Didik Anak Belajar Hidup Susah Barulah Dia Jadi Lebih Kuat


Didik anak belajar hidup susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Didik Anak Belajar Hidup Susah, Barulah Dia Jadi Lebih Kuat Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Berikut perkongsian Mohd Zulkifli Shafie
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.

Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Mengapa Anak Perlu Belajar Rasa Susah? Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Bagaimana Ibu Bapa Boleh Mengajar Anak Untuk Menghadapi Kesusahan?
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.
Sumber: Facebook Mohd Zulkifli Shafie
Baca artikel lain juga:
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Didik Anak Belajar Hidup Susah, Barulah Dia Jadi Lebih Kuat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/didik-anak-belajar-hidup-susah-barulah-dia-jadi-lebih-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Didik Anak Jadi Lebih Independent

Rahsia Didik Anak Jadi Lebih Independent

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 185 hits
Bila sebut pasal nak ajar anak berdikari ramai mak ayah terus risau Boleh ke ni Nanti dia buat sepah lagi penat aku kemas Tapi percayalah proses ni bukan setakat buat hidup anak lebih mudah tapi mak ayah pun dapat kurang sikit kerja overtim...
Kuat Kau Bikin Anak Nak Soh Kerajaan Tanggung Nampak Sangat Malas Kerja Adoiiii

Kuat Kau Bikin Anak Nak Soh Kerajaan Tanggung Nampak Sangat Malas Kerja Adoiiii

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 103 hits
Pulak dah Pegawai tu cakap sepatutnya suami saya yang perlu kerja lebih gigih kerana anak semakin ramai Patut ke pegawai JKM cakap macam tu luah seorang pengguna tidak dikenali Hmmm senangnya ramai anak kalau JKM bertanggungjawab Sumber thr...
Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur

Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 351 hits
Sambil kita mengalu alukan ketibaan tahun baharu kesihatan dan kesejahteraan terus menjadi keutamaan bagi ramai penduduk di Asia Pasifik termasuk rakyat Malaysia Umur yang panjang bukan sahaja bermakna hidup lebih lama tetapi menjalani kehi...
Eksperimen Sains Buat Anak Jadi Lebih Kreatif Biar Anak Berani Mencuba

Eksperimen Sains Buat Anak Jadi Lebih Kreatif Biar Anak Berani Mencuba

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 94 hits
Musim cuti sekolah ini apa kata mak ayah dedahkan anak dengan pelbagai eksperimen sains yang besar manfaatnya buat anak anak kecil kita Selain mengasah daya kreatif anak anak percubaan sebegini buat anak lebih berani malah membantu anak leb...
Belajar Coding Naik Saham Di Tempat Kerja

Belajar Coding Naik Saham Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 149 hits
1 Kira kira 20 tahun lepas lepas aku grad kerja pertama aku adalah di sebuah kilang multinasional sebagai IT Executive Bidang tugas aku lebih kepada maintain operation IT termasuk network server dan database di kilang tu 2 Tapi kerja belaka...
Duolingo Semua Orang Belajar Cina Sebab Tiktok

Duolingo Semua Orang Belajar Cina Sebab Tiktok

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 107 hits
Dalam dunia Marvel Comics ada banyak pasukan superhero Jika kamu sudah bosan dengan Avengers ada banyak pilihan lain seperti Fantastic Four X Men Defenders dan Thunderbolts Nah saat ini dunia media sosial juga sedang membentuk superteam alt...
Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 267 hits
Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga Lama tak buat siri belajar bahasa kan Ada juga Sha buat belajar Bahasa Thailand dan Bahasa Kelantan Please check it out Ibu makBapa bapakIbu bapa mak bapakSaya cek digunakan ganti diri apabila berc...
Ulang Tahun Rayqal Nora Danish Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

Ulang Tahun Rayqal Nora Danish Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 124 hits
Menerusi laman Instagram pelakon dan usahawan terkenal Nora Danish berkongsi beberapa keping gambar sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang kini genap berusia 16 tahun Dalam perkongsian tersebut Nora memuat naik foto foto kenangan...
Khasiat Air Pegaga Rahsia Cergaskan Anak Anak Dan Tingkatkan Memori

Khasiat Air Pegaga Rahsia Cergaskan Anak Anak Dan Tingkatkan Memori

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 111 hits
Khasiat air pegaga Rahsia cergaskan anak Anak dan tingkatkan memori Kebiasaannya pegaga lebih dikenali sebagai makanan tambahan untuk orang dewasa Namun tahukah anda bahawa air pegaga sebenarnya sangat baik untuk anak anak terutama dalam me...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan

Cuti Hari Raya Melaka Hari Kelepasan Am Tarikh Raya 2025

Dinner Sate Usus Satay Asyura Krubong