Imr Fun Run 2018
Alahai, seronoknya tiap hujung minggu join acara larian huhu. Minggu lepas 7KM dan minggu ini 5KM pula. IMR Fun Run ini kelihatannya dianjurkan oleh Institute of Medical Research Kementerian Kesihatan Malaysia. Pejabat diorang terletak di sekitar Bulatan Pahang.
Pada asalnya aku berkira nak sertai. Sebab race kit collection dibuat di pejabat diorang kan. Nasib baik diorang pun ada buat servis penghantaran race kit secara pos. Lagipun aku excited sebab tak pernah sertai acara larian di Taman Botani Putrajaya. Nak juga rasai pengalaman tu.
Pepagi buta aku datang Taman Botani Putrajaya. Easy excess dan banyak parking. Tidak kacau langsung jalan raya. Kereta tak parking di kiri kanan jalan.
Track di Taman Botani Putrajaya ini sedikit sempit. Memula, bersesak juga lah nak lari. Lepas lalui fasa potong memotong, akhirnya selesa berlari-lari anak. Tak berbukit sangat diawal 2 KM. Hanya sekitar 2.5KM hingga 4KM je laluan agak berbukit. Tapi aku boleh terima sebab persekitaran cantik dan damai. Beautiful scenery.
Ohhh ya, selama ini aku tengok jam sangat. Tapi, tadi aku tertengok jam sebab nak capture some pictures.
Tapi, sayangnya hasil agak mengecewakan sebab blur. Yelah kan, tengah penat berlari huhu. Pada ketika ini, aku hampir sampai ke garisan penamat. Sekitar 500 meter je. Lepas tengok masa adalah pukul 8 pagi, aku terus pecut. Akhirnya, dapatlah masa larian 32 minit hahaha.
Ini kalau dari dulu lagi aku tengok jam, mau aku dok lari, lari dan lari je sebab nak kejar masa. hahaha.. Sebab selama ini tak tengok jam dan memang melenggang je lari ahaks.
Alhamdulillah larian berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara yang awal sampai juga nie. Kedengarannya ada yang dapat masa larian bawah 20 minit. Kagum dan takjub dibuatnya. Insyaallah next times i will dan i can do it also.
Tengok kepada goodies, nampak banyak produk dari Syarikat Coca Cola. Nampak juga logo McDonald tapi tak nampak produk apa yang diberikan. Impressive sebab antara isi goodies adalah minuman coke tanpa gula katanya hahaha. Im speechless.
Apapun, roti sandwichnya sedap yang amat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mykeledek.com/imr-fun-run-2018/