Dia Sempat Takbir 3 Kali Sebelum Rebah Rakan Selebriti Turut Tangisi Pemergian Zaibo
Daripada DIA kita datang dan KepadaNya juga kita pergi. Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo disahkan mennggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat.
Menurut Siti Hawa Sawal, 52, allahyarham suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani beliau.
“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,” katanya.
Sebelum ini Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat k4nser esofagus (esophageal c4ncer). Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, mengakui tidak menyangka menghidap penyakt tersebut kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolesterol.
Sementara Jumaat lalu, Siti Hawa mengakui keadaan suaminya itu semakin pulih dan memerlukan rehat yang cukup selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Zaibo. Namun Allah lebih menyayanginya. Zaibo pergi jua menemui penciptanya.
Turut sama bersedih dengan pemergian pelakon sitkom, Spanar Jaya itu tentunya rakan-rakan artis yang pernah bekerjasama atau mengenali Allahyarham.
Pelakon, Que Haidar mendoakan agar dia ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Alfatihah.. baru dapat berita seniman ini.. Abang Zaibo dijemput ilahi sebentar tadi.. moga ditempatkan bersama mereka yg beriman.. amin,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon, Sharifah Shahirah pula meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat melawat Allahyarham, sebelum ini.
“Al fatihah. Allah.. tak sempat… asyik kerja keeja .. kerja.. kerja.. tak dan jenguk. Tapi selalu di hati
“Allah je yang tau hati kami camana. We gonna miss you,” tulisnya pula.
Bagi pelakon, Sara Ali pula berkongsi momen dapat berlakon bersama dengan Allahyarham awal tahun ini.
“First time saya dapat shoot dgn uncle Zaibo awal tahun ni… Isteri arwah baru saja confirmkan Uncle Zaibo sudah mennggal dunia.
“Innalillahiwaiinailaihirojiun… Al Fatehah,” tulisnya
Turut berbuat perkara sama adalah pengacara, Roslan Shah.
“Al fatihah hilangnya permata pelawak popular Allahyarham Zainal Ariffin Abdul Hamid atau di Kenali sebagai Zaibo telah pergi meninggalkan pegiat seni.
“Cik lan mula kenali Allahyarham Abg Zaibo semasa rancangan masakan program tv Singapura iatu program Masak Apa ! Tahun 1994… Salam Takziah seluruh sekeluarganya ya.
“Dapat information dari Ibu Fauziah Nawi di FB nya… Baru tadi 5 minit yang lalu cik lan dapat tahu …. Allahyarham memang cukup popular di Singapura Tv channel 5 Program Sitcom Under One Roof,” tulisnya.
Wardina pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa kepadanya ketika dia menjayakan watak sebagai Misha dalam sitkom itu.
“Saya belajar banyak daripadanya, dia bagaikan seorang bapa kepada saya ketika saya melakonkan watak Misha dalam Spanar Jaya.
Perkongsian Wardina mengenai pemergian Zaibo di Facebook.
“Saya tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang untuk menziarahinya. Maafkan saya Uncle Zaibo. Terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu, Erra Fazira memberitahu dia akan sentiasa mengenang Zaibo sebagai seorang abang dan bapa yang disifatkan tidak kedekut ilmu dan sentiasa memberi nasihat.
Pernah berlakon bersama, Erra berkata, antara memori yang tidak dapat dilupakan ketika mereka sama-sama mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah sekitar 17 tahun lalu.
Di kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Mari sedekahkan AlFatihah agar ditempatkan bersama orang beriman. Aamiin.
Foto/Instagram: Artis
The post “Dia Sempat Takbir 3 Kali Sebelum Rebah.” – Rakan Selebriti Turut Tangisi Pemergian Zaibo appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/14/dia-sempat-takbir-3-kali-sebelum-rebah-rakan-selebriti-turut-tangisi-pemergian-zaibo/