Dinner Bersama Kawan Kawan Di Dodo Dim Sum Dan Steamboat
Dinner Bersama Kawan-Kawan Di Dodo Dim Sum Dan Steamboat | Assalamualaikum semua.. Setelah cuti sakan selama 2 minggu untuk Hari Raya Aidiladha, kini sis kembali ke ibu kota untuk meneruskan aktiviti harian dan juga mencari nafkah. Kebetulan bila sampai je KL, kawan-kawan sis roger ajak jumpa. Apalagi, terus la sis onzz sebab rindu nak jumpa dan bergelak ketawa dengan mereka. Kami decide untuk dinner di Dodo Dim Sum Dan Steamboat yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Masa sis sampai tu masih awal lagi so sempat la meninjau kawasan sekitar dalam restoran. Untuk pengetahuan korang, restoran ni mula beroperasi sekitar bulan Mac 2023 yang lalu jadi memang consider baru lagi la. No wonder la interior dalam restoran kelihatan masih baru dan cantik. Sememangnya Dodo Dim Sum & Steamboat direka bentuk untuk menjadi suasana outlet yang mesra dan memberi inspirasi serta menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencipta detik dan kenangan di kalangan keluarga dan rakan. Selain itu, Dodo Dim Sum & Steamboat juga ingin memastikan kepuasan pelanggan dalam menikmati makanan yang berkualiti serta detik-detik yang tidak dapat dilupakan apabila datang ke restoran ini
Sebut pasal makanan, Dodo Dim Sum Dan Steamboat merupakan sebuah restoran gabungan masakan Dim Sum dan Steamboat. Bukan tu je, ada juga hidangan masakan asli dari Thai. Semuanya diperolehi daripada resipi asal chef kat sini iaitu Master Chef Jun. Apa yang menariknya, dim sum kat sini adalah buatan tangan (homemade) tau. Jadi kita boleh rasa kesegaran bahan yang digunakan di dalam dim sum tersebut. Ni antara list dim sum yang kami order masa makan kat sini :
Steamed Dim Sum1. Siew Mai2. Har Gow3. Chicken Kerabu4. Salted Egg Custard Bun
Fried Dim Sum1. Five Spice Beancurd2. Crispy Prawn Beancurd3. Radish Cake – dodo style
Untuk menu steamboat pula boleh pilih sama ada ingin yang set atau Ala Carte. Memandangkan kami ramai jadi kami pilih yang set dengan 2 jenis kuah. Bahan steamboat yang digunakan memang segar dan ada juga bahan buatan sendiri seperti bebola dan paste. Kuah pula ada 2 dan merupakan sup Thai yang mempunyai herba, rempah ratus dan aromatik, menghasilkan kuah manis, masam dan pedas.
Oh ya, steamboat kat sini bukan la steamboat semata-mata sebaliknya boleh juga nak grilled bahan yang sama sebab plate grilled disediakan sebelah kuah steamboat. Apa lagi, time ni la masing-masing tunjuk skill memasak. Bila dah masak, cicah pula dengan mana-mana enam sos pencicah. Nak lagi best, boleh request staff untuk buatkan sos istimewa Dodo dengan campuran beberapa jenis sos. Fuhhh.. memang sedap ye makan steamboat ramai-ramai macam ni. Ni antara set steamboat yang ada kat sini :
Broth1. Nam Tok2. Khao Soi
Signature Items1. Fresh Prawns2. Sliced Beef3. Chicken Fillet
Homemade Items1. Classic Chicken Paste2. Thai Basil Beef Paste3. Coriander Beef Balls4. Prawn Capsicum Dumplings5. Onion Chicken Paste6. Thai Curry Beef Paste
Vegetables1. Hong Kong Sawi2. Baby Kailan
Noodles1. Thai Flat Noodle2. Spring Noodle
Mushroom1. Shitake Mushroom2. Enoki Mushroom
Takkan makan dim sum dan steamboat je ke?? Oh tidak yeee.. bagi yang nak makan menu berat, kat sini ada hidangan asli dari Thailand juga. Boleh pilih nak makan menu individu ataupun makan hidang seperti :
Noodle (Soup)1. Tom Yum
Salad1. Som Tum Talay
Snacks1. Larb Tod
Fried Rice1. Dodo Khao Pad
Stir Fry Mains1. Salted Egg Prawn2. Pad Med Mamuang (Beef)
Thai Curry1. Kang Keow Waan
Fish1. Deep fried whole sea bass served with spicy sweet Thai bean sauce
Vegetable1. Pad Broccoli Kung
Jujur sis cakap pemilihan kami untuk datang makan-makan di Dodo Dim Sum Dan Steamboat memang tepat dan berbaloi. Masing-masing dapat menikmati makanan kegemaran sepuas-puasnya. Selain tu, kami juga enjoy makan sambil chit chat dan bergelak ketawa sambil merakamkan moment-moment indah bersama. Restoran Dodo Dim Sum Dan Steamboat ni memang mesra insta (insta-worthy) tau.
Setiap elemen dalam restoran telah direka dengan teliti daripada hiasan dan pencahayaan hinggalah cara penyajian makanan. Maklum la, sekarang ni kan zaman Med Sos, dah jadi kebiasaan pelanggan menyiarkan foto ke media sosial mereka. Jadi kat sini memang digalakkan untuk bergambar, merakam, berkongsi gambar dan boleh tag @dododimsumbowls dengan hashtag restoran; #enjoylifeenjoydodo
Oh ya, kalau nak mai makan kat sini sentiasa la riki-riki sosial media restoran ni sebab kadang-kadang mereka adakan juga aktiviti dan contest untuk pengunjung. So, alang-alang datang tu join la sekali kan. Mana la tau ada rezeki. Oh ya, tidak lama lagi, pelanggan akan dapat menikmati pakej istimewa dan pilihan pulangan tunai dengan Program Kesetiaan Dodo (membership). Nak register la, boleh la pi selalu nanti
So, kalau korang nak suka makan dim sum ataupun steambiat dan mencari tempat untuk makan-makan bersama keluarga dan rakan-rakan boleh la datang ke Dodo Dim Sum Dan Steamboat. Kalau nak order untuk makan-makan kat rumah pun boleh sebab mereka juga ada menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran melalui dodo.placeorder.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2023/07/dinner-bersama-kawan-kawan-di-dodo-dim.html