Di Manakah Keadilan


Penyokong DAESH dihukum, penyokong LTTE dilepas
SAYU rasa di hati bila membaca berita mengenai bagaimana seorang lelaki bernama Nahzatulazran A Rahman dijatuhkan:

(1) Hukuman penjara 10 tahun di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas DAESH dengan cara mengedar bendera dan kain kepada beberapa individu.
(2) Hukuman penjara 3 tahun di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas DAESH dengan cara memiliki bendera, papan, bingkai gambar, gambar dan video

(3) Hukuman penjara 3 tahun di bawah Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan kerana mengedar item berkaitan kumpulan pengganas DAESH dengan cara mengedar bendera dan kain kepada beberapa individu

Segera saya teringat kepada kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman waktu itu, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengenai tangkapan pada 10 Oktober 2019 ke atas ADUN N.24 Seremban Jaya merangkap Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Gunasekaren Palasamy, dan ADUN N.7 Gadek merangkap Setiausaha Organisasi DAP Melaka dan Ketua DAPSY Melaka, YB Saminathan Ganesan, kerana menghadiri program Hari Perwira LTTE di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka, menyampaikan ucapan yang menyokong LTTE dan mengedar item-item yang berkaitan dengan LTTE di dalam program tersebut.

Pada 29 Oktober 2019, YB Saminathan pun didakwa di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dan didakwa di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas LTTE manakala YB Gunasekaren pula didakwa di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Begitupun, hasil daripada arahan untuk tidak meneruskan prosiding yang dikeluarkan oleh Peguam Negara waktu itu, Tan Sri Tommy Thomas, yang mendapat dukungan daripada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir, yang menyebut secara rasmi ‘tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist’, walaupun Menteri Dalam Negeri waktu itu, Tan Sri Muhyiddin, tegas mengumumkan pada 22 Februari 2020 bahawa beliau ‘mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas’ dan bahawa ‘Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri’, maka:

(1) YB Gunasekaren pun dilepas dan dibebaskan pada 24 Februari 2020.
(2) YB Saminathan pula dilepas dan dibebaskan pada 25 Februari 2020.

Kedua-dua kes adalah sama, melibatkan pemberian sokongan kepada kumpulan pengganas dan/atau pemilikan item berkaitan kumpulan pengganas, satu kepada DAESH dan satu lagi kepada LTTE, malah pemberian sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE boleh dianggap sebagai jauh lebih serius kerana ia turut melibatkan ucapan dan bukan sekadar pengedaran item sahaja seperti di dalam pemberian sokongan kepada kumpulan pengganas DAESH.

Malangnya mengapa Nahzatulazran dijatuhkan hukuman penjara tetapi YB Gunasekaren dan YB Saminathan dilepas dan dibebaskan begitu sahaja?

Apakah yang menyebabkan layanan berbeza boleh diberikan kepada Nahzatulazran berbanding layanan kepada YB Gunasekaren dan YB Saminathan? Di manakah keadilan?

Oleh : DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/di-manakah-keadilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suasana Kritikal Adun Semambu Yang Juga Bendahari Keadilan Persoal Di Mana Menteri Sekarang

Suasana Kritikal Adun Semambu Yang Juga Bendahari Keadilan Persoal Di Mana Menteri Sekarang

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 195 hits
KENYATAAN MEDIA 1 FEBRUARI 2021 Peruntukan sebanyak RM 100 juta oleh Kerajaan bagi menampung kos perubatan untuk pesakit Covid 19 ke Hospital Swasta telah diumum kelmarin namun ia masih penuh dengan keraguan Menteri Kesihatan Dato Sri Dr Ad...
Tangani Covid Wanita Keadilan Lancar Kempen Komuniti Waspada

Tangani Covid Wanita Keadilan Lancar Kempen Komuniti Waspada

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 244 hits
Tangani Covid Wanita KEADILAN lancar Kempen Komuniti WaspadaOleh February 01 2021Kecewa dengan kelembapan kerajaan Perikatan Nasional menangani jangkitan wabak Covid 19 Wanita KEADILAN dalam masa terdekat akan melancarkan kempen Komuniti Wa...
Cak Nun Ingin Keadilan Ditegakkan Mau Abu Janda Bau Gosok Abu Lahab Abu Rokok Sekalipun

Cak Nun Ingin Keadilan Ditegakkan Mau Abu Janda Bau Gosok Abu Lahab Abu Rokok Sekalipun

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 264 hits
Budayawan Emha Ainun Najib atau karib disapa Cak Nun angkat bicara soal polemik pernyataan Abu Janda tentang Islam Arogan Dia mengingatkan agar kecintaan atau dukungan terhadap satu pihak tidak mengaburkan kesalahan yang diperbuat oleh sese...
13 02 2021 11am Rumah Terbuka Maya Keadilan Sempana Tahun Baru

13 02 2021 11am Rumah Terbuka Maya Keadilan Sempana Tahun Baru

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 332 hits
Tarikh 13 02 2021 11AM Sabtu Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat Parti KEADILAN Rakyat akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina secara maya pada 13 Feb iaitu hari kedua sambutan Tahun Baru Cina Biasanya Tahun Baru Cina adalah waktu r...
Pemuda Umno Keadilan Adib Kian Di Nafikan Usah Biar Keluarga Menanti Dalam Kegelapan

Pemuda Umno Keadilan Adib Kian Di Nafikan Usah Biar Keluarga Menanti Dalam Kegelapan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Pemuda UMNO mendesak kerajaan mengumumkan perkembangan siasatan dan tindakan yang sudah diambil berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Ketua Pemuda UMNO DrAsyraf Wajdi Dusuki berkata makluman perkembang...
Keadilan Permatang Pauh Hantar Kotak Ppe Kepada Frontliners Sabah

Keadilan Permatang Pauh Hantar Kotak Ppe Kepada Frontliners Sabah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 143 hits
POSTES BY AMIR WRLRKEADILAN Permatang Pauh menghantar 10 kotak pakaian perlindungan diri kepada petugas barisan hadapan di Sabah bagi membantu mereka dalam menangani Covid 19 di negeri itu Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berk...
Perkuatkan Jentera Parti Teruskan Agenda Perjuangan Keadilan Anwar

Perkuatkan Jentera Parti Teruskan Agenda Perjuangan Keadilan Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 199 hits
POSTED BY AMIR WRLRPresiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sedikit amanat kepada semua pimpinan dan ahli parti sempena Tahun Baru Cina 2021 Beliau mengingatkan dalam menyambut perayaan jentera parti perlu diperkasakan dan pe...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Drama Seadanya Kita

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

Teknik Penanaman Dutch Bucket Potensi Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Kerana Seorang Lelaki