Dia Baru Muncul Sebelum Atok Melingkup Penulisan Dia Banyak Saya Siarkan Sekitar 2018 19 Kakau Tak Silap




Norman Daud


 Hari ini Rafizi Ramli  mengeluarkan kenyataan membalas penulisan Liyana Marzuki. Saya sendiri tak dapat baca penulisan LM itu menggunakan akaun saya ni kerana beliau dah block saya di Facebook dan saya terpaksa guna profile Fb isteri saya untuk baca penulisan tu.. saya diblock oleh beliau sebab saya pernah mengkritik cara penulisan dia sebelum ini. Pada saya, tulisan LM kadang-kadang nampak cerdik, tapi ada masanya agak berbahaya. Tapi tak perlah.. itu hak dia nak block saya.









Saya sebenarnya tak tahu apa tujuan sebenar LM menulis artikel tu. Apa maksud dan matlamat yang dia hendak capai? Hubungan antara Rafizi Ramli (RR) dan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim  (PMX) sekarang ini sangat unik . Lebih baik jangan diganggu. Mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan RR sebagai “palatao”, kononnya mahu jadi PM segera, atau mendakwa beliau bakal membawa masalah kepada pemerintahan PMX .. itu semua satu tuduhan yang dangkal dan berniat jahat.


Kita semua tahu, RR mempunyai sumbangan yang sangat besar kepada KEADILAN dan kerajaan hari ini. Tidak ada siapa pun yang boleh mempertikaikan jasa dan peranan beliau dalam membantu PMX serta membawa parti ke tahap sekarang. Jadi apabila muncul individu seperti LM yang datang dengan gaya “acah-acah cerdik” dan cuba mengeruhkan hubungan dua tokoh penting ini, saya tertanya-tanya apa sebenarnya tujuan dia?


Ketika kami dalam KEADILAN sedang berusaha keras merapatkan kembali hubungan antara dua kelompok dalam parti selepas pertembungan pemilihan baru-baru ini dan keadaan sudah agak semakin reda, RR pun sudah lebih tenang walaupun kadang mengkritik kerajaan dengan cara yang membina .. tiba-tiba muncul LM dengan tulisan yang boleh menghancurkan keharmonian yang sedang kita usahakan.


Tulisan LM ini, pada pandangan saya, tak ubah seperti cubaan menyalakan semula api yang sudah hampir padam. Mungkin dia rasa dirinya bebas bersuara atas nama “kebenaran”, tetapi dalam politik, kebijaksanaan bukan sekadar apa yang kita kata ..ia juga tentang bila, bagaimana dan untuk apa kita berkata.


Rafizi Ramli bukan sosok biasa. Beliau antara arkitek utama kemenangan Pakatan Harapan pada PRU15. Banyak dasar serta strategi kerajaan hari ini datang daripada idea dan gagasan beliau. PMX sendiri pernah mengakui pentingnya peranan RR dalam mengurus hala tuju ekonomi negara dan parti. Maka apabila ada penulis seperti LM cuba mencemar imej RR dengan naratif seolah-olah beliau gila kuasa atau ingin menjatuhkan PMX, itu bukan sahaja tidak adil  malah sangat berbahaya kepada kestabilan dalam parti.


Saya tak pasti sama ada LM sedar atau tidak, tapi tulisan seperti itu memberi peluru percuma kepada musuh politik kita. Pembangkang pasti tersenyum bila melihat ada suara dari dalam yang cuba menggugat hubungan PMX dan RR. Mereka akan guna tulisan sebegitu untuk menyerang KEADILAN dan kerajaan perpaduan. Akhirnya, yang rugi bukan PMX atau RR, tetapi parti dan rakyat.


Rakyat di luar sana tidak peduli siapa lebih berpengaruh atau siapa lebih menonjol dalam parti  yang mereka mahu lihat ialah hasil, dasar berkesan, dan ekonomi yang semakin baik. Itu yang sedang diusahakan bersama oleh PMX dan RR.


Jadi kepada LM dan mana-mana penulis yang kononnya ingin dilihat “intelektual bebas”, berhentilah menjadi batu api yang membakar dari tepi. Kami dalam KEADILAN masih percaya kepada kepimpinan PMX, dan kami juga menghormati peranan besar Rafizi Ramli. Kedua-duanya saling melengkapi, bukan bersaing. Jangan kerana sedikit ego dan keinginan untuk kelihatan berani, akhirnya kita sendiri yang membakar rumah yang kami bina bersama.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/dia-baru-muncul-sebelum-atok-melingkup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Atok Kepada Pm Israel Sebelum Ni

Surat Atok Kepada Pm Israel Sebelum Ni

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 199 hits
Surat Mahathir kepada Israel tau Kita tak ada pun dengan negara haram tu Itu tak masuk lagi yang dia izinkan pasukan kriket bermain di Malaysia Tiba tiba hari ni dia yang bila Trump nak datang Kuala Lumpur Padahal Trump tu datang untuk meng...
Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 197 hits
Ramai yang tak tahu rupanya banyak kali survey kredit komuniti carian tu akan appear kat ctos berapa banyak kali dalam bulan tu cuba mohon loan bila datang rekod macam ni kat kredit komuniti team proses akan lebih berhati hati kenapa banyak...
Sarapan Lontong Darat Di Kedai Atok Legacy

Sarapan Lontong Darat Di Kedai Atok Legacy

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 184 hits
Ini dah kali ke empat kalau tak silap kak ana sarapan pagi di Kedai Atok Legacy di Kampung Melayu Rawang belakang pasaraya Giant di bandar Rawang tu Pertama kali tu maii berdua dengan suami pas tu kak ana bawa pula adik dengan adik ipar sek...
Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

Soalan Artikualsi Penulisan Pksk Hari Pertama 6 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 230 hits
Lama betul rasanya mummy tak menulis parenting di sini Oleh kerana anak sulung mummy ambil PKSK tahun ini Ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus atau pendek cerita ujian ke asrama penuh SBP MRSM SMKA Ulul Albab Teknik Vokasional Untuk kem...
Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Filem Malam Terlarang Sinopsis Barisan Pelakon

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Pengalaman Saya Buka Akaun Kaf Digital Bank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Grand Mercure Debuts In Malaysian Capital

Lirik Lagu Ahai Siti Nordiana

Pre Assessment Intraocular Lens Iol Surgery

Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi Resipi Rare Jimat Sihat Untuk Anak Anak

Ecko Show Juan Reza Chesylino Orang Baru Lebe Gacor Chord

Bila Cd4 Rendah Darah Tak Lagi Normal