Din By Din Tai Fung Membawakan Makanan Istimewa Dari Taiwan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran makanan popular dari negara Taiwan. Kalau korang sukakan Dumpling atau pau kat sini lah tempatnya. Restoran Din by Din Tai Fung bertaraf tanpa kinzir korang boleh lihat pada singboardnya. Maha cakap terus terang restoran ni tidak dapat pengiktirafan Halal kerana mereka menyajikan minuman beralkohol kepada pelanggan yang bukan beragama Islam
Tapi dari segi makanan semuanya daripada sumber dan pembekal yang mempunyai persijilan Halal. Pekerja mereka juga ada yang terdiri daripada orang muslim. Sebab itu Maha berani masuk untuk cuba makan kat sini. Restoran ini menyediakan masakan yang begitu popular daripada Taiwan tapi diolah mengikut citarasa tempatan kerana orang kita suka kepada kepedasan dan juga pelbagai rasa betul tak
Kat sini memang begitu popular dengan mereka punya Xiao Long Bao atau dikenali dengan bun yang dikukus dalam bekas buluh. Hari tu Maha sempat cuba mereka punya dumpling popular iaitu Sambal Chicken Xiao Long Bao dan juga Truffle & Chicken Xiao Long Bao. Makanan ni kena makan waktu ia panas dihidangkan ke atas meja jangan biar lama memang nanti rasa lain. Truffle & Chicken Xiao Long Bao - RM67.90 (6pcs)
Sambal Chicken Xiao Long Bao - RM24.50 (6pcs)
Cara nak makan pun ada skill juga tau dimana mereka akan sediakan hirisan halia dan korang kena campurkan bersama dengan soya sos dan cuka yang disediakan diatas meja. Lepas tu baru korang celupkan bun tu kedalam sos tadi dan makan. Hati-hati ketika makanan kerana mungkin ia panas kalau pecah dalam mulut. Di situlah kemahiran anda akan diuji untuk makan hehehe. Tapi Maha bedal jer masuk dalam mulut kunyah pelahan-lahan dan nikmati memang terangkat
Chocolate Xiao Long Bao
Mini Larva Custard Bun - RM16.60 (4pcs)
Unik kat sini mereke juga ada Chocolate Xiao Long Bao memang pekat isi coklatnya hehehe tu Maha boleh makan habis seorang 6 biji sekali mengadap sahaja. Semasa order korang boleh pilih nak set tu datang dengan 6 biji atau juga 10 biji kalau yang makan beramai-ramai. Hari tu juga Maha ada order pau yang ni memang kegemaran ramai iaitu Mini Larva Custard Bun dimana isi dalamnya adalah Salted Egg yang mengcair bila digigit atau dipecahkan
Chicken Sup - RM24.50
Chicken Chop & Shrimp Fried Rice - RM45.30
Selain itu juga korang boleh order menu sampingan lain yang ada kat sini seperti Chicken Sup dengan herba, kemudian Chicken Chop & Shrimp Fried Rice yang pedas sebab tu nampak merah sikit nasi tu. Ada juga sayur-sayuran yang enak seperti Organic Pea Sprout with Shredded Chicken serta sayur paling Maha suka iaitu Shimeji Mushroom with Salted Egg iaitu cendawan yang disalut dengan telur masin dan digoreng rangup best giler
Organic Pea Sprout with Shredded Chicken - RM32.10
Shimeji Mushroom with Salted Egg - RM32.80
Lupa lak nak cite yang orang Taiwan memang makan timun sebagai mereka punya pembuka selera sebeb tu kat sini mereka ada sediakan Spicy Pickled Cucumber yang diolah lebih kepada selera orang Malaysia ada pedas-pedas sikit. Bukan timun jeruk tau tapi ia memang timun segar kalau makan rasa kerangupan timun tu lagi
Spicy Pickled Cucumber - RM14.70
Kalau minuman pula kat sini korang kena cuba mereka punya teh kerana ia adalah teh asli Taiwan dan memang rasa sangat menarik. Maha hari tu order Pu Er Milk Tea with Grass Jelly iaitu teh dengan susu dan satu lagi tu pula Sparkling Green Apple Juice untuk kesegaran. So puas makan panas-panas kena dengan air sejuk rasa lega sangat tekak ni huhuhu
Pu Er Milk Tea with Grass Jelly - RM17.00 & Sparkling Green Apple Juice - RM17.00
Bagi Maha keseluruhan makanan kat sini memang memberi kelianan bukan sahaja rasa tapi pilihan yang ada. Kalau selalu kita makan nasi dan juga lauk sekali-sekala makan macam ni pun boleh kenyang dan juga sihat sebab ia dikukus. Mana tahu nak ubah selera boleh lah cuba restoran ini dan try makanan yang lain juga
Korang jangan salah masuk restoran lak tau kena tengok ada tulis Din by Din Tai Fung. Dekat Malaysia ni hanya ada empat cawangan sahaja iaitu satu kat aras 4 Suria KLCC, kedua kat Johor Bahru Mid Valley Shoutkey, ketiga kat aras 3 Nu Sentral yang Maha makan ni dan juga akan dibuka nanti hujung tahun kot kat KLIA. Restoran ni dah ada banyak cawangan seluruh dunia dan memang cukup terkenal lah.
Suasana restoran ni pun sangat menarik dengan dekorasi seperti mana restoran di Taiwan. Kat depan pintu masuk pula korang boleh tengok pekerja mereka menyediakan pelbagai jenis bun dan dumpling secara tradisi menguli dan juga menyediakan inti sehingga kepada mengukus. Kalau ada masa nanti Maha nak datang makan lagi kat sini nak cuba menu yang lain pulak. Kalau korang rasa nak cuba juga why not masuk jer dan mereka akan layan korang dengan mesra.
Lokasi : Lot 3.05 Level 3 NU SentralFacebook : https://www.facebook.com/Din-by-Din-Tai-Fung-Nu-Sentral-708235806292318/
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4/5Kesedapan : 4/5Harga : 3.5/5
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/08/din-by-din-tai-fung-membawakan-makanan-taiwan.html