Dilema Guru Yang Mengajar Dari Rumah
KPM : Gunalah teknik terbaik semasa PdPR ini. Boleh guna secara online, offline atau off-site
Cikgu : Baik boss
Ibubapa : Kami nak guru buat kelas secara LIVE baru ada sesi soal jawab
Guru : Baik. Kita buat Google Meet
Ibubapa : Saya anak 4 orang sekolah. Saya kerja. Telefon, gadget, laptop tak cukup. Patut bagi je kerja secara rakaman video
Guru : Baik. Kami buat rakaman video
Ibubapa : Penjelasan cikgu tak jelas. Cuba la cari rakaman video dari guru pakar dan berpengalaman. Baru anak cepat faham. Kemudian bagi la latihan
Guru : Baik. Kami bagi rakaman guru pakar dan lembaran kerja
Ibubapa : Cikgu ni ingat semua ibubapa ni kaya ke? Nak download video beratus megabytes makan masa berjam-jam. Data saya dah la sikit. Duit nak topup data lagi. Lepas tu ingat saya ada printer ke nak print out? Mahal semua tu. Cikgu potostat je latihan banyak-banyak, letak kat sekolah, nanti kami ambil.
Guru : Baik. Kami buat bahan bercetak secara fizikal dan letak di office
Ibubapa : Macamana anak nak faham setakat bagi bahan latih tubi begini? Patut buat LIVE. Bagi rakaman video. Kena mengajar. Rakam video cikgu mengajar. Bagi rakaman video cikgu-cikgu pakar. Bagi worksheet dalam Pdf, senang kami print out dan tak hilang
Guru : 😔
Bertabahlah para guru semua. Hari ini semua orang pakat nak ajar apa yang perlu para guru lakukan
Suruh buat begitu, buat begini
Namun realitinya, buat apa jua cara, ada saja yang tak puas hati. Ada saja yang tak kena
Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Kerana sikap manusia itu takkan puas dan takkan behenti mencari salah
Kita buat semampu kita. Kita buat sehabis baik yang kita rasa. Kita buat cara kita berdasarkan penilaian majoriti kemampuan murid kita untuk ikuti PdPR ini
Tak perlu nak puaskan hati semua pihak. Kerana apa jua cara kita guna ia pasti tidak sempurna
Jangan mengalah cikgu-cikgu seluruh Malaysia. Kekal senyum, kekal kuat, kekal bersemangat
Tetapkan niat. Kukuhkan tekad. Kita boleh harungi zaman yang pelik ini jika kita cekal dan bersemangat
Semoga wabak ini segera berlalu pergi dan kita dapat mengajar seperti biasa. Amin
Credit to #MFS- Kita masih manusia yang serba tidak sempurna -
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2021/02/dilema-guru-yang-mengajar-dari-rumah.html