Allahuakbar Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bg Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan


Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa ‘terbeban’ untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit.Walaupun gaji kita tak besar mana, terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen, paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk mak ayah.
Percayalah perkara kecil yang kita lakukan ini mampu beri kesan yang amat besar dalam kehidupan. Rezeki akan jadi melimpah ruah, hati lebih tenang malah hidup pun rasa lebih tenang.
Meskipun adakalanya mak ayah ‘menolak’ tak mahu duit kita, sebab mereka pun dah ada duit sendiri. Namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan dan setiap rezeki kita.
Semoga perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, membuka mata dan hati kita sebagai seorang anak akan tanggungjawab dan punca keberkatan dalam kehidupan.
Haru ini aku nak berkongsi satu kisah benar. kisah yang seorang kawan baik aku sampaikan sendiri pada aku. Tentang keberkatan duit dan hidup.aku namakan kawan aku ini alang saja.alang kerja kerajaan. namun bukanlah gred besar. Bukan tahap degree, master atau yang lebih tinggi. Lulusan diploma sahaja.
Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah.Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia.
“Aku tak mampu beri banyak. Sedikit pun aku tetap kirim juga. Bukan sebab mereka nak duit aku. Mereka tak minta pun.Tapi aku nak mereka rasa juga hasil titik peluh aku. Selama ini, mereka tanggung aku. Sekarang, aku dah kerja. Aku nak mereka rasa juga. Lagi pun, kalau ikut adat, umur mereka berapa lama sahaja lagi. Berapa lama sahaja lagi mampu aku berbakti dan menghargai.”
Itu yang Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga.
Kehidupan Rasa Sukar
Sampai satu masa, Alang kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak lagi dikongsi dengan rakan bujang, semua atas bahu dia. Segala bil-bil, ansuran kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan.
Meski pun isteri Alang pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar memandangkan kos sara hidup yang tinggi.Sejak itu, Alang mula berhenti kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung.
Makin banyak nak guna duit.Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu juga.
Alang bukan lupa nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu. Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah.Gaji bersih dia hanya tinggal 3 angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah melebihi RM3000.
Dengan baki tiga angka itulah dia nak survive sebulan di kota raya. Memang tenat la kan?
Sehinggalah suatu hari, dia renung dalam diri. Bermonolog sendirian.
‘Kenapa hidup aku sukar. Makan cukup-cukup sahaja. Baru ada lebih sikit, banyak pula benda perlu guna duit.
Aku dulu, walau gaji kecil tetapi tidak rasa setenat ini. Tidak rasa sesesak ini walau masa tu gaji tak sampai seribu.
Agaknya dulu hidup aku lebih berkat. Agaknya berkat aku istiqomah kirim duit pada orang tua.’
Inginkan Keberkatan Hidup
Alang nekad, biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada ibu dan ayahnya di kampung. Walau ibu dan ayahnya tidak meminta-minta, walau kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia.
Alang nekad kirim duit seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan.Gaji bersih dia selepas kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM700 sahaja.
Awalnya, si ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja.
Tapi Alang mendesak.
“Ayah. Ibu. Terimalah duit alang. Biarlah sedikit, biar pun duit ayah ibu jauh lebih banyak dari duit alang, namun alang nakkan keberkatan hidup. Rasa dan gunalah duit hasil titik peluh alang,” katanya pada kedua orang tua.
Bertahun-tahun lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga. Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim.
Walau duitnya tidak banyak, malah terkadang terpaksa berhutang sementara tunggu gaji masuk, hidup Alang terasa makin tenang. Terasa keberkatan hidup mula muncul sebaik mengirim semula duit belanja kepada orang tua.
Apa-apa masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu.Motornya rosak orang lain bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu selesaikan.
Beberapa bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Alang mula mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan mata.Allah buka lubang rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk.
Di situ Alang dapat rasa dengan jelas betapa berkatnya mengirim duit belanja pada ibu dan ayah.
Rezeki Datang Tidak Disangka-Sangka
“Cikgu. Aku dulu selalu sangka bila kirim duit pada ibu ayah aku akan makin sempit. Maklumlah gaji kecik.Namun jika kita ikhlas, jika terus menyantuni orang tua, sebenarnya hidup kita lebih berkat. Yang sempit itu allah lapangkan. Yang sukar itu allah mudahkan.Rezeki yang jauh itu allah dekatkan.
Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza.
Jika masih ada orang tua, kirimlah duit belanja buat mereka walau mereka itu jutawan sekalipun.Bagi mereka rasa walau RM10 duit dari hasil titik peluh kita. Nescaya hidup makin berkat, rezeki makin dekat.”
Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju. Sesungguhnya apa yang Alang kata dan cerita itu benar belaka.
Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda.
Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka.Sungguh!
Sumber : limaumanis
The post Allahuakbar.. Hidup terus berubah lepas terdetik bg mak ayah sorang RM100 sebulan walaupun baki gaji cukup makan. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/allahuakbar-hidup-terus-berubah-lepas-terdetik-bg-mak-ayah-sorang-rm100-sebulan-walaupun-baki-gaji-cukup-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 428 hits
Ramai orang zaman sekarang mencari pekerjaan yang mudah dengan gaji yang lumayan Tapi hati hati jangan sampai terjerat Baru baru ni 8 gadis katanya dianiaya oleh bos mereka gara gara diberhentikan secara tiba tiba tanpa sebarang notis dan p...
Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Gaji Puluhan Ribu

Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Gaji Puluhan Ribu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 532 hits
Ibu bapa adalah orang yang paling ikhlas didalam melunaskan tanggungjawab dan keperluan anak anak Tidak pernah mendengar keluhan mereka didalam mebesarkan anak anak Mahu makan apa insya Allah akan cuba mereka penuhi Inginkan keperluan sekol...
Pesan Istri Ke Ma Ruf Amin Jelang Debat Cawapres Istirahat Cukup Makan Dijaga

Pesan Istri Ke Ma Ruf Amin Jelang Debat Cawapres Istirahat Cukup Makan Dijaga

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 392 hits
Meski demikian dia menceritakan ini tak membuatnya lelah Bahkan menurutnya senang bisa menemani Ma ruf
Lepas Ni Berjaga Malam Balik La Kita Yea Isteri Bersalin Sebulan Lagi Nabil Harap Semua Dipermudahkan

Lepas Ni Berjaga Malam Balik La Kita Yea Isteri Bersalin Sebulan Lagi Nabil Harap Semua Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 306 hits
Berjaga malam adalah antara rutin tatkala mempunyai bayi kecil Pelawak pengacara Nabil Ahmad semakin teruja untuk menyambut kelahiran anak ketiganya Nabil dalam posting di Instagram mengharapkan proses kelahiran dan selepas bersalin dipermu...
Sedih Bimbang Marah Sensitif Emosi Isteri Boleh Berubah Lepas Bersalin Perlu Sokongan Bantuan Suami

Sedih Bimbang Marah Sensitif Emosi Isteri Boleh Berubah Lepas Bersalin Perlu Sokongan Bantuan Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 517 hits
Selepas bersalin emosi isteri boleh berubah selepas melalui pelbagai fasa kehamilan dan kelahiran Sokongan sifat memahami dan bantuan daripada suami amat diperlukan Selepas menempuhi proses kelahiran berjam jam lamanya melalui kesakitan unt...
Ayah Tak Balik Ummi Takde Duit Pagi Semalam Pun Tak Makan Kisah Sedih Jadi Pengajaran

Ayah Tak Balik Ummi Takde Duit Pagi Semalam Pun Tak Makan Kisah Sedih Jadi Pengajaran

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 408 hits
Kisah sedih ini dikongsikan supaya jadi pengajaran kepada suami di luar sana Jadikan iktibar pada kita Mari kita baca perkongsian pembaca Sedih melihat pelajar tidak makan kerana tiada duit seorang guru bertindak melawat keluarga pelajar di...
Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 376 hits
Ketika penulis mendekatinya untuk ditemuramah Norlailee Abu Hassan tidak keberatan Bahkan dia sanggup datang jauh dari Melaka untuk bertemu penulis Banyak kisah menarik tentang anaknya Hairul Khalish Hairulaminy yang dia ceritakan pada penu...
Agong Bertitah Agar Rakyat Terus Yakin Dengan Kerajaan Dalam Usaha Kurangkan Kos Sara Hidup

Agong Bertitah Agar Rakyat Terus Yakin Dengan Kerajaan Dalam Usaha Kurangkan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 340 hits
Masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada ketika ini mendapat perhatian Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang bertitah agar rakyat untuk terus memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada ke...
Master Pasto Spaghetti Segera Hanya Panaskan Dan Terus Makan

Master Pasto Spaghetti Segera Hanya Panaskan Dan Terus Makan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 523 hits
Master Pasto Spaghetti Segera Hanya Panaskan Dan Terus Makan Pernah tak korang rasa lapar tapi macam ada perasaan malas nak keluar pegi beli makanan KakYa ada satu berita gembira untuk korang KakYa nak kenalkan kat korang Master Pasto Spagh...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi