Digelar Pelakon Hebat Ini Perkembangan Kerjaya Jung Sungil Yang Bermula Dengan Teater


Nampaknya demam drama “The Glory” masih lagi terasa sehingga kini walaupun bahagian pertama telah tamat pada 8 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN Bintangi 'The Glory' Kini, Transformasi Badan Jung Sungil Selama 8 Minggu Buat Netizen Kagum! Khususnya, salah satu watak yang menjadi kegilaan wanita di luar sana ialah Ha Do-young yang dilakonan oleh Jung Sung-il.
Kalau nak tahu siapakah sebenarnya Jung Sung-il ini dan perjalanannya menjadi seorang pelakon yang semakin dikenali ramai, jom! KimchiDaily kongsikan serba sedikit mengenai kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Jung Sung-il dilahirkan pada 3 Febuari 1980. Kini, umurnya sudah memasuki 42 tahun. Walaupun usianya makin meningkat, tetapi dirinya tetap nampak maskulin. 
Jung Sung-il memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon teater. Teater pertamanya adalah pada tahun 2000 berjudul “A Praise of Youth” dan sehingga kini, dia masih meneruskan karier itu meskipun telah menjejakkan kaki ke dunia drama.

Pada tahun 2002, dia telah mengembangkan sayapnya dalam bidang perfileman dan pembabitan pertamanya bertajuk “H”. Dalam filem tersebut, dia hanya memegang watak sampingan sahaja tetapi filem ini menjadi satu batu lonjakkan buat dirinya.
Seterusnya pada tahun 2005, Jung Sung-il masih lagi memegang watak sampingan dalam filem “Art of Seduction” dan “A Frozen Flower” yang ditayangkan pada tahun 2008.
Selepas ceburi bidang perfileman, Jung Sung-il mencuba nasib dalam dunia drama di mana dirinya ditawarkan untuk berlakon sebuah drama bertajuk “Moon River” pada tahun 2009. Dia telah memegang watak sebagai Kotaro yang merupakan seorang ninja. Dalam drama tersebut, Kotaro sangat menyukai seorang wanita bernama Rei yang dilakonkan oleh Sandara Park.
Walaupun watak yang dimainkan oleh Jung Sung-il bukanlah watak utama, tetapi prestasi yang telah ditunjukkan membuatkan dirinya menjadi pilihan buat pengarah. Antara drama lain yang diterajuinya adalah “Different Dreams” dan “Woman of 9.9 Billion” yang ditayangkan pada tahun 2019.

Selain itu, Jung Sung-il juga pernah berlakon bersama dengan Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon dalam drama “Bad and Crazy” pada tahun 2021 tau! Kalau korang perasan, watak yang dimainkan oleh Jung Sung-il ialah seorang kaunselor psikologi dan pengarah kepada pusat kebajikan Dream Youth.

Berjaya membuktikan bakat lakonannya dalam drama “Bad and Crazy”, Jung Sung-il kemudiannya telah diberi peluang untuk melakonkan watak Ha Do-young dalam drama “The Glory”.
Watak tersebut memberi impak yang hebat buat dirinya kerana perwatakan Ha Do-young yang ditunjukkan itu membuatkan penonton gemar untuk melihatnya. Menurut Jung Sung-il, dia berbesar hati untuk melakonkan watak tersebut kerana jalan cerita “The Glory” yang sangat bagus dan mempunyai barisan pelakon yang berbakat.

Jung Sung-il akui bahawa perjalanannya sebagai pelakon tidak mudah. Selepas dia melakukan debut pada usia awal 20-an, dia perlu berhenti seketika untuk menyertai latihan ketenteraan. Baginya, untuk memulakan balik karier lakonan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dia harus berfikiran positif selalu.
Setiap kejayaan bermula dengan usaha dan kesungguhan. Begitu juga dengan Jung Sung-il kerana kejayaannya kini adalah hasil dari usahanya yang lalu.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/digelar-pelakon-hebat-ini-perkembangan-kerjaya-jung-sungil-yang-bermula-dengan-teater/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Seiras Popular Dek The Glory Netizen Samakan Jung Sungil Dengan Yoo Jaesuk

Mereka Seiras Popular Dek The Glory Netizen Samakan Jung Sungil Dengan Yoo Jaesuk

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 195 hits
Nampaknya nama Jung Sung il menjadi topik perbualan peminat K Drama sejak beberapa hari ini selepas penampilannya dalam The Glory berjaya menambat hati semua ARTIKEL BERKAITAN Walaupun menonjolkan persona lelaki berusia pertengahan yang mac...
Bersinar Pada Tahun 2022 Ini 10 Selebriti Bakal Jadi Pelapis Pelakon Hebat Di Korea

Bersinar Pada Tahun 2022 Ini 10 Selebriti Bakal Jadi Pelapis Pelakon Hebat Di Korea

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 361 hits
Nampaknya bakal ada ramai yang akan menjadi pelapis pelakon hebat di Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Pada tahun 2022 penonton telah disajikan dengan pelbagai drama dan filem Korea yang menarik Malahan ramai juga pelakon baru yang semakin me...
Bintangi The Glory Kini Transformasi Badan Jung Sungil Selama 8 Minggu Buat Netizen Kagum

Bintangi The Glory Kini Transformasi Badan Jung Sungil Selama 8 Minggu Buat Netizen Kagum

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 283 hits
Kepada siapa yang sudah menonton drama The Glory pastinya akan kenal dengan pelakon Jung Sung il ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan Jung Sung il yang memainkan watak Ha Do young iaitu suami kepada Park Yeon jin dalam The Glory semakin mend...
Lee Dohyun Atau Jung Sungil Penulis Beri Klu Hubungan Cinta Song Hyekyo Dalam The Glory 2

Lee Dohyun Atau Jung Sungil Penulis Beri Klu Hubungan Cinta Song Hyekyo Dalam The Glory 2

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 312 hits
Rasanya ramai yang tak senang duduk menantikan bahagian dua The Glory di Netflix kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi memberi jangkaan buat penonton para pelakon utama siri itu serta penulis dan pengarahnya telah menceritakan lebih mengenai apa yang ...
Ngo Gesa Sprm Dedah Perkembangan Siasatan Kuari Bukit Lagong

Ngo Gesa Sprm Dedah Perkembangan Siasatan Kuari Bukit Lagong

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 110 hits
Abdul Razak Ismail menunjukkan pelan dan gambar kawasan kuari Bukit Lengong di luar Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini PETALING JAYA Sebuah NGO menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menggesa agensi itu m...
Dua Vokalis Hebat Taeyang Jimin Bts Akan Berkolaborasi Untuk Single Vibe

Dua Vokalis Hebat Taeyang Jimin Bts Akan Berkolaborasi Untuk Single Vibe

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 171 hits
Siap sedia semua untuk saksikan kolaborasi antara dua penyanyi terkemuka di Korea ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 4 Januari THEBLACKLABEL telah mengeluarkan poster baru yang mengumumkan bahawa Taeyang akan mengeluarkan single barunya berjudu...
Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Power Of Storytelling For Business

Kfc Pizza Hut Tutup 537 Cawangan Di Turki Gara Gara Kempen Boikot

The Future Of Green Energy

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka


Petua Tips Halau Cicak

Resepi Ayam Percik Power Juicy Berempah Dan Lazat

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa