Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehilangan Suami Bekas Pesakit Covid 19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan


Terasa kematian begitu hampir! Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID-19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu.
Lebih memilukan, Aiza Syafinaz Shahak, 34, disahkan positif COVID-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus yang sama pada 26 Mac lepas.
Meskipun kini telah bebas sepenuhnya daripada virus berbahaya itu, Aiza Syafinaz tidak dapat melupakan pengalaman sebagai salah seorang pesakit COVID-19.
Menceritakan pengalaman berdepan dengan virus itu, Aiza Syafinaz berkata dia bersama-sama arwah suami, bapa dan ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 hingga 12 Mac lepas.
“Ketika tahu saya juga dijangkiti virus COVID-19 dan merupakan kontak utama arwah suami, hati jadi tidak keruan, jantung bagai gugur ke bumi. Terasa kematian semakin hampir. Semuanya seperti satu mimpi ngeri,” katanya kepada Bernama.
Aiza Syafinaz berkata pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila menaiki ambulans dengan petugas hospital yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang amat ditakuti pada masa itu.
Menurut Aiza Syafinaz, berada 10 hari dalam wad Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa Cheras selama 28 hari, menjadi satu pengalaman yang menginsafkan.
Mengimbas kembali tanda-tanda awal jangkitan virus COVID-19, Aiza Syafinaz berkata dia mengalami sakit tekak, hilang deria bau, hilang deria rasa dan rasa tidak sedap badan seperti nak demam.
“Melihat perjuangan pesakit COVID-19 di dalam wad sangat menyentuh hati. Saya ingin nasihat orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) Kementerian Kesihatan. Kerap mencuci tangan, bawa pensanitasi tangan ke mana-mana.
“Elakkan tempat sempit, sesak dan ramai orang, pastikan jarak selamat, elak bersentuhan serta pastikan kebersihan diri dalam keadaan yang optimum,” katanya yang mendapat khidmat kaunseling daripada Polis Diraja Malaysia.
Menyentuh tentang persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap pesakit COVID-19, Aiza Syafinaz merayu agar tidak mengecam pesakit COVID-19.
“Kepada masyarakat di luar sana, berhenti menyalahkan sesama sendiri. Kita perlu bersatu hati agar dapat mencegah penularan wabak COVID-19 dan berjaya memutuskan rantaian ini,” katanya sambil memuji usaha petugas barisan hadapan dan semua terlibat yang mempunyai kebolehan tertinggi dalam pengurusan virus yang mengancam nyawa itu.
Selain Aiza Syafinaz dan arwah suaminya, bapanya Shahak Mohd Husin, 58, dan ibu angkat, Junidah Othman turut positif COVID-19.
Kini, bapa dan ibu angkatnya turut bebas virus itu, Aiza Syafinaz menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas sokongan daripada rakan-rakan dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakannya.
Sementara itu, bagi menjalani normal baharu kehidupan, Aiza Syafinaz berkata walaupun masih bersedih kehilangan orang tersayang ketika sambutan Aidilfitri, beliau positif untuk berdikari tanpa suami di sisi.
“Ramadan dan Syawal kali ini sangat pilu. Tiada lagi gelak tawa insan tersayang. Sudah tiada hidangan menu kegemaran suami ikan kembung sambal.
“Namun saya teruskan melangkah dan ingin terus memberikan motivasi kepada rakan wanita di luar sana agar terus kuat dan teruskan kehidupan ini walau ujian datang melanda,” katanya sambil berharap ada sinar gembira di sebalik ujian getir yang ditempuhinya.
Sumber: BERNAMA
The post Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehilangan Suami, Bekas Pesakit Covid-19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/31/disahkan-positif-4-hari-lepas-kehilangan-suami-bekas-pesakit-covid-19-ini-kongsi-pengalaman-tak-dapat-dilupakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR 31 Mei Terasa kematian begitu hampir Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID 19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu Lebih memilukan Aiza Syafinaz Shahak 34 disahkan positif COVID 19 em...
Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 429 hits
Pesakit COVID 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif Pesakit COVID 19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan kata Kementerian Kesihatan Malaysia da...
Penambahan Kasus Positif Covid 19 Hari Ini 585 Orang Kalsel Terbanyak

Penambahan Kasus Positif Covid 19 Hari Ini 585 Orang Kalsel Terbanyak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 215 hits
Dari total 585 penambahan kasus positif Covid 19 di Indonesia 109 di antaranya dari Kalimantan Selatan
Tak Semua Pesakit Akan Discaj Lepas 14 Hari Kp Kkm Jelaskan Protokol Baru

Tak Semua Pesakit Akan Discaj Lepas 14 Hari Kp Kkm Jelaskan Protokol Baru

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 350 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa pesakit Covid 19 yang terus menunjukkan gejala selepas 14 hari akan tetap menerima rawatan di hospital Pesakit yang mempunyai komplikasi juga akan dirawat selama yang diper...
Pesakit Covid 19 Yang Sembuh Discaj Perlu Kuarantin Di Rumah Selama 14 Hari Kkm

Pesakit Covid 19 Yang Sembuh Discaj Perlu Kuarantin Di Rumah Selama 14 Hari Kkm

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 321 hits
Putrajaya 18 Mei Pesakit COVID 19 yang telah sembuh perlu dikuarantin di rumah selama 14 hari kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Pesakit yang telah sembuh bila dikesan negatif kita akan discaj pesakit tersebut Tapi ...
Hiburan Akui Berbeza Bcl Kongsi Pengalaman Sambut Aidilfitri Tanpa Arwah Suami

Hiburan Akui Berbeza Bcl Kongsi Pengalaman Sambut Aidilfitri Tanpa Arwah Suami

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 376 hits
Meskipun berbeza menyambut Aidilfitri tanpa kelibat arwah suami di sisi penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari meraikan perayaan itu dalam keadaan norma baharu susulan penularan wabak COVID 19 yang semakin berleluasa di Indonesia Me...
Pesakit Covid 19 Dikesan Akan Berhenti Sebarkan Virus Selepas 11 Hari

Pesakit Covid 19 Dikesan Akan Berhenti Sebarkan Virus Selepas 11 Hari

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 262 hits
Saintis dari Pusat Nasional Penyakit Berjangkit dan Akademi Perubatan Singapura melakukan kajian ke atas 73 pesakit Covid 19 Para saintis mendapati pesakit Covid 19 tidak akan menjangkiti orang lain selepas tempoh 11 hari walaupun masih pos...
47 Pesakit Baharu Covid 19 Tiada Kematian Hari Ini

47 Pesakit Baharu Covid 19 Tiada Kematian Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 417 hits
SHAH ALAM 18 MEI Sebanyak 47 kes positif Covid 19 dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari tadi kata ketua pengarah kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 21 kes membabitkan kes imp...
Covid 19 Tiada Kes Kematian 10 Hari Berturut Jumlah Positif Baru Hanya 38 Kes

Covid 19 Tiada Kes Kematian 10 Hari Berturut Jumlah Positif Baru Hanya 38 Kes

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 325 hits
Sebentar tadi sidang media harian Perkembangan Covid 19 di Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah berlangsung Sehingga hari ini terdapat 38 kes baharu dengan 51 kes sembuh direkodkan Pesakit yang...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field