Dinasti Politik Tidak Pelik


PUTRAJAYA: Tradisi dinasti politik atau politik ahli keluarga di negara ini bukan satu keunikan apatah lagi untuk dikatakan pelik kerana ciri sama turut berlaku di hampir seluruh negara lain.

Di Malaysia, boleh dikatakan setiap parti politik ada kecenderungan mempunyai wakil ‘anak-beranak’ dan sejarah itu sudah lama dan sampai sekarang.

Umpamanya dalam kalangan UMNO, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘mewarisi’ karier politik bapanya, Tun Abdul Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudian menurunkan pula legasi politiknya kepada anaknya, Datuk Mohd. Nizar yang kini menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Pekan.

Menteri Luar yang juga sepupu kepada Najib, Datuk Seri Hishammuddin pula mewarisi kepemimpinan bapanya, bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn.

Situasi sama turut berlaku di Putrajaya iaitu Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kini cuba menaikkan anak beliau, Tengku Iqbal Munawwir menggantikan tempatnya.

Tengku Iqbal Munawwir, 31, ketika ini adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Tengku Adnan sudah berada di Parlimen Putrajaya empat penggal berturut-turut dengan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengekalkan kerusi Parlimen itu selepas menang dengan majoriti 3,372 undi.

Tradisi politik dinasti juga terserlah dalam kalangan parti DAP iaitu gandingan Lim Kit Siang dan Guan Eng yang sudah lama menerajui parti itu selain bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh turut diikuti anaknya, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh.

Tidak ketinggalan, Nurul Izzah Anwar mengikuti jejak langkah bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik, malah pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad masih membayangi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Susur galur politik talian kekeluargaan dalam Pas pula, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diikuti anaknya, Muhammad Khalil yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, selain Nik Muhammad Abduh mewarisi figura ulama bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Melengkapi dinasti politik keluarga di Sabah pula ia membabitkan Datuk Seri Musa Aman dengan adiknya, Datuk Seri Anifah Aman serta anaknya, Yamani Hafez selain turut disertai menantunya Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif.

Mengulas pola tersebut kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, pendedahan keluarga terhadap persiaran politik menjadi faktor timbulnya politik dinasti.

Dalam konteks ini, beliau berkata, ia tidak menjadi isu besar sekiranya seseorang anak yang mewarisi politik bapanya dapat membuktikan kewibawaan sendiri sekali gus mampu keluar daripada bayangan atau pengaruh bapa masing-masing.

“Apakah visi yang generasi anak mereka ini mampu meletakkan mereka lebih baik daripada orang tuanya. Ini menjadi ukuran, bukan ukuran dia itu anak siapa, tetapi lebih kepada meritokrasi dan bagaimana mampu berdikari tanpa memerlukan sokongan politik orang tua masing-masing untuk beri khidmat kepada rakyat.

“Apa yang penting, mereka berbakat, mempunyai keupayaan sendiri bukan semata-mata atas nama keluarga,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, geostrategis, Dr. Azmi Hassan pula berkata, dinasti politik agak baik jika anak itu sudah mengikuti senario politik lebih awal dan aktif dalam politik masing-masing sekali gus mampu mengutip pengalaman apabila mereka terjun dalam dunia politik sebenarnya.

Namun, kata beliau, situasi berkenaan menimbulkan masalah jika anak itu tidak minat apatah lagi tidak pernah berkecimpung dalam hal politik, tetapi tiba-tiba ditolak untuk menjadi pemimpin atau calon kerana pengaruh bapanya.

“Ini yang tidak baiknya. Bila ini berlaku, maka rasa tangungjawab atau keberkesanan menjadi pemimpin atau wakil rakyat tidak akan terserlah apabila dipaksa dan anak itu tidak ada minat.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, bukan menjadi satu isu besar dalam hal ini kalau anak mempunyai pengalaman ketika bapa mereka menjadi pemimpin atau wakil rakyat. Maka itu satu kelebihan kepada anak itu ditambah pula kalau anak itu berminat selain disokong oleh penduduk kawasan dan mampu menjadi wakil rakyat yang baik,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/dinasti-politik-tidak-pelik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Ngo Lancar Kempen Tolakdarurat

Ahli Politik Ngo Lancar Kempen Tolakdarurat

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 345 hits
Kempen rayuan rakyat kepada Yang di Pertuan Agong agar menamatkan segera pemerintahan darurat dilancar hari ini Pengerusi Jawatankuasa Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat Ir Khalid Samad melancarkan kempen berkenaan di Hotel Tamu ...
Ummno Sekolahkan Pas Tentang Kejujuran Politik

Ummno Sekolahkan Pas Tentang Kejujuran Politik

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 179 hits
Rupanya main dua kolam ada yang halal dan ada yang haram Yang halal ialah yang ditandatangani secara sah Menarik juga pandangan sahabat saya Ustaz Nik Abduh ini Menurut beliau PAS memang main dua kolam Tetapi secara sah Maksudnya kolam kola...
Politik Kaw Tim Kaw Tim

Politik Kaw Tim Kaw Tim

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 243 hits
Tempoh hari Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat pengakuan Bahawa Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu dirancang sebaik sahaja PRU14 selesai Bagi saya pengakuan beliau bermaksud 1 pihak yang kalah tidak m...
Undang Undang Baharu Berita Palsu Untuk Tutup Mulut Ahli Politik

Undang Undang Baharu Berita Palsu Untuk Tutup Mulut Ahli Politik

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 245 hits
AHLI Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Razlan Rafii mempersoalkan tindakan kerajaan memperkenalkan undang undang berita palsu baharu yang berkaitan dengan Covid 19 dan darurat kerana ia dianggap untuk menutup mulut ahli politik daripada memb...
Rentasan 843 Lagi Sogokan Politik Pm Didedah Zuraida Dan Hamzah Turut

Rentasan 843 Lagi Sogokan Politik Pm Didedah Zuraida Dan Hamzah Turut

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 192 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8431 MUJAHID JAWAB PENDUSTAAN ISU LGBT DAN ZAKIR NAIK 2 TAK TAHU MENARI DIKATAKAN TANAH TINGGI RENDAH 3 PRESIDEN PAS MEMANCING BUAYA 4 BUKAN SEORANG SAJA AHLI PARLIMEN YANG DAPAT SOGOKAN
Pas Jangan Lupa Politik Suku Agama Suku

Pas Jangan Lupa Politik Suku Agama Suku

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 387 hits
MOHD ALI HASHIMPas bijak dan telah menjadi lumrah mahu pun asam garam parti tersebut apabila berkata kata sehinggakan mampu menyembunyikan siapa yang dimaksudkan dengan ganti nama yang lain tetapi tepat kena pada sasarannya Menurut Pengarah...
Sejak Awal Isu Kalimah Allah Yang Dimainkan Pas Umno Bukan Soal Aqidah Tetapi Politik

Sejak Awal Isu Kalimah Allah Yang Dimainkan Pas Umno Bukan Soal Aqidah Tetapi Politik

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 404 hits
March 12 2021 KALIMAH ALLAH DAN KONSEP KALIMATUN SAWAA Sejak awal isu Kalimah Allah yang dimainakan UMNO dan PAS bukanlah menyentuh soal Aqidah Tetapi Politik Sudah lama Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible ...
Umno Berpeganglah Pada Realiti Politik

Umno Berpeganglah Pada Realiti Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 191 hits
Ahmad Abd Hamid The Malaysian Insight KE MANA sebenarnya arah tujuan dan pilihan UMNO Bersandar kepada harapan yang belum pasti menjadi kenyataan atau berpegang kepada realiti yang lebih berpijak di bumi nyata Umno bagai di persimpangan sam...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200