Diari Covid 19 Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Ini



 Dalam sekejap masa sahaja suasana dunia berubah.Ketika kita alpa dalam arus dunia,ketika kita lena diulit mimpi ,ketika kita sibuk memasang angan-angan untuk mencapai kejayaan.Hidup penuh perancangan untuk menggapai impian.Kita susun strategi,kita gariskan beberapa impian ingin dicapai tahun ini dan kita bekerja bersungguh-sungguh penuh keazaman untuk mencapai yang terbaik dalam hidup ini.

 
Namun kini..kita semua terdiam dan terkurung dalam rumah tanpa mampu berbuat apa-apa,berniaga ,bekerja mahupun beraktiviti apapun.Kita terpaksa batalkan,kerana dilema makhluk  sebesar zarah yang menyerang dunia.Bagaikan perancangan demi perancangan masih tergendala.

Adakah ini satu bala atau sebagai teguran ?Ya Tuhan,dunia ini makin ke penghujung.Apa yang pasti bagaimana pun keadaan kita kini.Hidup perlu diteruskan.Nasib ada sedikit simpanan atau bekalan kewangan,kita masih mampu mencari bahan makanan.Beruntung jika kita masih mempunyai sumber pendapatan untuk membeli barang keperluan.

Kini kita bukan bercerita kereta apa rumah berapa pangkatnya apa.Kita kini bercerita berapa wang yang masih bersisa jika tempoh kawalan ini berterusan memakan masa yang lama.

Bayangkan kita yang beroleh pendapatan dengan berjualan?Bagaimanakah pula golongan yang lebih susah dari kita?Makankah mereka.Cukupkah keperluan di rumah mereka.Ya Tuhan,hati ini diremuk dan berkecamuk.

Hari ini 23 haribulan Mac.Isnin,bermakna sudah 6 hari kita dalam kawalan pergerakan.Masih ok sebenarnya berbanding tidak dapat keluar langsung.Sekurang-kurangnya kita tidak terkurung terus.Minta dijauhkanlah ia berlaku.Moga semuanya selesai sebelum menjelang ramadan.


Dilema Covid 19-Apa yang perlu kita lakukan ketika ini?Berjimat cermat langkah selamat.
Apapun,tak kira makanan atau sumber apapun.Berjimatlah.Bayangkan sahaja jika esok kerajaan umumkan lockdown atau bahan mentah semakin susut.Tiada pengeluaran ataupun import,sudahnya?Apa yang kita perlu makan?

Bukan sahaja makanan.Tenaga elektrik dan air perlu dijimatkan.Supaya tidak berlaku sebarang  pembaziran sehingga memberi kesan kepada industri ini.Kita belum pasti bulan depan ada lagi tak sumber pendapatan untuk bayar bil elektrik.Tapi mengapa kita masih on aircond 24 jam,TV dibiarkan on sampai ke pagi?susah sangat ke kita hanya buka satu lampu.Atau tutup sahaja apa yang tidak perlu?


Tambah nilai diri.
Ketika kita banyak masa di rumah,jangan bazirkan masa hanya dengan menonton tv.Boleh sahaja tonton cerita tamil macam saya.Tetapi sentiasa cari masa untuk upgrade diri.Belajar skill baru.Kita tak tahu bagaimana ekonomi esok hari.Jika ada kerja yang sama ya ok,tapi kalau kita kena buang kerja?Jadi sentiasa upgrade diri,belajar skill baru dan cuba cari cara menjana pendapatan secara baru juga.Online income mungkin?

Bijak mengawal pembelian.
Usah beli makanan yang tidak mengenyangkan.!Seperti keropok,coklat ataupun jajan ntah apa-apa.Bagi saya,beli beras,beli gula ,ikan dan barang masakan utama sahaja.Bila ramai di rumah,memang perasaan selalu ingin makan itu ada.Kejap-kejap buka peti ais cari makanan.Bagi saya,ada makanan yang tidak perlu ada pun tidak mengapa di dalam rumah.Sebab saya risau jika esok hari tiada lagi sumber pendapatan untuk membeli makanan ruji.

Masak apa adanya.
Memang seronok kalau dapat masak pelbagai menu.Apalagi setiap kali masak mesti sold out.Paling seronok pada ibu-ibu yang jarang memasak.Inilah masanya untuk menunjukkan skill dan bakat terpendam.Iyalah selama ni sibuk sentiasa sampai tak sempat masak yang sedap-sedap untuk anak-anak.Tapi berpada-pada,bayangkan mereka yang kais pagi makan pagi ,kais petang mungkin makan besok hari.Kita juga tak mahu kehabisan bahan mentah di rumah terlalu cepat.Sudahnya kita terpaksa keluar rumah lebih kerap.Jadi berjimatlah dalam masakan. Satu atau dua lauk sudah memadai.

Jalin dan sambungkan sillaturrahim
Menyambung silaturrahim adalah perkara yang paling susah sebenarnya.Ia bermaksud berbuat baik dan sentiasa bertegur sapa dengan orang yang membenci kita atau memusuhi kita.Kita juga perlu sentiasa berlapang dada menyapa orang yang tidak mahu menegur kita.Oleh kerana menyambung silatturahim adalah sedekah paling besar pada sisi ALLAH.,cubalah laksanakannya.Walaupun kita sudah cuba menyambung silatturrahim,namun di pihak sana tidak juga membalas.Serahlah pada ALLAH untuk membuang timbang tara.Doa kita moga dengan niat ikhlas ini menjauhkan kita dari sebarang bala dan penyakit dunia.

Siapkan semua kerja tanpa tangguhan.Langsaikan apa-apa hutang dengan segera.
Selain menyiapkan kerja tanpa tangguhan.Begitu juga dengan hutang.Jika kita ada duit,apa jua hutang jangan dilambat-lambatkan.Kalau boleh senaraikan pada satu kertas hutang apa yang kita perlu jelaskan.Ini penting untuk memberitahu waris kita.Kita tak tahu adakah kita ini sentiasa sihat.Ya minta kita dijauhkan dari semua bencana virus ini.Namun kita juga harus bertindak secara terperinci agar kita tidak menyusahkan sesiapa.

Bagi ibu-ibu,jika ada baju anak yang belum cuci.Cuci.Jika ada kain yang tersadai belum lipat.Lipat.Kalau ada perlu gosok dan basuh.Selesaikan..Simpan kemas-kemas dan sentiasalah kemas rumah.Sebab kita tak tahu esok kita berdaya lagi hendak melakukannya atau tidak.Jangan disebabkan kain yang bertimbun buat kita rasa lagi sakit kepala.Usah tunggu banyak baru hendak bergerak.KEMAS APA YANG PATUT..

Sentiasa perbanyakkan ibadah
Baca yasin lepas magrib itu jadikan amalan setiap malam.Malam ni saya mula nak suruh anak baca sekali.Minta dengan ALLAH.HANYA pada ALLAH kita memohon.Moga keluarga kita,kawan-kawan,jiran-jiran dan semua umat manusia terjauh dari wabak covid 19 ini.Moga ia pergi jauh dan tak usah kembali.

Kita menjaga kebersihan.Patuhi setiap larangan dan buat segala suruhan bahagian kesihatan.Selepas itu bertawakallah kita pada ALLAH.Hanya ALLAH sebaik-sebaik pelindung.

Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maulana waanikman nashir
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

Irda (23 March 2020)
Diari Covid 19
Hari ke 6-Kawalan pergerakan



Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2020/03/diari-covid-19-apa-yang-perlu-dilakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkebun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Berkebun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 826 hits
BERKEBUN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Masih boleh bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang kini sudah masuk hari ke 6 Sama ada boleh bertahan atau...
Pada Orang Yang Tetap Harus Keluar Masuk Rumah Kala Covid 19 Ini Yang Dilakukan

Pada Orang Yang Tetap Harus Keluar Masuk Rumah Kala Covid 19 Ini Yang Dilakukan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 220 hits
Direktur Manajemen Penanggulangan Bencana dan Kebakaran Kementerian Dalam Negeri Safrizal mengingatkan apabila ada anggota keluarga yang sering keluar masuk rumah di kala wabah COVID 19 pembatasan interaksi fisik perlu dilakukan
Tes Cepat Covid 19 Segera Dilakukan Di Jawa Timur Daerah Terjangkit Jadi Prioritas

Tes Cepat Covid 19 Segera Dilakukan Di Jawa Timur Daerah Terjangkit Jadi Prioritas

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 232 hits
Sebanyak sepuluh ribu alat tes cepat untuk mendeteksi COVID 19 tiba di Surabaya Keberadaan alat tes cepat COVID 19 ini diharapkan dapat membantu mendeteksi kasus positif corona di Jawa Timur dalam jangka waktu yang lebih singkat
Di Mana Menteri Ketika Wabak Covid Semakin Ganas

Di Mana Menteri Ketika Wabak Covid Semakin Ganas

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 478 hits
Kerajaan Melayu Perikatan Nasional pimpinan PM Muhyidin Yassin dilihat terlalu lesu menangani wabak Covid 19 yang semakin merebak Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Syed Badli Shah Syed Osman berkata kebanyakan kementerian seolah olah masih ...
Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 365 hits
Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid 19 telah meninggal dunia Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi Menurut laman rasmi Polis Kota Setar Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni d...
Anggota Polis Pergi Buat Selamanya Selepas Terjatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19

Anggota Polis Pergi Buat Selamanya Selepas Terjatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 378 hits
Menerusi satu hantaran di laman rasmi Polis Kota Setar memaklumkan seorang anggota polis telah meninggal dunia selepas terjatuh semasa sedang berehat selepas terlibat dalam operasi Op Covid 19 Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni dari Bala...
Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pdp Ketika Pkp Covid 19

Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pdp Ketika Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 710 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran berkaitan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak jangkitan COVID 19 KPM telah mengeluarkan kenyataan...
Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid 19 Ini Puncanya

Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid 19 Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 450 hits
Seorang anggota polis di Alor Setar meninggal dunia ketika Ops Covid 19 Ini puncanya Mungkin dah tiba ajal AL FATIHAH Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid 19 Ini Puncanya
Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal

5 Petua Kurangkan Gula Dalam Masakan Harian

Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bercuti Di Pulau Pemanggil Johor

Infakkan Ke Akaun Masjid Al Taqwa Keningau

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Surat Seorang Ayah Buat Puterinya Tercinta

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique