Politik Kaw Tim Kaw Tim


 

Tempoh hari Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat pengakuan. Bahawa Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu dirancang sebaik sahaja PRU14 (2018) selesai.
Bagi saya pengakuan beliau bermaksud 1) pihak yang kalah tidak menghormati suara majoriti rakyat (ini sudah ditonjolkan banyak kali pelbagai pihak) dan; 2) pihak yang kalah tidak mahu menunggu empat atau lima tahun untuk PRU15 diadakan bagi cuba merampas semula kuasa, sebaliknya memilih untuk ambil jalan pintas. “Short cut”.
Saya pernah menulis mengenai jalan pintas ini, jadi mengapa ditulis lagi? Sebab presiden PAS membuat pengakuan terbuka – setelah setahun Perikatan Nasional memerintah.
Apabila Langkah Sheraton terjadi untuk membolehkan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ramai yang tampil bertanya: “Apa perlunya pilihan raya jika kerajaan boleh ditumbangkan dan kerajaaan baharu boleh naik sebegitu cara?”
Tetapi, kita semua tahu pilihan raya tetap akan diadakan. Setidak-tidaknya untuk membuktikan ini negara demokratik dan demokrasi terus hidup.
Hakikatnya, PRU15 akan menyusul. Cuma tarikhnya kita tidak tahu. Jika saranan Presiden Dewan Negara Rais Yatim (yang juga orang kuat PPBM) diterima kerajaan, “Undi 18” tidak akan dilaksanakan walaupun undang-undang membolehkan rakyat berusia 18 tahun mengundi dan bertanding pada pilihan raya diwartakan September 2019.
Kita tahu pihak yang mahu menang pilihan raya kali ini untuk mengekal atau menubuhkan kerajaan mesti mewujudkan gabungan besar atau “grand coalition”. Parti politik yang tidak boleh wujudkan gabungan sedemikian susah atau tidak boleh menubuhkan kerajaan. Maknanya kalah lah tu.
Lantas kita maklum parti-parti politik sedang berbincang, berunding, dan berpakat-pakat untuk mendaptkan the “right formula” bagi mewujudkan gabungan mantap yang disebut tadi.
Lalu, kita dengar parti A mahu bekerjasama dengan parti C dan E dalam satu gabungan besar yang dikenali sebagai gabungan X.
Kita dengar juga parti B sedang berbincang dengan parti D dan F untuk wujudkan gandingan hebat – koalisi Y.
Namun ada penyokong dan golongan dalam parti itu tidak setuju. Maka timbullah formula lain. Umpamanya gandingan A dengan B dengan W manakala E juga mahu join A tanpa setuju B duduk bersama.
Rasanya anda tahu apa yang dimaksudkan tanpa saya menamakan parti politik yang sedang berbincang, berdiskusi dan yang “nego-nego”. Ada juga yang sedang memujuk rayu dan dipujuk rayu.
Mampukah mereka wujudkan gabungan yang diidamkan masing-masing? Hanya waktu akan menentukan. “Only time will tell,” kata omputih.
Realitinya, bukan mudah untuk mereka lakukan meskipun kita tahu dalam politik semua kemungkinan boleh terjadi.
Tetapi waktu semakin singkat. Ada orang politik serta penganalisis menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan apabila tempoh darurat tamat 1 Ogos ini. Lalu mereka kata kemungkinan PRU selepas September bila lebih ramai rakyat sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.
Ada yang kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan tunggu sehingga tempoh pentadibiran tamat pada 2023 atau 2024. Kena tanya Pak Belalang gamaknya.
Namun andai kata PRU diadakan tahun ini dan parti politik yang sedang berbincang-bincang masih belum dapat wujudkan “grand coalition” masing-masing, apa akan terjadi? Siapa yang boleh menang untuk menubuhkan kerajaan?
Jika begitu keadaannya izinkan saya mengajukan cadangan.
Eloklah parti politik yang ada sekarang bertanding dalam keadaan mereka sekarang. Secara bersendirian atau dengan gabungan sedia ada dan dalam bentuk sekarang.
Ya, ini bermakna mereka dalam gabungan sama akan berdepan sesama sendiri dalam pertandingan pelbagai penjuru. Betul-betul pesta demokrasi yang meriah. Tidak perlu lambang bersama. Tak perlu manifesto bersama. Guna saja apa yang ada. Manifesto mungkin tidak perlu pun. Kalau nak juga paparkan yang “simple”.
Lawan dan berperanglah sambil menawarkan khidmat kepada rakyat untuk buat pilihan. Tunggu apa hasilnya. Walau apa pun, seperti apa jua pertandingan, tentu ada yang menang ada yang kalah.
Namun yang nyata tidak akan ada parti secara sendiri yang akan memperolehi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan. Lantas yang menang bolehlah nego dengan golongan lain, dari parti lain yang juga menang beberapa kerusi.
Conggak, campur, dan kira berapa kerusi boleh dikumpul antara mereka. Jika cukup angka bolehlah tubuh kerajaan. Siapa jadi PM runding lagi. “Nego” lagi. Mungkin dalam keadaan tegang tetapi cuba dapat persetujuan. Cuba “kaw tim”. Ye ini “politik kaw tim”. Kadang kadang kena “kaw taw”.
Maksudnya calon parti A yang menang boleh “kaw tim” dengan calon parti B atau C atau D yang juga menang kerusi. Kumpulkan kerusi.
Maknanya tanding dulu, menang baru “kaw tim”. Bukan “kaw tim” sebelum pilihan raya yang jelas sangat susah nak capai kesepakatan.
Yang menang, “kaw tim” sesama yang menang untuk dapatkan angka ajaib tanpa kira mereka mewakili parti mana. Politik “kaw tim” bukan sesuatu yang ganjil buat mereka. Pernah berlaku. Adakah ini akan melenyap amalan lompat parti? Tidak.
Bagaimana pula yang kalah? Yang tak cukup kerusi. Habis cerita? Tutup kedai? Tidak. Mereka juga boleh “get together”. Kalau mereka yang menang boleh kumpul sesama mereka si kalah pun boleh kumpul sesama sendiri.
Mereka juga boleh rancang dan “nego” dan cuba jadi kerajaan. Sama ada menerusi pintu belakang, tebuk atap, ikut tingkap. Yang kalah pun boleh menang. Lihat saja Langkah Sheraton.
Akan tetapi kena bertindak cepat. Bak kata Hadi, Langkah Sheraton dirancang sebaik saja PRU14 tamat. Ikut nasihat beliau.
Adakah ini cerita merepek? Ya – merepek. Tetapi berani kah anda yakin cerita merepek ini tidak akan terjadi? 100% yakin? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/politik-kaw-tim-kaw-tim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TR

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Beri Ph Nyawa Jika Tidak Bersama Pn Penganalisis Politik

Umno Beri Ph Nyawa Jika Tidak Bersama Pn Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 218 hits
puteradaily comSekiranya UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional tindakan itu hanya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan Menurut Felo Penyelidik Institut Penye...
Survival Politik Amanah Dan Ujian Setiakawan Dalam Ph

Survival Politik Amanah Dan Ujian Setiakawan Dalam Ph

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 316 hits
March 3 2021 BARU baru ini tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Amanah Negara dilaporkan meninggalkan parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat Mereka masing masing ialah Adun Senggarang Khairuddin A Rahim Adun Serom Faizul Amri Adnan...
Persidangan Parlimen Digantung Ketika Darurat Politik Ulang Menteri Undang Undang

Persidangan Parlimen Digantung Ketika Darurat Politik Ulang Menteri Undang Undang

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 262 hits
Jemaah Menteri menasihati Yang di Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan kata Takiyuddin Hassan Istana Negara menyatakan kalau hendak adakan persidangan Parlimen...
Larry Sng Edmund Santhara Contoh Kapitalis Dan Tauke Dalam Politik

Larry Sng Edmund Santhara Contoh Kapitalis Dan Tauke Dalam Politik

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 318 hits
March 4 2021 LARRY SNG DAN EDMUND SANTHARA KUMAR CONTOH KAPITALIS DAN TAUKE DALAM POLITIK YANG MENENEGGELAMKAN SLOGAN ISLAH DAN REFORM Kebelakangan ini nama yang cukup popular adalah Edmund Santhara dan Larry Sng Edmund Santhara Kumar popul...
Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 262 hits
Struktur parti politik Melayu dalam sistem politik Malaysia sejak akhir ini mengalami perubahan besar Paling ketara selepas terbentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional dan berakhir pentadbiran Pakatan Harapan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 1...
Malaysia Sokong Semua Usaha Tamat Krisis Politik Myanmar Kata Hishammuddin

Malaysia Sokong Semua Usaha Tamat Krisis Politik Myanmar Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 226 hits
Malaysia sokong semua usaha tamat krisis politik Myanmar kata Hishammuddin Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 M
Mapim Politik Negara Sangat Jijik Rakyat Tak Boleh Buat Apa Apa

Mapim Politik Negara Sangat Jijik Rakyat Tak Boleh Buat Apa Apa

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 236 hits
Malaysiakini Politik negara kini kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia sudah merudum teruk sehingga berada pada tahap yang sangat jijik Menurut Mapim hal itu berlaku kerana demokrasi dipermainkan dan rakyat pula dipaksa untuk me...
Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 202 hits
ARIF ATANNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan anggota Dewan Rakyat khususnya Umno untuk segera menyelesaikan krisis politik yang berlaku pada masa ini Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut berkata Muhyiddin terde...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas