Dinner Semalam Pasar Malam Aje
Assalamualaikum..
SEJENIS perangai seorang Sk ialah, bila rajin terlampau rajin, tapi bila malas, dia punya tanduk tu bukan main lagi, ada je alasannya tak mahu buat sesuatu terutama memasak, hahaha. Ya, Sk yang sebenarnya ada masa sangat malas memasak. Ni pun tadi dinner cuma goreng ayam dan makan nasi tuang kicap, kui kui. Ni semua puncanya dari semalam, hahaha.
Sk kan kalau di rumah jenis tak paksa diri. Kalau hari tu Sk banyak kerja rumah memang ada jer la alasan penat nak masak, hahaha. Alaa.. Kadang tak ada buat kerja pun kalau Sk kata malas, Sk terus terang aje ajak Pak Inche makan kat luar. Tak ada paksaan dalam kehidupan berumahtangga kami ni pun. Kalau Pak Inche kata Sk yang kena belanja, Sk rela aje kalau masa tu baru gaji la asalkan takyah masak, hahaha. Sebabnya, masa baru kahwin dulu Sk dah terlalu banyak memasak sampai sekarang rasa dah terlalu bosan memasak, hahaha. Teruk nau nau perangai, jangan ikut tau.
Jadi, semalam kami mengadap Nasi Goreng Seafood tu dari pagi sampai tengahari, hahaha. Lepas tu, Sk layan hindustan sambil lipat kain dalam bilik sampailah dalam pukul 4 tu Sk bagitahu Pak Inche, nanti petang kita gi pasar malam ajelah, malas nak masak. Pak Inche pulak pantang dengar pasar malam, memang tempat kesukaan dia tu, nampak tak kami punya sejiwa, hahaha. Tambah dah tinggal berdua ni, kan. Ikut kepala masing-masing jer la.
Sk sebenarnya teringat dengan Cucur Udang Kuah Kacang. Sambil tu nanti bolehlah beli nasi lemak ke, nasi kukus ke, nasi beriyani ke tapi Pak Inche pulak kata tak teringin nak makan nasi. Sebaik jer bayar cucur dan Sk beli jugak tauhu sumbat, toleh-toleh Pak Inche hilang. Rupanya dia pergi beli sate 30 cucuk. 30 cucuk??? Siapa nak mkan banyak-banyak? Sk paling banyak pun boleh makan lima jer, tu pun kalau dah ada cucur udang dengan tauhu sumbat, mana lak nak sumbat sate? Pak Inche kata, dia lapar.. holo.. holo.. Ciannn.
Lepas tu dia nak jugak beli Yong Taufu. Lapar sangat ni. Fahamlah kalau tengah lapar pergi pasar malam, memang semua la nampak sedap dan mengancam. Pilih punya pilih rasanya.. jap.. sambil kira ni. ... Pak Inche ambik anu tu satu.. Anu tu satu.. Lepas tu Sk ambik anu tu satu, anu tu satu, pak inche tambah paru dan anu tu satu, satu.. Lepas tu Sk cakap, jangan ambik banyak sangat nanti tak habis.. Bagilah mangkuk tu pada kakak tu minta bungkus, siap bungkus dia sebut harga RM20 berapa sen tah.. terus Sk melopong... Perghhhh.. Mahal giler Yong Taufuuu!! Urut dada terus.
Malam tu hidang semua makan depan tv. Yong Taufu simpan dalam peti untuk makan malam ni, hahahaha. Tu yang cuma makan nasi dengan kicap dan ayam goreng sebab lepas tu nak makan Yong Taufu semalam.
Maaflah, cerita jer panjang, gambar makanan sekeping aje. Eh, sate tu sedap tau, boleh pulak kita termakan enam, hahahaha.
Burppp! Alhamdulillah...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/08/dinner-semalam-pasar-malam-aje.html