Prn Jadi Kayu Ukur Akar Umbi Umno Dap


satuberita.my
By SatuBerita
-June 21, 2023Terdahulu, DAP dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO
MENJELAN Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung di enam negeri tidak lama lagi, “sokongan” dalam kalangan akar umbi Umno terhadap DAP dan sebaliknya terus menjadi persoalan utama.

Meskipun pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bersetuju untuk bekerjasama membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lepas, jelas sekali perasaan kekok antara ahli parti tidak dapat disembunyikan.

Perkara ini ibarat terang lagi bersuluh apabila Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini menuntut supaya DAP memohon maaf dan menarik semula segala tomahan yang dilemparkan kepada parti Melayu itu selama ini.

Meskipun tuntutan itu tidak ditunaikan “rakan” baru Umno itu, kedua-dua pihak bagaimanapun bersetuju untuk saling membantu, malah menyarankan ahli parti mengundi sama sendiri dalam usaha menghalang Perikatan Nasional (PN) meluaskan pengaruh di negara ini.

Bercakap dengan MalaysiaNow, ahli Umno Gombak yang bakal mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Razman Hakimi Abdullah berkata, agak sukar untuk membayangkan dirinya mengundi wakil rakyat daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas mengimbau kembali sejarah permusuhan kedua-dua pihak tersebut.

Katanya, tuntutan yang dibuat oleh Akmal adalah sangat berasas dan perlu dilaksanakan pemimpin DAP sekiranya mereka inginkan sokongan daripada akar umbi Umno.

“Dulu teruk kami dihina, dikeji apabila pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang membawa naratif bahawa Umno adalah parti rasuah. Kononnya kami semua ambil rasuah,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Kini, apabila salah seorang pemimpin mereka, V Sivakumar dikaitkan dengan salah laku, pandai pula minta rakyat jangan ‘hukum’ seluruh ahli parti itu.

“Sebab itu mereka (DAP) perlu minta maaf. Ramai ahli Umno sudah terguris hati.”

Mengulas mengenai percaturan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) untuk berdepan PRN kali ini, Razman merasakan tidak adil sekiranya calon daripada Umno tidak dibenarkan bertanding untuk memberi laluan kepada calon gabungan dipimpin Anwar Ibrahim itu.

Katanya, perkara itu sewajarnya ditentukan rakyat yang berhak memilih calon untuk mewakili suara mereka.

Bagi Razman, dia kemungkinan akan berbuat demikian kerana rasa “tidak selesa” dengan prestasi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang pada masa ini dan dijangka beralih undi kepada PN termasuk jika gabungan politik itu meletakkan Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali sebagai calon.

“Jika bertembung sekalipun, biar rakyat yang pilih. Silap-silap keputusan ini akan sebabkan ahli untuk tidak mengundi, atau lebih teruk, mengundi pihak lawan.

“Jangan terkejut jika PN tawan DUN sekitar Gombak,” kata Razman sambil menegaskan ini adalah pandangan peribadinya.

Sementara itu, ahli DAP daripada Sembrong yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, berkata kerjasama antara BN-PH lebih “penting” bagi Umno memandangkan DAP masih berupaya mempertahankan kerusi tradisi mereka di kawasan bandar.

Katanya, tanpa Umno, kemungkinan besar DAP atau parti komponen PH masih mampu menang di kawasan membangun, namun persoalan utama ialah sama ada Umno mampu pertahankan kerusi mereka.

Pada PRU15, Umno menyaksikan kekalahan teruk apabila hanya mampu meraih 26 kerusi Parlimen, setelah kebanyakan “kubu” parti itu ditawan PN dengan PAS meraih kerusi tertinggi diikuti DAP.

“Mungkin ahli Umno yang masih membantah usaha sama Umno-DAP, tidak memahami mengapa kerjasama ini perlu dilaksanakan.

“Kami dalam kalangan ahli DAP memahami situasi semasa, oleh itu kami tidak berasa kekok,” katanya, lapor MalaysiaNow


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/prn-jadi-kayu-ukur-akar-umbi-umno-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Bossku Atau Kami Tak Bantu Kempen Prn Akar Umbi Umno Beri Amaran

Tolong Bossku Atau Kami Tak Bantu Kempen Prn Akar Umbi Umno Beri Amaran

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com 09 Jun 2023Seorang pemimpin akar umbi berkata ramai ahli berharap bekas presiden Umno itu akan kembali dan menyelamatkan parti Najib Razak menandatangani sepanduk tertera Bossku dalam salah satu kemunculannya di khalay...
Akar Umbi Masih Kekok Dengan Dap Rindu Zaman Najib

Akar Umbi Masih Kekok Dengan Dap Rindu Zaman Najib

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 225 hits
freemalaysiatoday com10 Jun 2023Ahli Umno yang ditemui mengakui rasa janggal ketika menyesuaikan diri dengan parti komponen PH Ahli Umno bahagian akui besar harapan akar umbi untuk melihat parti kembali mentadbir tanpa perlu bersama PH KUAL...
Dap Harus Mohon Maaf Biar Dikata Biadab Kerana Ia Suara Akar Umbi Tegas Ketua Pemuda

Dap Harus Mohon Maaf Biar Dikata Biadab Kerana Ia Suara Akar Umbi Tegas Ketua Pemuda

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 164 hits
freemalaysiatoday 08 Jun 2023Ketua Pemuda Akmal Saleh berkata beliau hanya menyuarakan suara akar umbi Umno Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan bahawa DAP perlu memohon maaf kepada part...
Pau Kesabaran Akar Umbi Mengenai Situasi Najib Dap Makin Tipis

Pau Kesabaran Akar Umbi Mengenai Situasi Najib Dap Makin Tipis

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 205 hits
Pemimpin akar umbi juga mengadu bahawa parti itu tidak mempunyai strategi yang jelas untuk menghadapi PRN di enam negeri akan datang Keputusan pemilihan parti yang diadakan pada Mac mungkin membayangkan bahawa presiden Umno Zahid Hamidi mem...
State Polls To Test Loyalties Of Umno Dap Grassroots

State Polls To Test Loyalties Of Umno Dap Grassroots

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 277 hits
The cooperation between BN and PH was more important for Umno as DAP was still able to defend its traditional seats in the urban areas Without Umno DAP and its fellow PH components might still win in developing areas Questions are swirling ...
Apologise To Win Umno Malay Support Youth Chief Tells Dap

Apologise To Win Umno Malay Support Youth Chief Tells Dap

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 247 hits
Umno Youth has demanded an open apology from DAP for accusations levelled at them when the two parties were political rivals Umno Youth chief Akmal Saleh said the apology was necessary if DAP wanted to win the support of the Malays and Umno...
Tak Perlu Maaf Umno Dap Dah Lama Lupa Sengketa Kata Zahid

Tak Perlu Maaf Umno Dap Dah Lama Lupa Sengketa Kata Zahid

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 319 hits
Umno dan DAP sudah melupakan sengketa selepas kedua dua parti mencapai persetujuan dalam perundingan membentuk kerajaan perpaduan Zahid Hamidi berkata DAP tidak perlu memohon maaf atas segala tohmahan parti itu terhadap Umno Presiden Umno b...
There S A Distinction Between Pas Dap Alliance In Pakatan Rakyat To Current Umno Dap Rapport

There S A Distinction Between Pas Dap Alliance In Pakatan Rakyat To Current Umno Dap Rapport

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 304 hits
SO there seems to be a distinctive trait between PAS DAP alliance during the heydays of Pakatan Rakyat from that of existing UMNO DAP working relationship In refuting the superficial statement from UMNO which equated the Islamist party s pr...
Dap Views Umno Like Old Rag Claims Pn Youth Chief

Dap Views Umno Like Old Rag Claims Pn Youth Chief

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 174 hits
Perikatan Nasional Youth chief Ahmad Fadhli Shaari has likened Umno and BN to an old rag used by the DAP to wipe their feet Fadhli said this was based on DAP former publicity secretary Tony Pua s remarks at last night s DAP Petaling Jaya fu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi