Diplomasi Penting Tetapi Rakyat Lebih Utama



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Lawatan Ke China: Dr Mahathir dan isteri bersama President China dan isteriKALAU ada pihak, khususnya di kalangan saki-baki peniup trumpet Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang menganggap lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sebagai cuti makan angin ternyatalah mereka silap besar.

Yang pasti lawatan Perdana Menteri ke negara gergasi itu bukanlah lawatan bermain golf, bersiar-siar atau membeli-belah.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Lawatan beliau adalah bagi merungkai isu-isu besar yang tercetus akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib.

Bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang mengagumi dan mempertahankan China di arena antarabangsa, menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu bagi menyatakan khabar buruk.

Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.

Seperti kita semua ketahui, Perdana Menteri telah memaklumkan kepada mereka mengenai ketidakupayaan Malaysia untuk meneruskan dua projek besar yang dibiayai dan dilaksanakan oleh China, iaitu Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Sabah.

Beliau memberitahu mereka bahawa kedudukan kewangan Malaysia tidak memungkinkan dua projek itu diteruskan tanpa memburukkan lagi beban terhadap rakyat.

Bagaimanapun, pihak berkepentingan atau yang menyokong kerajaan lama tetap berusaha memutarbelitkan fakta.

Portal berita Malaysiakini misalnya, dengan pantas menyiarkan sepucuk surat daripada seorang penulis tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai "concerned China-Malaysia observer", yang menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu sebagai "diplomatic disaster" (malapetaka diplomatik).

Penulis yang membaling batu ke arah Dr Mahathir itu memberi amaran bahawa rakyat jelata Malaysia patut berasa bimbang terhadap tindak balas China.

Kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis surat tersebut, tapi daripada nada tulisannya seolah-olah beliau sangat pakar dalam hal ehwal China sehingga berani menggambarkan negara tersebut sebagai pendendam.
Penulis tanpa nama itu berkata lagi, tidak ada pelaburan baru yang besar yang diumumkan hasil lawatan tersebut sebaliknya ia sekadar meneruskan apa yang kerajaan Mohd Najib telah lakukan.
Hakikat bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek hutang era Mohd Najib tidap pula diketengahkan.
Penulis tersebut juga seolah-olah dapat membaca isi hati pembesar China, khususnya Perdana Menteri Li Keqiang, apabila beliau berkata Li tidak menjawab kenyataan Tun Dr Mahathit mengenai negara kaya tidak sepatutnya menakluki negara lain.

Dia berkata, sidang akhbar bersama Dr Mahathir-Li berhenti secara mengejut  dengan Li menjabat tangan Dr Mahathir sambil memberikan senyuman paksa.

Jelaslah masih ada pihak di Malaysia yang berfikir seperti zaman Mohd Najib di mana pemimpin Malaysia senyum simpul sambil berpelukan dengan pemimpin asing tetapi melakukan perkara yang merugikan negara.
Tidak mengapalah kalau China “marah” dan akan “bertindak balas” terhadap kita. Kita tidak mengundi pemimpin China. Kita mengundi pemimpin kita.
Adalah kewajipan pemimpin yang kita pilih menjaga kebajikan kita dan mempertahankan kedaulatan negara kita.
Apa yang pemimpin China hendak lakukan, itu adalah hak dan budi bicara mereka.
Tetapi saya yakin China tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan perhubungan yang dijalin oleh Almarhum Tun Abdul Razak 44 tahun lalu semata-mata kerana sayangkan anak beliau.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/08/diplomasi-penting-tetapi-rakyat-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketum Pan Sebut Perbaikan Ekonomi Rakyat Lebih Penting Dari Sindir Menyindir

Ketum Pan Sebut Perbaikan Ekonomi Rakyat Lebih Penting Dari Sindir Menyindir

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 330 hits
Zulkifli Hasan yang juga Ketua MPR ini menyebutkan fokus PAN adalah keberpihakan pada UKM ikhtiar untuk mensejahterakan petani dan mendorong terbukanya lebih banyak lapangan kerja
Rizal Ramli Anggap Isu Pilpres 2019 Dagelan Tak Penting Buat Rakyat

Rizal Ramli Anggap Isu Pilpres 2019 Dagelan Tak Penting Buat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 321 hits
Misalnya saja soal tempe setipis kartu ATM Kemudian soal tampang Boyolali selanjutnya Sontoloyo dan teranyar politik Genderuwo yang menuai beragam reaksi dari elite politik
Kubu Prabowo Sebut Rakyat Lebih Takut Lihat Harga Sembako Ketimbang Genderuwo

Kubu Prabowo Sebut Rakyat Lebih Takut Lihat Harga Sembako Ketimbang Genderuwo

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 281 hits
Juru Bicara Badan Pemenangan Prabowo Sandi Andre Rosiade menilai istilah politik genderuwo yang digunakan Presiden Jokowi kepada lawan politiknya sangat tidak tepat jika diungkapkan pada era milenial saat ini Menurutnya rakyat saat ini lebi...
Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 594 hits
Anda seorang wanita Tahukah anda wanita lebih cenderung menghidap penyakit buah pinggang kronik Statistik Penyakit Buah Pinggang Kronik di MalaysiaMenurut Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia seramai 600 000 kematian di kalan...
Meski Masih Bocah Tapi Kelakuan 10 Anak Ini Lebih Kocak Dari Orang Dewasa Konyolnya Alami Banget

Meski Masih Bocah Tapi Kelakuan 10 Anak Ini Lebih Kocak Dari Orang Dewasa Konyolnya Alami Banget

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 253 hits
Inilah yang membuat kita yakin kalau regenerasi pelawak Tanah Air akan berjalan dengan baik D
Bayi Yang Berkhatan Awal Lebih Rendah Risiko Mendapat Jangkitan Salur Kencing Ikuti 2 Lagi Faedah Berkhatan Awal

Bayi Yang Berkhatan Awal Lebih Rendah Risiko Mendapat Jangkitan Salur Kencing Ikuti 2 Lagi Faedah Berkhatan Awal

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 930 hits
Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung alat kemaluan lelaki Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan Ia juga merupakan tuntutan agama di mana berkhatan adalah satu kewajipan dalam masyarakat Islam ...
Tulang Retak Pulih Lebih Cepat Jika Amalkan Diet Ini

Tulang Retak Pulih Lebih Cepat Jika Amalkan Diet Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 570 hits
Pasti dilema bila tulang retak bukan Yang pasti Tulang Retak Pulih Lebih Cepat Jika Amalkan Diet Ini Bila Proses Pemulihan Tulang Retak Bermula Tulang yang retak atau patah menjalani proses pemulihan yang sama Bezanya tempoh masa pemulihan ...
Pengeluaran Iphone Xr Dilaporkan Dikurangkan Kerana Sambutan Lebih Rendah Daripada Jangkaan

Pengeluaran Iphone Xr Dilaporkan Dikurangkan Kerana Sambutan Lebih Rendah Daripada Jangkaan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 286 hits
Pasca pelancaran iPhone XS XS Max dan XR kami meramalkan iPhone XR akan menjadi peranti yang mendapat sambutan tertinggi terutamanya di Malaysia Ini adalah kerana harga jualannya yang lebih rendah walaupun mempunyai saiz skrin yang lebih be...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu