Dia Datang Lagi Kali Ni Suruh Kerajaan Sekat Khitan Bayi Perempuan Pulak


Sisters in Islam (SIS) kecewa dengan sokongan berterusan Putrajaya terhadap khatan perempuan meskipun amalan itu tidak dinyatakan dalam Al-Quran.

Dalam temubual emel dengan FMT sempena International Day of Zero Tolerance to Female Genital Mutilation (FGM), NGO itu merujuk kepada reiteration kerajaan bahawa mutilasi alat kelamin wanita (FGM), termasuk khatan perempuan, sebahagian budaya Malaysia.

Perkara itu, katanya, dinyatakan dalam laporan semakan hak asasi manusia anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penilaian Berkala Sejagat bagi Malaysia pada 2018.

FGM merupakan prosedur memotong atau menyingkir sebahagian atau semua organ pembiakan luaran perempuan. SIS berkata 2 daripada 4 jenis FGM yang dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diamalkan di Malaysia.


Jenis 1, katanya, melibatkan penyingkiran sebahagian atau sepenuhnya kelentit atau kulupnya, Jenis 4 melibatkan prosedur berbahaya terhadap organ pembiakan perempuan yang bukan bagi tujuan perubatan.

Ini termasuk cucuk, tembus, gores, kikis, dan lecuh.

“FGM dibuat kerana kepercayaan agama dan kewajipan budaya. Islam tidak perkenalkan khatan perempuan sebagai amalan untuk orang Islam, dan khatan perempuan boleh dikesan daripada tradisi sebelum Islam,” katanya.

Katanya, Dar al-Ifta al Misriyyah, antara badan agama yang utama di Mesir, bersama Al-Azhar Al-Sharif, Universiti Al-Azhar, dan Kementerian Wakaf Mesir, mengisytiharkan semua bentuk FGM sebagai dilarang agama pada Mei 2018.

“Itu seterusnya berkata melarang FGM harus menjadi kewajipan agama semua negara Islam kerana kesannya yang memudaratkan pada tubuh,” katanya.

SIS berkata banyak negara majoriti Islam tidak mengamalkan FGM, termasuk Arab Saudi dan Maghribi.

Penghalang kepada pembasmian FGM di sini, katanya, adalah ramai orang Islam percaya khatan perempuan itu “wajib” dan sebahagian daripada budaya.

Apa yang lebih membimbangkan fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2009 menyatakan khatan wanita mandatori. Walaupun fatwa itu tidak diwartakan, hakikatnya secara umum, fatwa ada pengaruh besar ke atas individu dan komuniti dalam membuat keputusan, katanya.
Dari perspektif kesihatan, tiada data saintifik atau bukti perubatan yang mewajarkan keperluan atau manfaat FGM.

FGM bukan seperti khatan lelaki yang ada “manfaat yang jelas dan terbukti”, termasuk kebersihan diri yang lebih baik dan mencegah penyakit kelamin.

“Jika tiada manfaat perubatan, bukan kewajipan agama, atau tiada sebarang manfaat pun dalam menjalankan khatan perempuan, kenapa lakukannya?”

Beliau berkata ada pekeliling Kementerian Kesihatan yang melarang khatan perempuan di semua fasiliti awam.

“Kementerian harus meluaskan larangan itu kepada semua fasiliti kesihatan, swasta dan awam. Kita harus melarang dan menjadikan khatan wanita jenayah bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada mudarat,” kata Azrul.


Khatan tak 'seksa' bayi perempuan - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan

Sunat atau khatan dalam kalangan bayi perempuan di negara ini hanya dilakukan mengikut prosedur gores atau dinipiskan pada bahagian frenulum atau kulit klitoris, pastinya tidak memudaratkan.

Prosedur ini berbeza sama sekali dengan amalan Female Genital Mutilation (FMG) yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berdasarkan amalan sesetengah negara seperti di benua Afrika membuang bahagian klitoris, labia atau bibir kemaluan.

Oleh kerana khatan yang diamalkan di negara ini bukan FGM, secara keseluruhannya dalam amalan pakar perbidanan dan sakit puan tidak berhadapan dengan wanita mengalami risiko disebabkan FGM.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (Perubatan Reproduktif), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Murizah Mohd Zain, berkata tidak timbul isu khatan terhadap bayi perempuan seolah-olah menyeksa seperti didakwa segelintir pihak.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (Perubatan Reproduktif), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Murizah Mohd Zai.
Beliau berkata, definisi menyeksa bayi bergantung kepada teknik dan sejauh mana pemotongan dilakukan.

Mengikut amalan biasa, katanya prosedur itu tidak membabitkan pembuangan pada bahagian faraj. Kaedah dilakukan pada tempat betul oleh mereka yang arif.

Bagaimanapun belum ada satu amalan standard khatan di negara ini, sebahagian besar pengamal perubatan menggunakan jarum kecil yang disteril atau nyah kuman sebelum melakukan sedikit goresan pada bahagian berkenaan.
Katanya, masalah utama mengenai sunat budak perempuan adalah teknik dan bahagian mana, saiz torehan atau pemotongan hendak dilakukan.

“Secara analoginya pada budak lelaki, sunat dilakukan dengan membuang kulit pada hujung kemaluan, bagi perempuan pula hujung kulit klitoris atau frenulum.

“Perkara ini memerlukan kesepakatan antara alim ulama dan pakar perubatan bagi menentukannya. Klitoris satu tisu dikaitkan dengan orgasm dalam hubungan seksual.

Dalam pandangan agama, khitan diwajibkan adalah untuk mengawal nafsu syahwat pada wanita, namun jika dilakukan berlebihan boleh mengurangkan kenikmatan ketika melakukan hubungan seksual bersama suami kelak,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Murizah berkata, tidak ada kajian saintifik yang dilakukan buat masa ini untuk membandingkan perbezaan nafsu atau kepuasan seksual antara wanita berkhatan atau tidak berkhatan.

Katanya, tambahan pula untuk melakukan kajian ini sendiri adalah sukar kerana banyak faktor luar selain faktor khatan yang mempengaruhi nafsu dan kepuasan seksual.

“Oleh kerana dari sudut agama dan budaya menerima amalan khatan ini, apa yang lebih perlu adalah memastikan khatan yang dilakukan kekal tidak memudaratkan.

“Sebelum ini, sebahagian besar khatan dilakukan oleh bidan kampung namun pada hari ini dengan kesedaran kesihatan ramai wanita tampil mendapatkan khidmat khatan dari pihak pengamal kesihatan,”


Manfaat khatan (lelaki dan perempuan)

Kekal kebersihan kemaluanWanita Islam di Amerika turut melakukan khatan, dikenali sebagai hoodektomi.

Komplikasi jangka pendek FGM:

PendarahanJangkitan kuman

Komplikasi FGM jangka panjang:

Kesukaran hubungan seksualKomplikasi dalam proses bersalin.


FreeMalaysiaToday, Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/dia-datang-lagi-kali-ni-suruh-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Mak Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh

Ini Cara Mak Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 588 hits
Mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya perempuan pasti bukan satu tugas mudah buat seorang ibu Maklum sahajalah setiap anak ada perangai masing masing Namun menurut Nor Shaeriani Awang Hamat dia bersyukur dan beruntung kerana kesemua anak a...
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 535 hits
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih lebih 150k Tandatangan Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini empat orang sudah disahkan dijangkiti w...
Dah Merebak Baru Nak Sekat Kerajaan China Gantung Operasi Semua Agensi Pelancongan

Dah Merebak Baru Nak Sekat Kerajaan China Gantung Operasi Semua Agensi Pelancongan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 275 hits
Berikutan keadaan menjadi semakin buruk sehingga wabak koronavirus menular di beberapa buah negara lain Kerajaan China semalam menggantung operasi semua agensi pelancong bermula Isnin 27 Januari 2020 Persatuan agensi pelancongan China berka...
Ppsmi Kerajaan Ulang Silap Masuk Lubang Biawak Kali Ke 2

Ppsmi Kerajaan Ulang Silap Masuk Lubang Biawak Kali Ke 2

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 287 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Ikut negara maju lain utamakan bahasa kebangsaan masing masingBANGI Adakah kerajaan kini hendak mengulangi kesilapan sehingga sanggup masuk ke lubang biawak kali kedua Demikian soal Penasihat Persatuan Linguistik Mal...
Datang Ke Polres Bandung Sikap Teddy Bawa Bayi Jadi Sorotan

Datang Ke Polres Bandung Sikap Teddy Bawa Bayi Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 191 hits
Teddy datang ke Polres Bandung dengan si kecil buah hatinya bersama mendiang Lina
Sengaja Celup Tangan Bayi Jagaan Beberapa Kali Dalam Periuk Ibu Mengigil Tengok Rakaman Cctv

Sengaja Celup Tangan Bayi Jagaan Beberapa Kali Dalam Periuk Ibu Mengigil Tengok Rakaman Cctv

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 226 hits
Polis Singapura menahan seorang amah berusia 30 tahun kerana mendera anak majikannya yang berusia 16 bulan Wanita terbabit diberkas pada 15 Januari lalu di Block 992B Buangkok Link Butiran penuh tentang kejadian pada 14 Januari lalu itu did...
Berlakon Sembunyi Kelahiran Akhirnya Terbongkar Selepas Mayat Bayi Perempuan Ditemui

Berlakon Sembunyi Kelahiran Akhirnya Terbongkar Selepas Mayat Bayi Perempuan Ditemui

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 442 hits
Mana perasaan sayang seorang ibu sanggup buang anak sendiri Itulah nasib seorang bayi perempuan yang telah meninggal dunia dan masih bertali pusat ditemui oleh penduduk setempat di dalam longkang di kawasan lorong 10 Fasa 3 Bandar Baru Sama...
Coronavirus Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China Noraini Ahmad

Coronavirus Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China Noraini Ahmad

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 363 hits
Wanita UMNO Malaysia mendesak kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan untuk segera menghalang kemasukan Pelancong China khususnya dari Wuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus Jelas ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad Kerajaan seharusn...
Inspirasi 6 Nama Bayi Perempuan Islam Bermakna Penuh Cahaya

Inspirasi 6 Nama Bayi Perempuan Islam Bermakna Penuh Cahaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 460 hits
Memiliki bayi perempuan merupakan salah satu anugerah luar biasa bagi orangtua Apalagi anak tersebut lucu cantik dan perilakunya mendatangkan kebahagiaan Oleh karena itu berilah nama bayi perempuan yang baik sesuai dengan harapan dan nilai ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo