Dihina Seperti Bab Respon Tenang Bella Astillah Wajar Dipuji
Kes buli siber di kalangan pengguna media sosial di Malaysia sebenarnya di tahap serius. Bukan sahaja orang biasa, malahan golongan berpengaruh seperti selebriti turut menjadi mangsa serangan manusia tak bermoral .
Terbaru yang menjadi mangsa adalah pelakon Bella Astillah yang diserang seorang pengguna media sosial menerusi DM yang menyamakannya dengan haiwan ‘bab*’ .
Semuanya hanya kerana tindakan Bella berkongsi kepada pengikut foto terbarunya yang sedang sarat hamil 9 bulan dan hanya menunggu hari untuk bersalin.
Menerusi IG Story, Bella kemudiannya berkongsi screenshot DM berbentuk hinaan yang dihamburkan kepadanya oleh si pelaku tersebut
Tenang menjawabNamun yang menarik perhatian kami adalah respon yang diberikan Bella. Tanpa sedikitpun melenting dia hanya menulis ringkas : ‘Alhamdulillah’ ;seolah enggan melayan kerenah individu terbabit.
Tindakannya jelas harus dipuji apatai lagi kata-kata tersebut merupakan satu bentuk penghinaan yang sukar diterima mana-mana individu apatah lagi dengan kondisinya yang sedang sarat hamil.
Sampai ke pengetahuan AliffDalam masa sama perkara ini kemudiannya sampai ke pengetahuan suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang masih berada di Singapuran berikutan sempadan dua negara yang masih ditutup
Dia yang jelas berang dengan serangan tersebut bagaimanapu memberikan amaran kepada individu terbabit untuk berhenti dari mengganggu isteri nya atau bakal berdepan tindakan undang-undang.
“Ni contoh kata-kata orang ‘kecik-kecik taknak mampus, dah besar jadi attention seeker ‘
” Saya tak main-main dengan apa yang ingin saya katan disini, berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang terhadap anda” tulis Aliff di IG storynya
Nasihat kami kepada individu terbabit, sebaiknya hentikanlah tindakan tidak bermanfaatnya itu kerana dikhuatiri akan memakan dirinya kelak.
via BuzzKini
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2020/07/dihina-seperti-bab-respon-tenang-bella.html