Ppsmi Kerajaan Ulang Silap Masuk Lubang Biawak Kali Ke 2


Oleh Athirah Huda Zalhe Ikut negara maju lain, utamakan bahasa kebangsaan masing-masing

BANGI – Adakah kerajaan kini hendak mengulangi kesilapan sehingga sanggup masuk ke lubang biawak kali kedua?
Demikian soal Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Datuk Dr Awang Sariyan yang mengkritik cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau menegaskan, PPSMI telah disahkan sebagai program yang salah daripada segi dasar, matlamat serta pelaksanaannya, dan kegagalan itu turut diakui Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga dimansuhkan pada tahun 2012.
“PPSMI bukan program pemulihan atau peningkatan penguasaan bahasa Inggeris kerana terbukti dalam kajian-kajian empiris bahawa penguasaan bahasa Inggeris tidak meningkat, malah pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik turut merudum.
“Ungkapan Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, mantan Naib Canselor UTM dalam hal ini sangat tepat, iaitu ‘Lain yang sakit, lain yang dibebat’,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Kelmarin, Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah bagi menggalakkan penggunaan bahasa antarabangsa itu.
“Kita mahu menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita, ini sangat penting. Kita perlu beri masa untuk pembelajaran bahasa Inggeris, khususnya dalam pembelajaran Sains dan Matematik.
“Geografi dan Sejarah boleh datang (dipelajari) dalam mana-mana bahasa, tetapi bahasa digunakan dalam bidang Matematik dan Sains bukan bahasa ibunda kita, ia datang dari luar negara dan kebanyakannya yang datang kepada kita (Malaysia) dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, kita akan guna bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik,” katanya.
Mengulas perkara itu, Dr Awang berkata, penguasaan bahasa Inggeris sepatutnya ditingkatkan melalui mata pelajaran itu sendiri, menerusi latihan perguruan, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penyusunan sukatan pelajaran yang berkesan.
Beliau turut menyarankan kerajaan mencontohi sikap dan kebijaksanaan negara lain yang melaksanakan pendidikan dalam bahasa kebangsaan masing-masing namun masih maju, seperti Jerman, China, Belanda, Perancis, Jepun dan Korea.
Beliau menegaskan, semua negara berkenaan tidak meminggirkan bahasa Inggeris, bahkan menekannya tetapi tidak sampai mengutamakan bahasa asing daripada bahasa sendiri.
“Belanda pula mula mengajarkan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah tetapi tidak menghadapi masalah kerana keberkesanan pengajaran bahasa Inggeris yang diamalkan.
“UNESCO dalam piagamnya menegaskan keberkesanan pendidikan yang menggunakan bahasa sendiri. Jauh lebih awal al-Quran telah memberikan isyarat yang jelas seperti dalam surah al-Rum, ayat 22 (mengenai kepelbagaian bahasa untuk pelbagai bangsa) dan surah Ibrahim, ayat 4 (perihal Allah menurunkan Rasul dalam bahasa yang difahami oleh kaumnya),” katanya.
PPSMI pernah dilaksanakan dan terbukti gagal. Tun Dr Mahathir memperkenalkan dasar itu pada 2003, dan dilaksanakan secara penuh di seluruh negara pada 2008. 
Bagaimanapun, ia dimansuhkan secara berperingkat pada 2012 setelah mendapat kecaman beberapa pihak termasuk parti politik, ibu bapa, dan cendekiawan. 
Berdasarkan kajian antarabangsa, Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), pencapaian pelajar sekolah di Malaysia dalam bidang sains dan matematik merosot dengan mendadak apabila sistem berkenaan dilaksanakan.
Malah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pernah menyarankan agar subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ppsmi-kerajaan-ulang-silap-masuk-lubang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reformasi Pendidikan Ppsmi Adalah Dasar Lapuk Warisan Kerajaan Barisan Nasional

Reformasi Pendidikan Ppsmi Adalah Dasar Lapuk Warisan Kerajaan Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 182 hits
KENYATAAN MEDIA Cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memangku tugas Menteri Pendidikan agar pembelajaran sains dan matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris merupakan langkah ke belakang Gesaan itu juga merupakan idea lapuk...
Ppsmi Kerajaan Diharap Tidak Tergesa Gesa Dedahkan Dahulu Hasil Kajian Mahdzir

Ppsmi Kerajaan Diharap Tidak Tergesa Gesa Dedahkan Dahulu Hasil Kajian Mahdzir

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 347 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan hasil kajian Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang kembali menjadi isu yang hangat ketika ini perlu didedahkan kajiannya Menurut beliau yang juga mantan Me...
Dia Datang Lagi Kali Ni Suruh Kerajaan Sekat Khitan Bayi Perempuan Pulak

Dia Datang Lagi Kali Ni Suruh Kerajaan Sekat Khitan Bayi Perempuan Pulak

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 226 hits
Sisters in Islam kecewa dengan sokongan berterusan Putrajaya terhadap khatan perempuan meskipun amalan itu tidak dinyatakan dalam Al Quran Dalam temubual emel dengan FMT sempena International Day of Zero Tolerance to Female Genital Mutilati...
Koronavirus Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

Koronavirus Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 634 hits
Susulan kes pertama koronavirus melibatan 3 warga China yang masuk ke Malaysia segelintir netizen menggesa kerajaan untuk menyekat kemasukan pelancong negara itu buat masa ini Satu petisyen dimulakan individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mo...
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 490 hits
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih lebih 150k Tandatangan Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini empat orang sudah disahkan dijangkiti w...
Pertama Kali Masuk Family Mart Beli Iced Latte

Pertama Kali Masuk Family Mart Beli Iced Latte

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 787 hits
Assalamualaikum Wah tajuk macam teruja sangat pulak Hihi Eh biarlah Memang teruja pun First time kot Benda yang first time ni memang selalu mengujakan betul tak Alkisahnya minggu lepas Cik Rose dan suami ke Melaka Tujuan Tak ada tujuan Mema...
Remaja Di Kebumen Bawa Gergaji Memaksa Masuk Bank Dan Serang Satpam

Remaja Di Kebumen Bawa Gergaji Memaksa Masuk Bank Dan Serang Satpam

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 205 hits
Sebelumnya sekira pukul 07 15 WIB tersangka sempat ditegur oleh korban karena gerak geriknya dianggap mencurigakan
Bawa Pasangan Awak Masuk Islam Bibik Balik Filipina Rebecca Titip Pesan

Bawa Pasangan Awak Masuk Islam Bibik Balik Filipina Rebecca Titip Pesan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 252 hits
Nama Datin Rebecca Nur Al Islam bukan asing lagi dalam kancah dunia hiburan apabila sudah lama bergelar pelakon Walaupun kini dirinya sudah jarang dilihat di kaca televisyen namun dia tetap releven di media sosial kerana kerap memuat naik k...
Kuwait Gantung Penerbangan Keluar Masuk Dari China Hong Kong

Kuwait Gantung Penerbangan Keluar Masuk Dari China Hong Kong

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 183 hits
Kuwait gantung penerbangan keluar masuk dari China Hong Kong Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Jan 2020 1 58
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor