Diskaun Bil Elektrik Untuk Bacaan Macai Ph



Bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah mencadangkan pemberian diskaun bil elektrik kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Pemberian diskaun ini telah diumumkan secara berperingkat melalui pengumuman pada 27 Februari 2020 semasa pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE 2020) dan juga melalui pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia selepas mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac 2020.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperincikan pemberian diskaun tersebut supaya lebih difahami oleh pengguna-pengguna elektrik di seluruh negara.

Diskaun 15% kepada 6 Sektor Terpilih
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi diskaun 15% bagi penggunaan elektrik dalam tempoh 1 April sehingga 30 September 2020 kepada enam (6) sektor perniagaan terpilih yang menerima kesan langsung daripada penularan wabak COVID-19 iaitu pengendali hotel; agensi pengembaraan dan pelancongan; kompleks membeli-belah; pusat konvensyen; taman tema; dan pejabat syarikat penerbangan tempatan. Diskaun 15% ini melibatkan kira-kira 10 ribu pemilik akaun daripada enam (6) sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja. Pemberian diskaun sebanyak 15% ini dijangka akan memberi impak pengurangan bil elektrik kepada 6 sektor tersebut sebanyak RM40 juta untuk tempoh 6 bulan bagi Semenanjung, manakala bagi negeri Sabah, ia akan melibatkan kos sekitar RM20 juta dan negeri Sarawak dianggarkan RM8.5 juta.

Diskaun 2% Kepada Pengguna-Pengguna Komersial, Industri Dan Pertanian Selain Daripada 6 Sektor Terpilih
Pengguna-pengguna komersial, industri dan pertanian selain daripada enam (6) sektor terpilih di atas pula akan menikmati diskaun 2% ke atas penggunaan elektrik bermula pada 1 April sehingga 30 September 2020. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penjimatan bil elektrik dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh 6 bulan. Bagi negeri Sabah, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM11.5 juta manakala bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan anggaran kos sebanyak RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun.

Diskaun 2% Kepada Pengguna Domestik
Semua pengguna dalam kategori domestik atau rumah kediaman akan menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian diskaun 2% ke atas penggunaan elektrik bagi tempoh bermula pada 1 April sehingga 30 September 2020. Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun 2% dalam tempoh tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 6% yang telahpun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2020. Ia dijangka memberi anggaran penjimatan dalam bil elektrik sebanyak RM92 juta kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB untuk tempoh 6 bulan. Bagi Sabah pula, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM5.7 juta manakala bagi negeri Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kos pemberian diskaun bil elektrik ini akan ditampung oleh Kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik ( KWIE ) bagi Semenanjung. Bagi Sabah dan Sarawak pula, kos pemberian diskaun akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH,
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI.
18 MAC 2020

MR :  Diulang siar biar Macai PH faham betul-betul.. dulu asyik kencing rakyat aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/diskaun-bil-elektrik-untuk-bacaan-macai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diskaun Bil Elektrik Antara 15 Hingga 50 Peratus Mengikut Kadar Yang Digunakan Selama 6 Bulan Pm

Diskaun Bil Elektrik Antara 15 Hingga 50 Peratus Mengikut Kadar Yang Digunakan Selama 6 Bulan Pm

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 194 hits
Menerusi sidang media mengenai Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membantu rakyat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan bersama TNB a...
Kerajaan Negeri Sarawak Beri Diskaun Bil Elektrik Air Selama Enam Bulan Dari April Hingga September

Kerajaan Negeri Sarawak Beri Diskaun Bil Elektrik Air Selama Enam Bulan Dari April Hingga September

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 354 hits
Abang Johari pada sidang di Wisma Bapa Malaysia hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang bagi mengurangkan kesan COVID 19 Gambar Muhammad Rais Sanusi Sarawak beri diskaun bil elektrik air selama enam bulan dari April hingga ...
Diskaun Bil Elektrik Selama Enam Bulan Kepada Pengguna

Diskaun Bil Elektrik Selama Enam Bulan Kepada Pengguna

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 Sept kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Beliau berkata pemberian diskaun bil elekt...
Tnb Menawarkan Diskaun Bil Elektrik Selama Enam Bulan 2 Untuk Rakyat Dan 15 Untuk Perniagaan

Tnb Menawarkan Diskaun Bil Elektrik Selama Enam Bulan 2 Untuk Rakyat Dan 15 Untuk Perniagaan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 274 hits
Kesan jangka pendek arahan duduk di rumah yang berkuat kuasa tiga hari lalu ialah penggunaan elektrik akan naik secara mendadak Sebelum bil elektrik menjadi beban kepada rakyat Tenaga Nasional Berhad telah mengumumkan diskaun ke atas bil el...
Diskaun Bil Elektrik Tnb Selama 6 Bulan

Diskaun Bil Elektrik Tnb Selama 6 Bulan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 371 hits
Kesan daripada arahan duduk di rumah berkuat kuasa mulai 18 Mac 31 Mac 2020 ialah penggunaan elektrik yang akan meningkat secara mendadak Maklum sajalah bila semua dah duduk di rumah mesti akan guna lebih banyak elektrik untuk TV phone PC l...
Enam Bulan Diskaun Bil Elektrik 2 Hingga 15 Peratus

Enam Bulan Diskaun Bil Elektrik 2 Hingga 15 Peratus

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 231 hits
Kerajaan berhasrat memberikan diskaun bil elektrik kepada semua kategori pengguna dari 1 April hingga 30 Sept bagi membantu meringankan beban berikutan wabak Covid 19Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah berkata sebanyak 15 p...
Covid 19 Pengecualian Bil Air Diskaun Bil Elektrik Di Sabah Selama Tiga Bulan

Covid 19 Pengecualian Bil Air Diskaun Bil Elektrik Di Sabah Selama Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 253 hits
Rakyat Sabah dikecualikan daripada membayar bil air selain diberikan diskaun 30 peratus untuk bil elektrik selama tempoh tiga bulan mulai April ini COVID 19 Pengecualian bil air diskaun bil elektrik di Sabah selama tiga bulan Rakyat Sabah d...
Pm Umum Bantuan Bulanan Rm600 Untuk Pekerja Diskaun Caj Elektrik Hadapi Kesan Covid 19

Pm Umum Bantuan Bulanan Rm600 Untuk Pekerja Diskaun Caj Elektrik Hadapi Kesan Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 270 hits
PUTRAJAYA Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak Covid 19 kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata mere...
Biar Tnb Tanggung Diskaun Elektrik Rm500 Juta Boleh Beli Ventilator

Biar Tnb Tanggung Diskaun Elektrik Rm500 Juta Boleh Beli Ventilator

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 263 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan mecadangkan supaya diskaun caj elektrik sebanyak dua peratus ditanggung oleh TNB dan bukan oleh kerajaan Beliau berkata kerajaan sebaliknya boleh menggunakan wang subsidi RM500 juta itu untu...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Makan Tengahari Di Kafe Alaf Sejahtera Teluk Bahang Pulau Pinang

Sarapan Pagi Di Teratak Wan Din 478 Kampung Permatang Bogak Pulau Pinang

Drama Bercakap Dengan Jun Lakonan Nadiya Nisaa Dini Schatzmann

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Yuecheng Yanyuan Entrepreneurial Space By Jin Design In Hebei China

15 Delightful Dried Flowers Spring Wreath Designs