang berkecamuk itu, Ifan bertemu dengan meja makan jenis boleh lipat yang terapung, dan tinggal separuh kerana sudah patah. Ketika itu, ada seorang lelaki menarik badannya.

"Bila gua pegang itu (meja makan), tiba-tiba orang sebelah tarik badan gua. Terus gua ngomong gini, mas jangan tarik badan saya, tarik mejanya. Kerana kalau tarik badan saya kita mati, jangan tarik badan saya,"

"Alhamdulillah si mas ini (lelaki ini), kayaknya berfikiran masih sihat, dipegang mejanya, tapi ternyata meja itu hanya cukup menumpang hanya satu orang,"

"Begitu dua orang pegang mejanya tenggelam, di depan datang lagi (orang lain) pegang meja lagi, makin tenggelam," jelas Ifan.

Kata Ifan apabila tenggelam semula ke dalam laut, membuatkannya kembali merasa hilang harapan untuk hidup.

"Jadi tenggelam lagi tu aja udah cukup sangat-sangat buat orang-orang yang di tengah laut dan termasuk gua hilang harapan lagi untuk hidup," katanya.

Ketika itu, Ifan merasa sangat penat, dan saat itu dia sempat berdialog dengan Allah di dalam hati serta bersedia untuk berdepan ajal.

"Ya Allah inilah rupanya detik gua mati, kerana udah enggak ada kekuatan, gak ada," katanya.

Pada ketika itu, fikiran Ifan mula mengelamun dan berfikir lebih jauh, mula mahu mengambil langkah terakhir, iaitu berserah diri dan pasrah.

"Gua fikir begini, kalau kita tenggelam begitu, badan manusia itu yang penting jangan telan air laut. Kerana kalau menelan air laut, saat itu juga badan manusia akan rosak dan mati. Kerana gua sempat (pernah) baca itu,"

"Kalau kita tenggelam di dalam laut, yang perlu kita lakukan ialah menutup mulut. Kalau pun memang kita pengsan, kuping, hidung, telinga dan semua lubang yang ada di tubuh itu automatis akan menutup, kayak punya proteksi sendiri,"

"Oleh itu kita punya waktu 10 sampai 15 minit, kalau gak salah ya, sampai akhirnya badan kita gak kuat, air lautnya masuk (dan) kita mati," kata Ifan.

Jadi ketika itu Ifan berdepan pilihan sama ada mahu mati ketika itu atau 15 minit lagi.

"Gua pilihnya (mati) 15 minit lagi dong, siapa tahu ada nelayan ada team SAR atau segala macam yang nyelamatin tiba-tiba,"

"Gua berharap keajaiban aja," kata Ifan mengimbas kembali detik dia mula berhenti berharap sebaliknya memilih untuk berserah.

Ifan ketika itu mula mendiamkan diri, membiarkan dirinya tenggelam ke dalam laut dan bersedia untuk pengsan.

"Okay kita tunggu, sebentar lagi gua pengsan, gua gak sadar, mudah-mudahan 15 minit lagi ada yang nyelamatin (selamatkan)," katanya.

Ketika itu Ifan mula mengucapkan syahadah kerana katanya sudah terlalu penat dan tidak mempunyai sebarang tenaga.

Namun pada saat itulah tiba-tiba dia timbul hampir ke permukaan air sebelum terpegang hujung sebuah kotak.

Sumber : milosuam.net © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/bahagian-1-ifan-seventeen-kongsi-detik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ifan Seventeen Kongsi Detik Ngeri Dibadai Dan Ditarik Tsunami Ke Tengah Laut

Ifan Seventeen Kongsi Detik Ngeri Dibadai Dan Ditarik Tsunami Ke Tengah Laut

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 411 hits
SAMBUNGAN dari kisah sebelum ini Jika anda terlepas episod pertama sila klik Bahagian 1 Selepas terpegang sebuah kotak Ifan merasakan seperti kembali mendapat tenaga dan harapan lantas dia menarik kotak itu untuk timbul ke permukaan air dan...
Detik Cemas Insiden Tebusan Di Taman Telipok Ria Tuaran

Detik Cemas Insiden Tebusan Di Taman Telipok Ria Tuaran

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1350 hits
Situasi cemas di flat Telipok Ria Telipok petang tadi Seorang lelaki menjadikan kanak2 ini sebagai tebusan apabila dikepung oleh pihak polis Darah kelihatan mengalir di badan kanak2 ini akibat pisau yang ditekan kuat oleh penjenayah tersebu...
Video Detik Detik Bagaimana Kereta Suv Boleh Terhumban Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang Rupanya Ini Yang Terjadi

Video Detik Detik Bagaimana Kereta Suv Boleh Terhumban Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang Rupanya Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1057 hits
GEORGE TOWN 20 Jan Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini awal hari ini Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Perai Azlan...
Video Puas Hati Dengar Kau Jerit Tu Dik Bagus Gadis Ceritakan Detik Cemas Di Dalam Bas Apabila

Video Puas Hati Dengar Kau Jerit Tu Dik Bagus Gadis Ceritakan Detik Cemas Di Dalam Bas Apabila

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 463 hits
VIDEO Puas Hati Dengar Kau Jerit Tu Dik Bagus Gadis Ceritakan Detik Cemas Di Dalam Bas Apabila Semalam tular di laman Twitter apabila seorang gadis berkongsi detik cemas ketika di dalam bas Posting yang dimuatnaik itu telah dikongsi sebanya...
Wanita Berdepan Detik Cemas Kenderaan Hampir Jatuh Dari Bangunan

Wanita Berdepan Detik Cemas Kenderaan Hampir Jatuh Dari Bangunan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 437 hits
Wanita berdepan detik cemas kenderaan hampir jatuh dari bangunan Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Farlim Air Itam George Town hilang kawalan dan hampir te...
4 Cara Mudah Meredakan Rasa Cemas Yang Tengah Mendera

4 Cara Mudah Meredakan Rasa Cemas Yang Tengah Mendera

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 334 hits
Mengurangi rasa cemas bisa dilakukan dengan sejumlah hal mudah mulai mengenggam batu melihat warna tertentu mengonsumsi teh serta mendengar lagu yang menenangkan
3 Minggu Pasca Musibah Ifan Seventeen Banyak Menghabiskan Waktu Di Kajian Agama Salut

3 Minggu Pasca Musibah Ifan Seventeen Banyak Menghabiskan Waktu Di Kajian Agama Salut

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 206 hits
Kehadiran sahabat sahabatnya inilah yang juga turut membuat Ifan semakin tegar pasca mengalami duka mendalam ditinggal istri dan seluruh personel Seventeen
Skema Tarif Palapa Ring Barat Dan Tengah Tidak Ada Perbedaan

Skema Tarif Palapa Ring Barat Dan Tengah Tidak Ada Perbedaan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 147 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Rudiantara mengatakan skema tarif penggunaan Palapa Ring Barat dan Tengah tidak ada perbedaan Bahkan kata dia pemerintah memberikan diskon
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya