Didikan Ajar Anak Solat Guna Batang Mancis Buat Netizen Sebak
Dalam kita nak membentuk anak mestilah bermula dengan akidah adalah dengan ajar anak solat kerana ia merupakan ibadah utama dan kedua dalam rukun islam. Solat adalah satu ibadah untuk kita dekatkan diri kepada Allah swt, jika diajar dari awal usia maka ikatan anak dengan Allah akan dekat dan sebati dalam diri anak-anak kita. Hubungan anak ini akan bagi impak besar dalam pembesaran rohani mereka.
Ikuti perkongsian kami bagaimana cara nak ajar anak solat semasa dari kecil lagi. Telegram group infromasi bermanfaat untuk anda semua dengan tekan pautan dibawah:
SISTEM GURU ONLINE
Wajar Ajar Anak Solat Pada Usia Kecil
Kita sudah ketahui secara umumnya, Nabi Muhammad SAW meminta kepada ibubapa untuk mengajar anak-anak untuk belajar solat pada usia anak mencapai pada umur 7 tahun dan petunjuk nabi saw juga jika pada anak berusia 10 tahun maka disitu dibolehkan untuk merotan dengan had, hayunan sesuai dengan badan anak.
Akan tetapi para ibubapa masih pusing dan pening bagaimana untuk ajar anak solat dengan cara yang betul dan mengikut sebagaimana tatacara solat nabi saw.
Tips Menarik Ajar Anak Solat
Tips yang akan kami kongsikan adalah berdasarkan perkongsian kenalan di Facebook, Hana Deqna mengenai tips ajar anak solat dengan menggunakan ilmu psikologi supaya anak-anak kita sentiasa menjaga solat tanpa disuruh.
Beliau menyatakan ilmu yang dia belajar ini dari ayah beliau sendiri dan diajar pada beliau usia 6 tahun. Ayah beliau suka menasihati jika mahu menjadi seorang manusia dan berjaya mestilah pandai dan menjaga solat. Kaedahnya adalah menggunakan batang mancis sebanyak 17 batang bersamaan dengan 17 rakaat.
Apakah kegunaan 17 batang mancis dengan solat? Jom kita lihat penjelasan beliau:
17 batang mancis digunakan untuk jadi manusia dalam bentuk lidi dan setiap komponem badan akan merangkumi beberapa mancis seperti kepala akan ada 2 batang, lengan atau tangan kiri dan kanan 4 batang, dada akan ada 4 batang, perut merangkumi tiga batang, dan lebihan 4 batang untuk bahagian kaki.
Fungsi setiap batang mancisPenjelasan1. Jika tidak solat subuh maka 2 batang di bahagian kepala mesti dibuangBila subuh tidak berjaya tunaikan ibarat anak kita berjalan tanpa kepala.2. Jika tidak solat zohor maka 4 batang perlu dibuang di bahagian tangan kiri dan kanan.Seolah-olah berjalan tanpa ada tangan.3. Jika tidak solat asar tidak dilaksanakan maka bahagian dada sebanyak 4 batang akan dibuangSeolah-olah anak kita berjalan tanpa dada4. Jika tidak solat magrib maka 3 batang akan dibuang dari bahagian perut.Seolah-olah berjalan tanpa perut serupa dengan hantu.5. Jika tidak solat buang 4 batang pada kakiIbarat bila berjalan tiada adalah cacat anggota.
Kesimpulan beliau dapat rangkulkan adalah ayah beliau nasihatkan jika tidak solat terus menerus maka seakan tidak lagi jadi manusia yang sempurna. Jika solat tidak dijaga maka untuk menjadi seorang manusia yang sempurna tidak dapat diwujudkan. Contohnya magrib dan subuh tak solat seakan-akan manusia berjalan tiada kepala dan perut. Orang ramai pasti ketakutan dan lari bila tengok kita.
Ajar Anak Solat
Jadi renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna maka anggota badan kita akan menjadi cacat dan tidak sedap untuk dilihat.
13 Rukun Solat : Mudah & Lengkap
Bila kita berbicara tentang solat sudah semestinya setiap muslim kena tahu apa itu rukun solat dan berapakah rukun yang wajib kita lakukan di setiap solat kita. Benda ini sangat penting kerana jika anda tertinggal salah satu rukun solat maka solat anda tidak sah. Dalam kita ajar anak kita solat kita selitkan pengetahuan ini.
Jom kita teliti satu persatu permasalahan dan perkara wajin kita ketahui dan buat dalam solat:
Pengenalan Rukun Solat
Rukun bermaksud dari segi bahasa adalah asas atau tiang bagi sesuatu. Di samping itu, perbuatan atau asas itu mestilah tersusun jika tidak lengkap susunan itu maka tidak sah solat anda. Dalil hadis adanya rukun solat bagi solat fardhu:
Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah — Riwayat Bukhari
Rukun Solat Berapa Jumlahnya
Berdasarkan mazhab syafie yang merupakan mazhab negara kita maka pendapat paling rajih dan muktamad adalah terdapat 13 susunan perkara yang telah dijadikan tiang atau asas kepada solat. Rukun solat tersebut adalah :
Lafaz Niat Bagi Kesemua Solat
Panduan Ajar Anak Solat
Berdiri Tegak
Didikan Ajar Anak Solat Guna Batang Mancis Buat Netizen Sebak 32
Takbiratul Ihram
Membaca Surah Al-fatihah
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Duduk tahiyat akhir
Membaca selawat ke atas Rasulullah
Didikan Ajar Anak Solat Guna Batang Mancis Buat Netizen Sebak 33
Memberi salam
Panduan Ajar Anak Solat
Tertib
Setiap rukun yang anda laksanakan mestilah mengikut turutan tanpa anda skipkan satu rukun. Jika anda skip dari satu rukun ke rukun lain maka solat anda akan batal.
Nota : Kesemua rukun solat ini mesti diketahui dan laksanakan dalam solat, jika anda tertinggal salah satu dari rukun maka solat anda tidak sah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/11/ajar-anak-solat.html