Diabetes S Day Fun Run Di Hoshas


Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ni Cik Renex nak throwback aktiviti Fun Run CR pada 17 November 2018 baru-baru ni. Kali ni adalah penganjuran dari Bahagian Diabetes Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sempena Hari Diabetes. Sedikit info tentang Hari Diabetes

Hari Diabetes Sedunia ialah suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) dan disambut pada 14 November setiap tahun. Ia diperkenalkan pada 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai gerak balas terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia. Hari Diabetes Sedunia mengguna pakai tema baharu yang dipilih persekutuan setiap tahun bagi menumpukan perhatian terhadap isu yang dihadapi penghidap diabetes sejagat. Sementara kempen berjalan sepanjang tahun, hari ini sendiri memperingati hari lahir Frederick Banting yang, bersama dengan Charles Best, mencetuskan idea yang membawa kepada penemuan insulin pada 1922.


Dalam jam 6.15 pagi, CR dan kawan bergerak ke Hoshas sebab program mula awal dalam jam 7 pagi untuk senaman dan zumba. Sampai-sampai sana Hoshas dibanjiri dengan warna biru. CR suka tshirt kali ni sebab warna dia menarik , tetapi warna tshirt untuk AJK petugas lagi cantik. :) Anggaran peserta kali ni dalam 600 lebih kalau tak silap lah, lupa pulak padahal ada check dalam website. 

(SUMBER)

Sebelum mula larian, kami panaskan badan terdahulu dengan khidmat bantuan cikgu zumba. Best sangat zumba kali ni memang berpeluhhh laaa, belum lari pun dah penat. Usai berzumba baru lah beratur beramai-ramai dan bersedia untuk Flag-off. Sebenarnya CR tak tahu mana arah larian kali ni, ikut je orang depan. Nasib la tempat sendiri dan ada penunjuk arah. 
Seperti biasa, CR sertai larian Fun Run ni sejauh 5km sahaja. Dekat je dan tak mampu lagi nak beralih ke 10KM lagi. Yang 5km ni pun tak sampai separuh jalan dah pancit.  Lari 2km stop dan sambung berjalan. Kemudian sambung semula lari. Tapi banyak berjalan dari berlari sebenar-benarnya




Selepas hampir 45 minit , baru lah sampai ke garisan penamat. Gambar ni kawan CR yang ambil sebab dia dah sampai awal dah. Dia memang selalu awal sampai sebab non-stop berlari. Dalam 30mnit boleh sampai dah dia ke garisan penamat tu. 

Ini medal untuk semua yang berjaya tamatkan larian dalam masa 1 jam 30 minit. Ada pula cut-off time, sebelum ni macam takde pulak. Maybe nak suruh orang semangat berlari habiskan kot. Comel medal ni, replika orang berlari, kreatif orang yang design medal ni. 



Tempat bergambar wajib setiap kali selesai larian.


Yang seronok kali ni bila ada lori Milo. Ya Allah lamanya tak jumpa lori Milo ni, last masa sekolah rendah. CR apa lagi terus beratur sebab kebetulan memang tak ramai sebab masing-masing sibuk bergambar. Sedap yang amat kalau milo dari Lori Milo ni. Lain feelnya bila minum

(SUMBER)
Sementara tunggu semua peserta tamatkan larian, peserta2 juga boleh tengok pameran-pameran yang di buka di sana. Banyak info yang akan dapat dan kaunter saringan kesihatan diabetes pun ada. 
Kemudian,acara terakhir adalah cabutan bertuah. Kali ni CR tak bertuah lagi , hanya seorang kawan kami je bertuah dapat hadiah hamper. Hadiah utama basikal wehh tapi takde rezeki jugak. Habis cabutan bertuah terus kami balik untuk sambung tidur. Haha. Tunggu next fun run pulak




Kali ni ramai sikit yang join. Seorang takde iaitu Sapik. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://renex89.blogspot.com/2018/11/diabetess-day-fun-run-di-hoshas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imr Fun Run 2018

Imr Fun Run 2018

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 723 hits
Alahai seronoknya tiap hujung minggu join acara larian huhu Minggu lepas 7KM dan minggu ini 5KM pula IMR Fun Run ini kelihatannya dianjurkan oleh Institute of Medical Research Kementerian Kesihatan Malaysia Pejabat diorang terletak di sekit...
Symphony Fun Walk Run 2018

Symphony Fun Walk Run 2018

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 680 hits
Alhamdulillah hari ini berjaya menamatkan larian 7KM di Symphony Hills Cyberjaya sempena UEM Sunrise yang ke 50 tahun katanya Penganjuran Symphony Fun Walk Run 2018 ini nampak hebat dan menghiburkan Pepagi acara dimulakan dengan Zumba Kemud...
Good Clean Fun With These Kids Shows On Iflix

Good Clean Fun With These Kids Shows On Iflix

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 500 hits
If you re looking to let your kids catch some quality children s shows tune in to these awesome shows currently showing on iFlix If you were a fan of great animation yourself when you were younger you might even recognise some of these show...
Kisah Perjalanan Ke Penang 2nd Bridge Pdrm 2018 Solidarity Fun Ride

Kisah Perjalanan Ke Penang 2nd Bridge Pdrm 2018 Solidarity Fun Ride

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 440 hits
Assalamualaikum pembaca blog Un Hari ni baru ada semangat nak mencoretkan tulisan Un di sini Balik sahaja daripada program Penang 2nd Bridge PDRM 2018 Solidarity Fun Ride terus demam On the way balik Perlis pada The post appeared first on
Bangun Politik Fun Timses Jokowi Ma Ruf Gelar Kampanye Kreatif Di Rumah Aspirasi

Bangun Politik Fun Timses Jokowi Ma Ruf Gelar Kampanye Kreatif Di Rumah Aspirasi

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 255 hits
Tim Kampanye Nasional Jokowi Maruf terdorong membuat berbagai kegiatan menarik yang jauh dari ketegangan politik seperti pagelaran musik diskusi terkait program dan pemilu stand up comedy lomba make up dan berbagai kegiatan lainnya
Ratusan Pelanggan Ramaikan Suzuki Day Pati Jawa Tengah

Ratusan Pelanggan Ramaikan Suzuki Day Pati Jawa Tengah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 339 hits
Ratusan pelanggan memeriahkan Suzuki Day di Pati Jawa Tengah akhir pekan lalu Bersama main dealer PT Remaja Motor Suzuki Indonesia memberikan banyak layanan purnajual cuma cuma di sana
New Day And Fresh Energy

New Day And Fresh Energy

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 387 hits
Assalamualaikum Aduhai seronoknya cuti 4 hari minggu ni kerja 3 hari je yeay Hari ni start kerja dengan fresh energy Happy working korang
Tingkatkan Literasi Keuangan Allianz Edukasi Generasi Milenial Di Insurance Day 2018

Tingkatkan Literasi Keuangan Allianz Edukasi Generasi Milenial Di Insurance Day 2018

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 214 hits
Pameran ini digelar oleh Dewan Asuransi Indonesia sebagai rangkaian dari acara puncak peringatan Hari Asuransi Nasional yang jatuh pada 18 Oktober 2018
Nurul Izzah Seen Visibly Distraught On Last Day Of Pkr Congress

Nurul Izzah Seen Visibly Distraught On Last Day Of Pkr Congress

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 277 hits
Nurul Izzah Anwar who was re elected as PKR vice president looked visibly distraught after the results of the PKR polls were announced The normally bubbly Permatang Pauh MP looked pensive and appeared to also be tearing up during the conclu...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tukar Bateri Atau Tidak

Penuh Emosi Himpunan Justice For Zara Polis Pantau Ucapan

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

Kembara 8 Destinasi Ajaib Jawa Timur Indonesia

Meneman Anak2 Ke Lunar Mart Murray Street

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar