Dilabel Tidak Sensitif Maria Buat Permohonan Maaf
Gara-gara dikatakan tidak sensitif dengan menamakan menu masakannya sebagai Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai, pengacara Maria Tunku Sabri hebat diselar pengikut Instagramnya.
Maria dikecam selepas membuat kapsyen yang dikatan tidak sensitif dengan peasaan keluarga mangsa tembakan di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.
Ramai menyifatkan personaliti televisyen itu tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa yang terkesan.
Hantaran Instagram yang dimuat naik Maria bersama kapsyen tersebut menerima kecaman hebat daripada warga maya semalam.
“Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai”
“Apalah nak jadi mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thai. Mati syahid dalam menjalankan tugas demi negara, takziah buat keluarga,” tulis Maria dalam Instagramnya.
Rata-rata netizen menyelar penggunaan perkataan mati katak selain nama resipi yang digunakan Maria sebagai tidak sensitif selain memintanya untuk menyunting semula kapsyen berkenaan.
Bagaimanapun nama resipi dan tulisan ‘mati katak’ mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengikut dan menyelar tindakan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu sebagai tidak sensitif.“Just incase you don’t realize this, you are being insensitive towards the victim and his family. Tak rasa bersalah ke? Siap namakan resepi macam tu, it’s not even funny. Manners makes man Maria. You should know better!,” tulis seorang pengikut.“Katanya bagi nama resepi sesuai dengan berita terkini, tapi mendiang bukan Islam takkan tak tau pula,” tambah seorang lagi.“Rasanya kurang elok kot..macam mempersendakan pegawai pga yg meninggal demi negara,” tegur seorang wargamaya.
Bagaimanapun selepas menerima komen negatif daripada pengikut, Maria dilihat telah memohon maaf sekiranya niat disalah erti.
Maria juga dilihat telah menyunting semula tulisannya di ruangan kapsyen.
Maria dilihat menukar ayat ‘mati tertembak’, ‘mati katak’ dan ‘mati syahid’.
“Ikan Siakap 3 Rasa Terkesan Anggota PGA Tertembak Di Sempadan MSIA-THAI. Apalah nak jadi mati camtu saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai.
“Mati dalam menjalankan tugas demi negara takziah buat keluarga,” ayatnya selepas disunting.
PERMOHONAN MAAF…
Melihat respons dan kritikan yang dihamburkan kepadanya, Maria, 44, tampil menjelaskan maksud di sebalik kapsyen tersebut.
“Saya hanya ingin menyampaikan berita terkini kepada umum dengan cara tersendiri, namun ramai yang salah faham dengan cara tersebut,” tulisnya.
Selang beberapa minit kemudian, Maria dilihat menyunting semula kapsyen yang digunakan selain membuat permohonan maaf andai niatnya disalah erti.
Kelmarin, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis maut ditembak sekumpulan penyeludup.
Kejadian tersebut menyebabkan seorang lagi anggota, Sarjan Norihan Tari cedera.
Sumber: GEMPAK , K’Online
Badul mahu inkues punca kematian Mejar Mohd. Zamir
The post DiLabel Tidak Sensitif, Maria Buat Permohonan Maaf appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/11/27/dilabel-tidak-sensitif-maria-buat-permohonan-maaf/