Di Tempat Kerja Menjurus Kepada Punca Keretakan Kebahagiaan Rumahtangga



Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.
Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.
Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.
Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.
BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN


Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.
Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.
Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.
JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC
Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.
Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.
WHATSAPP GROUP


Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.
Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.
Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.
MATA SEORANG LELAKI
Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”
Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.
Nafsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.
ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN
Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.
KESIMPULAN
Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.
Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah

Kredit : IslamItuIndah

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/09/di-tempat-kerja-menjurus-kepada-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meriah Tempat Kerja Bos2 Lambai Iring Pekerja Sebelum Balik Cuti Beraya

Meriah Tempat Kerja Bos2 Lambai Iring Pekerja Sebelum Balik Cuti Beraya

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 218 hits
Kemeriahan lebaran disambut tanpa mengira agama atau budaya Selepas keletihan bekerja inilah waktu untuk masing masing pulang ke kampung halaman bertemu dengan ahli keluarga serta sanak saudara Bagi sebuah kilang terletak di Jawa Tengah ini...
Ri China Kerja Sama Alih Teknologi Dorong Produktivitas Komoditi Pangan

Ri China Kerja Sama Alih Teknologi Dorong Produktivitas Komoditi Pangan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 157 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto menyambut baik adanya MoU kerja sama ekonomi digital dengan China karena sejalan dengan agenda utama dalam Presidensi G20 Indonesia Salah satu potensi kerja sama tersebut adalah ali...
Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 541 hits
Tiada mana mana insan di dunia ini yang meminta untuk dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna Anugerah ini ada kalanya membuatkan seseorang berasa rendah diri kurang berkeyakinan dan malu berdepan dengan khalayak yang diciptakan sempurna ...
Koleksi Lembaran Kerja Bahasa Arab Pdf

Koleksi Lembaran Kerja Bahasa Arab Pdf

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 310 hits
LEMBARAN KERJA BAHASA ARAB TAHUN 3 BAHAN 1 BAHAN 2 BAHAN 3 BAHAN 4 BAHAN 5 BAHAN 6 BAHAN 7 BAHAN 8 BAHAN 9 BAHAN 10 BAHAN 11 BAHAN 12 BAHAN 13 BAHAN 14 LEMBARAN KERJA BAHASA ARAB TAHUN 2 BAHAN 1 KLIK SINI BAHAN 2 KLIK SINIBAHAN 3 KLIK SINI ...
Saman Google 2 Wanita Nekad Dakwa Fitbit Punca Tangan Melecur

Saman Google 2 Wanita Nekad Dakwa Fitbit Punca Tangan Melecur

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 150 hits
Saman Google 2 Wanita Nekad Dakwa Fitbit Punca Tangan Melecur DUA wanita nekad melancarkan saman ke atas Google susulan kecederaan melecur yang didakwa berpunca daripada jam tangan pintar Fitbit yang dikeluarkan Ia berikutan syarikat terkem...
Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 158 hits
HAMZAH RIE NAMencari didalam carian engine tak jumpa satu pun tajuk ini dimana mana portal Kalau ya pun nak buat kerja edit mcm umno lawan kita beranilah letak nama portal Kenapa tak berani letak nama portal atau blogs Sebab tak ada siapa p...
Nilai Ringgit Merudum Punca Meningkatnya Inflasi

Nilai Ringgit Merudum Punca Meningkatnya Inflasi

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 188 hits
LIYANA MARZUKI Nilai Ringgit Malaysia makin lemah berbanding dollar Amerika dan Singapura Ada pakar ekonomi menjangkakan RInggit akan jatuh lebih teruk penghujung tahun ini Ini merisaukan kita Bila ringgit lemah akibatnya inflasi akan terus...
Amber Heard Hidap Penyakit Mental Punca Hubungan Toksik

Amber Heard Hidap Penyakit Mental Punca Hubungan Toksik

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 156 hits
Ketika ini nama pelakon Amber Heard menjadi bualan hangat apabila sikap buruknya terbongkar di dalam mahkamah apabila pelbagai bukti menunjukkan dia mendera bekas suaminya aktor Johnny Depp ketika mereka berkahwin Namun sebelum ini Amber me...
Juruterbang Merokok Punca Nahas Egyptair

Juruterbang Merokok Punca Nahas Egyptair

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 164 hits
Juruterbang merokok punca nahas EgyptAir KAHERAH MESIR Nahas pesawat EgyptAir yang terhempas ketika dalam perjalanan ke Kaherah pada 2016 dan menyebabkan 66 orang terbunuh dilaporkan berpunca daripada juruterbang merokok di dalam kokpit lap...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus