Dihalang Masuk Rumah Sendiri Sebab Tunggakan Yuran Maintenance Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar Guna Tangan
Pengacara popular Awal Ashaari tampil memberi penjelasan terperinci selepas didakwa melakukan perbuatan khi4nat dengan meros4kkan palang pagar milik pengurusan perumahan.
Dihalang masuk rumah sendiri
Menurut Awal, timbul salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dengan pihak pengurusan perumahan berkenaan.
Kata pelakon berumur 41 tahun itu, dia dihalang untuk masuk ke premis sendiri g4ra-g4ra ada tunggakan beberapa bulan yuran pengurusan.
Perkataan khi4nat itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepernuhnya. Masih ada lagi barang lama saya di sana (rumah lama).
Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna. Saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran penyelenggaraan (maintenance). Saya faham mengenai itu dan akan bayar.. tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.
Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin ada sebab saya sibuk. Cuma apabila dah berpindah rumah baharu itu saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah saya.
Awal menjelaskan perkara itu menerusi siaran langsung yang dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, pada malam Isnin.
Tak l4nggar cuma alih pagar guna tangan
Tegas pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari, dia mengaku bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya selepas permintaan untuk masuk ke kediaman sendiri bagi mengambil barang ditolak tanpa budi bicara.
Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri.. Saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak l4nggar seperti dilaporkan berita.
Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kes4l sebab tiada tolak ansur.
Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan p0lis ak1bat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak men4ngis pun ada.
Video:
View this post on Instagram A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)
Dalam pada itu, suami kepada aktres Scha Alyahya ini menyatakan dia terp4ksa memperbetulkan kesilapan orang ramai yang beranggapan dia membuat khi4nat di tempat awam.
Saya tak l4nggar harta sesiapa di situ, saya cuma alihkan palang dengan tangan saya untuk masuk rumah saya sendiri. Tiada sesiapa ced3ra, tak ada sesiapa kena pvkul, cuma ada sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.
Kalau saya nak jual atau sewa kan rumah itu pun saya masih kena bayar yuran penyelenggaraan, saya nak lari ke mana? Ini cuma salah faham pemilik rumah dan pengurusan rumah sahaja.. takkan la saya nak buat ani4ya tempat saya tinggal.
Saya tak nak menidakkan apa-apa, saya mengaku khilaf tentang bayaran tapi itu tidak bermakna saya tak boleh masuk rumah saya, barang-barang saya ada dalam rumah itu dan saya ada hak masuk rumah saya.. boleh bincang secara baik.
Pada Isnin, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan dibenar diikat jamin RM2,000, dengan sebutan semula k3s ditetapkan pada 15 Julai.
Mengikut pertvduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.
Awal did4kwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseks4an kerana melakukan khi4nat yang memperuntukkan hukvman penj4ra tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Oh bulan
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/05/dihalang-masuk-rumah-sendiri-sebab.html