Dia Banyak Kali Minta Maaf Wanita Mati Dijerut Penyamun Menggunakan Kabel Pengecas Handphone


'Dia banyak kali minta maaf' - Wanita mati dijerut penyamun menggunakan kabel pengecas handphone




Seorang wanita maut dibunuh oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya pada jam 10.45 pagi Selasa di Felda Mengkuang. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Kumaran Nyanasagaran berkata, suspek menceroboh mangsa melalui pintu belakang dan mangsa dipercayai dijerut di bilik tidurnya, dengan kabel pengecas telefon. 


Suami mangsa berusia 60 tahun turut dicederakan di bahagian kepala sebelum suspek melarikan wang berjumlah RM6,000 dan beredar dari lokasi menggunakan kereta Honda City (DAD 9799) milik suami mangsa. 


Mangsa, Siti Zuliana Said, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala suaminya pengsan akibat dipukul suspek yang dikatakan melarikan diri ke arah Jempol, Negeri Sembilan. 


"Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa. Polis sedang melakukan usaha mengesan suspek dan berharap orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan ke balai polis berhampiran," katanya. 


Sementara itu, jiran mangsa, Saaniah Naim, 56, berkata, mangsa banyak kali memohon maaf kepadanya ketika singgah membeli kuih dan nasi lemak di gerainya pada pagi sebelum kejadian itu berlaku. 


Menurut Saaniah, mangsa singgah di gerainya selepas pulang dari masjid dan memaklumkan dia akan pergi menunaikan umrah pada Disember depan. 


"Dia ada cakap, Ju minta maaf, minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ju nak pergi umrah nanti. Tolong maafkan Ju. 


"Ralat juga rasa sebab tidak sampai tiga jam berjumpa dengan arwah, saya dimaklumkan dia sudah tiada," katanya. 


Ketika kejadian itu berlaku, anak bongsu mangsa, Muhammad Khairi Ramadan Mohd Haris, 22, berehat di bilik selepas pulang dari masjid dan tidak menyedari kejadian yang menimpa ibu bapanya. 


"Saya tidak perasan, mungkin penyamun sudah ada dalam rumah ketika itu. Mungkin dia tengok orang balik, itu yang dia menggelabah. Dalam rumah pun tak bersepah. 


"Saya hanya sedar apabila ayah panggil saya dan memberitahu kepalanya sakit dan memaklumkan paip di bilik air bocor. Saya masuk bilik mak untuk mengambil peralatan membaiki paip dan nampak mak dalam keadaan terbaring. Saya panggil, tetapi tiada respon. Rupanya mak sudah tiada," katanya. 


Muhammad Khairi berkata, rupa-rupanya ayahnya sakit kepala kerana diserang penyamun dan ketika itu ayahnya tidak mengetahui insiden yang menimpa ibunya. 


Difahamkan, Mohd Haris Ibrahim, 60, berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang memukulnya dari belakang dan mencekiknya sebelum dihentak menggunakan objek keras sehingga pengsan. 


Sumber: Free Malaysia Today, Harian Metro


Sumber: 'Dia banyak kali minta maaf' - Wanita mati dijerut penyamun menggunakan kabel pengecas handphoneBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2022/07/dia-banyak-kali-minta-maaf-wanita-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakitnya Bersalin Anak Kedua Ezzaty Abdullah Siap Siap Mengucap Mohon Maaf Pada Suami Teringat Nak Mati

Sakitnya Bersalin Anak Kedua Ezzaty Abdullah Siap Siap Mengucap Mohon Maaf Pada Suami Teringat Nak Mati

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 247 hits
Pelakon cantik Ezzaty Abdullah yang baru lima bulan melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ahmet bercerita pengalamannya melalui fasa kelahiran anak kedua yang jauh berbeza dengan anak pertama Menurutnya pengalaman dalam bilik bersalin s...
Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 686 hits
Nissan Sylphy 1 8 yang ada sekarang saya beli pada tahun 2016 Beli baru terus dari showroom Nissan di Glenmarie Beli pun sebab tewas dengan tawaran salesman yang pandai lembikkan tengkok saya Bukan pasal produk sangat Tapi lebih kepada cara...
Hiburan Kena Buat Selalu Kereta Vip Jadi Punca Jalan Sesak Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

Hiburan Kena Buat Selalu Kereta Vip Jadi Punca Jalan Sesak Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 190 hits
Sebuah video menjadi tular di media sosial semalam apabila sekumpulan penunggang motosikal menunjukkan protes ketika memberi laluan kepada golongan VIP yang melalui jalan yang sama Video yang dimuatnaik oleh di TikTok itu ternyata telah men...
Hiburan 3 Kali Tanya Betul Ke Harga Wanita Terkejut Burger Ayam Special Tepi Jalan Rm23

Hiburan 3 Kali Tanya Betul Ke Harga Wanita Terkejut Burger Ayam Special Tepi Jalan Rm23

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 264 hits
Baru baru ini tular di laman Facebook satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nana Ng yang terkejut dengan harga yang dikenakan oleh sebuah gerai burger di tepi jalan telah menjadi perhatian orang ramai Menerusi hantaran terseb...
Video Dah Check 3 Kali Alieff Irfan Minta Maaf Gender Reveal S L H Rupanya Ini J Ntin Sebenar

Video Dah Check 3 Kali Alieff Irfan Minta Maaf Gender Reveal S L H Rupanya Ini J Ntin Sebenar

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 359 hits
Sebelum ini Youtuber terkenal Alieff Irfan mengadakan majlis birthday Bella serta gender reveal untuk bakal bayi dia nanti Berkat kesabaran Alief bersama isterinya Bella selama dua tahun mereka dikurniakan bayi kembar lelaki Perkongsian ber...
Zahid Berang Ditanya Banyak Kali

Zahid Berang Ditanya Banyak Kali

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 167 hits
Zahid berang ditanya berulang kali oleh peguam dalam perbicaraan hingga dia terperangkap katanya Tapi itu memang caranya peguam buat kerja Dia senang macam ni Kalau benda betul tanyalah seribu kali pun dengan macamana gaya sekalipun tetap t...
Tak Malu Buat Dosa 2 Lelaki Peluk Pelayan Wanita Jheat Akan Siasat Ambil Tindakan

Tak Malu Buat Dosa 2 Lelaki Peluk Pelayan Wanita Jheat Akan Siasat Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 317 hits
Tular di media sosial dua lelaki dirakam memeluk seorang pelayan wanita mengundang pelbagai reaksi negatif netizen Berdasarkan vidoe yang dimuat naik di laman TikTok imabodybuilderrx itu menunjukkan dua pelanggan lelaki terbabit memeluk pel...
Hiburan Memang Durjana Wanita Ini Didera Suami Hingga Koma Keluarga Mentua Didakwa Buat Tak Tahu Nafkah Cucu

Hiburan Memang Durjana Wanita Ini Didera Suami Hingga Koma Keluarga Mentua Didakwa Buat Tak Tahu Nafkah Cucu

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 242 hits
Gempar seketika media tempatan apabila satu kes penderaan seorang lelaki terhadap isterinya yang sehingga kini masih tidak terbela Mangsa Jahidah Nordin yang dilaporkan teruk dibelasah masih lagi terlantar di atas katil dengan kerosakan ota...
Fadhlina Becomes Pkr Wanita Chief After Forensic Audit

Fadhlina Becomes Pkr Wanita Chief After Forensic Audit

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 330 hits
The audit on the party elections came in the wake of demands from various candidates in the polls who claimed discrepancies in the tallying of the results PETALING JAYA A forensic audit has led to only a few changes in the outcome of PKR s ...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Oriental Beef Recipes Chinese

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

Apabila Rasa Hormat Kepada Guru Sudah Hilang

Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking