Didik Suami Dari Hari Pertama Kita Dah Halal Lebih Mudah



Kagum sungguh melihat wanita yang masih mampu me’raja’kan semua kaum lelaki di dalam rumah. Makan dihidangkan, air basuh tangan dihulurkan, nasi dicedokkan, air minum dituangkan. Fuh, pendek kata semuanya disediakan di depan mata, cuma makan sahaja yang tidak disuapkan.

Selepas makan, pinggan sekadar ditinggalkan atas meja. Bangunlah masing-masing meninggalkan meja berselerak. Termangulah kaum wanita yang baru nak duduk ibarat cicak berak kapur. Sudahlah tadi penat memasak, kemudian sambung pula tugas membasuh pinggan bertimbun. Bukan sahaja begitu, bahkan kadang sesetengahnya, nafkah diri sendiri pun diri sendiri yang tanggung. Sungguh saya kagum!


Selalu terlihat, si emak baru nak menyuap nasi setelah penat uruskan itu ini, datang si bapak minta bersihkan buntut anak yang berak. Sedangkan si bapak tadi tiada apa hal pun nak dibuat, padahal boleh sahaja dia uruskan. Sebabnya dalam masyarakat telah dibiasakan bahawa uruskan anak-anak sepenuhnya tugas isteri.

Betulkah begitu?

Maaf, saya tidak sesabar itu.

Saya melihat sendiri natijahnya kerana terlalu memanjakan kaum lelaki. Apabila si emak jatuh sakit berminggu, akhirnya berlonggoklah pinggan mangkuk, baju kotor semuanya yang hanya dibersihkan semula setelah si emak tadi beransur sihat. Bayangkanlah betapa masing-masing tidak tahu bertanggungjawab. Puncanya? Sebab tidak dibiasakan buat kerja rumahtangga sejak dari kecil. Sebab dibiasakan bahawa semua itu tugas hakiki orang perempuan.

Wahai emak, sedarlah kita tidak selamanya kuat & sihat. Memang kita sayang anak-anak, tetapi sebab sayang itulah kita perlu ajar mereka buat kerja rumah. Ajarlah anak-anak kita agar ringan tulang & tahu tanggungjawab.

Wahai isteri, kita tidak selamanya ada banyak masa untuk melayan lelaki seperti raja, semakin lama berkahwin, semakin bertambahlah komitmen kita. Ustaz Kazim & Datuk Fadzilah Kamsah sendiri pernah berpesan, didik suami untuk sama-sama uruskan urusan rumahtangga sejak dari hari pertama kita halal untuknya.

Rumahtangga ini rumahtangga kita bersama, maka, perlukan usahasama setiap dari kita. Jangan kelak kita tak ubah seperti hamba abdi yang tidak bergaji. Waktu itu, kesal pun sudah tidak berguna lagi.

Sedar atau tidak, budaya inilah antara faktor yang menyumbang kepada golongan suami yang lepas tangan dalam urusan rumahtangganya seperti yang berlambak kita lihat hari ini.

Ubahlah.

Ubah!

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah budaya ini? Saya percaya jika kita mahu mengubah sesuatu, ubahlah dari diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga. Semuanya bermula dari pendidikan awal kanak-kanak semasa bersama keluarga.


1. Para ibubapa perlu mengajar anak lelaki sama-sama menyediakan meja sebelum waktu makan. Ambillah bahagian tidak kisahlah apa sahaja kerja, perlu involve. Banyak saja kerja.. Ceduk nasi, ceduk lauk, ambil sudu, ambil pinggan & cawan, siapkan air & lain-lain. Sesekali minta anak lelaki yang mencedukkan nasi & tolong serve untuk family makan. Mintanya mengetuai bacaan doa makan juga.

2. Ajar anak lelaki menghantar pinggan ke sinki & tolong kumpulkan pinggan bagi sesiapa yang sudah selesai makan. Contohnya semasa dia sudah selesai makan, nampak emak & ayahnya sudah habis makan, ajarnya untuk volunteer menghantar pinggan mereka juga ke sinki & mencucinya. Sesekali tetapkan gilirannya untuk membasuh semua pinggan kotor keluarga hingga selesai.

3. Ajar anak lelaki sentiasa mengutamakan orang lain dalam mengambil giliran hidangan makanan, tidak gelojoh & gopoh serta tidak sewenangnya mengkritik masakan kecuali jika diminta. Itupun perlulah bersopan kerana Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mencerca makanan.

4. Begitu juga dalam pengurusan pakaian. Ajarlah anak lelaki mengumpul baju kotor ke dalam bakul & memasukkan ke dalam mesin sekiranya telah penuh. Tolong sidaikan baju, angkat baju & lipat baju keluarga sekiranya nampak ahli keluarga lain sibuk hal lain.

Tentunya teladan terbaik ini bukan sekadar arahan & nasihat bahkan ditunjukkan sendiri oleh akhlak bapanya yang sentiasa membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Moga akan diperwarisi kepada anak, cucu & seterusnya. InsyaAllah.

Ajarlah anak lelaki kita agar menjadi insan yang bermanfaat, bermulanya dengan perkara yang sering dianggap remeh & kecil seperti hal di dapur, di meja makan & mendobi.

Tidak jatuh pun martabat apabila buat semua kerja rumahtangga. Tidak kurang kelelakian pun jika memasak, basuh pinggan & lipat baju. Malah, ia menambahkan sakinah, rahmah & mawaddah, insyaAllah.

Jomlah jadi masyarakat yang lebih hebat. InsyaAllah.

Semua ini hanya pendapat peribadi saya melalui pemerhatian sekeliling.

Ramai sahaja ibubapa hebat yang mendidik anak-anak lelaki & perempuan semua pandai serba serbi yang kemudiannya pandai bawa diri apabila ketiadaan ibubapa & berakhlak mulia apabila di rumah orang lain.

Paling penting, menjadi pasangan yang menyenangkan hati apabila berkahwin kelak. InshaAllah!

Sumber : Intan Dzulkefli via ohmymedia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maitengok.com/2018/06/didik-suami-dari-hari-pertama-kita-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Lebih Mudah Jatuh Cinta Amp Kahwin Dengan Orang Seiras Ibu Ayah Kita Kajian

Kita Lebih Mudah Jatuh Cinta Amp Kahwin Dengan Orang Seiras Ibu Ayah Kita Kajian

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 368 hits
Ahli psikologi baru baru ini mengatakan kita mudah tertarik kepada individu yang mempunyai muka seiras dengan ibu ayah kita Sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini Tapi jangan hairan ya ini tidak bermakna kita mendapati ibu ayah ki...
Derma Ke Tabung Masjid Lebih Mudah Dengan Touch N Go Ewallet

Derma Ke Tabung Masjid Lebih Mudah Dengan Touch N Go Ewallet

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 390 hits
Seiring dengan perkembangan teknologi kewujudan aplikasi untuk menyumbangkan derma kepada masjid adalah perkembangan yang positif bagi membantu komuniti Islam mengurus perkara perkara yang melibatkan aktiviti islamiah Menjadi antara perinti...
Berang Disebut Gila Suami Bunuh Isteri Yang Baru Dinikahinya 5 Hari Lalu

Berang Disebut Gila Suami Bunuh Isteri Yang Baru Dinikahinya 5 Hari Lalu

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 363 hits
The ReporterBerang disebut gila seorang lelaki berusia 32 tahun tergamak membunuh wanita yang baru dinikahinya lima hari lalu Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad 20 Januari 2019 di Lampung Timur Indonesia Junaidi 32 tidak berpuas hati den...
Setelah 2 Tahun Berpoligami Suami King Coco Sah Bercerai Dengan Isteri Pertama

Setelah 2 Tahun Berpoligami Suami King Coco Sah Bercerai Dengan Isteri Pertama

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 585 hits
Instafamous terkenal King Coco suatu masa dahulu pernah tular di media sosial Namun selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus suami orang Coco dilihat hanya fokus kepada perniagaannya menerusi muat naik di Instagram N...
Aquaman Kutip Lebih Usd1 Billion Selepas 22 Hari Tahniah James Wan

Aquaman Kutip Lebih Usd1 Billion Selepas 22 Hari Tahniah James Wan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 341 hits
Tahniah James Wan anak kelahiran Kuching Sarawak yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office lapor Astro Awani Filem Aquaman telah mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro i...
D I Y Dapur Mainan Tak Lebih Rm100 Kalau Beli Di Kedai Rm300 Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

D I Y Dapur Mainan Tak Lebih Rm100 Kalau Beli Di Kedai Rm300 Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1159 hits
Mama nak dapur mainannnnn alahaiii berat je rasa bila anak mula meminta barang mainan yang harganya beratus ratus Bukan tak mampu nak belikan tapi rasa tak berbaloi pulak kan Mama papa jangan pening pening fikirkan kehendak anak Mama papa b...
Anda Ingin Pandai Mengaji Dengan Lebih Cepat Dan Mudah

Anda Ingin Pandai Mengaji Dengan Lebih Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum Ramai orang mengaji Al Quran tetapi hatinya risau rasa bersalah kecewa dan takut berdosa kerana bacaannya masih gagap tajwid berterabur dan sebutan tidak lancar sedangkan umur makin meningkat Jadi persoalannya di sini adalah...
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 617 hits
Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk Peluk dia lama lama Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain lain...
Make Up Harian Lebih Mudah Dengan Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

Make Up Harian Lebih Mudah Dengan Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 330 hits
Make up Harian lebih Mudah dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature Bulan Januari 2019 adalah bulan yang betul betul mencabar buat me Nak kena uruskan tiga orang anak masuk sekolah Along masuk Tahun 1 Angah Pra sekolah dan Addeena masuk s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner