Suasana Kritikal Adun Semambu Yang Juga Bendahari Keadilan Persoal Di Mana Menteri Sekarang


 

KENYATAAN MEDIA |1 FEBRUARI 2021

Peruntukan sebanyak RM 100 juta oleh Kerajaan bagi menampung kos perubatan untuk pesakit Covid-19 ke Hospital Swasta telah diumum kelmarin, namun ia masih penuh dengan keraguan. Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba dinasihatkan agar tidak lagi menghilangkan diri dan perlu tampill menjelaskan maklumat perinci berkenaan dengan keputusan tersebut. Selain itu, saya menggesa Hospital Swasta supaya tampil ke hadapan untuk menawarkan perkhidmatan perubatan Covid-19 kepada rakyat Malaysia dengan mentaliti yang tidak hanya mementingkan keuntungan.

Kes baru Covid-19 telah mencecah 5,000 kes untuk 3 hari berturut-turut, kes kematian rakyat Malaysia juga meningkat secara mendadak dan kita sebenarnya telah memasuki tahap perang dengan wabak Covid-19. Walaupun Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah mengumumkan kerjasama dengan Kerajaan untuk merawat pesakit Covid-19 tetapi ia juga memaklumkan bahawa kos perubatan untuk pesakit Covid-19 adalah berdasarkan kepada setiap kes. Saya berpendapat bahawa ia adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Ini adalah waktu kritikal seluruh rakyat Malaysia memerangi Covid-19, tetapi kenapa Hospital Swasta masih berkira-kira tentang keuntungan mereka?

Sejak projek penswastaan Hospital dilaksanakan, Hospital Swasta telah memperolehi keuntungan yang lumayan. Tambahan pula sepanjang wabak Covid-19, kebanyakan Hospital Swasta juga telah mengaut keuntungan yang besar. Contohnya kumpulan KPJ, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac hingga Jun 2020, mereka telah mencatat keuntungan bersih sebanyak 12.66 juta ringgit untuk suku tahun tersebut. Bagi bulan Julai sehingga September selepas PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Pemulihan, kumpulan tersebut mencatat keuntungan bersih yang lebih banyak iaitu RM 33.97 juta. Wabak tidak berlaku setiap tahun di negara ini, jikalau tidak meminta mereka untuk berkorban untuk negara sekarang, kami kena tunggu bila lagi?

Selain daripada itu, Menteri Kesihatan, Adham Baba dan dua timbalannya, Dato’ Noor Azmi dan juga Dato’ Aaron Ago Dagang tidak kelihatan dan ibarat hilang dikesan pada waktu tempoh kritikal ini. Kes Covid di negara kita telah mencecah 5,000 kes untuk tiga hari berturut-turut dan ini adalah krisis besar bagi negara tetapi nampaknya mereka tiada kaitan, malahan menjauhkan diri daripada krisis ini. Saya berharap agar Adham Baba dapat menjelaskan masalah berkenaan dengan peruntukan RM100 juta kepada Hospital Swasta yang memerlukan persetujuan daripada Kerajaan dan pihak Hospital Swasta dari segi kos rawatan sebelum ia dipindahkan dari Hospital Awam ke Hospital Swasta.

Kerajaan Perikatan Nasional telah mengisytiharkan Darurat di seluruh negara kelmarin, tetapi di sebelah sini mengelakkan diri daripada meminta hospital Swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. Sebaliknya, mereka masih membazirkan masa dalam rundingan harga. Ini jelas amat mengecewakan.

Saya mencadangkan agar Persatuan Hospital Swasta Malaysia mengambil inisiatif dengan memberi cadangan untuk meringankan beban sumber Hospital Awam dan harus memikirkan tanggungjawab sosial mereka sebagai syarikat Malaysia agar tidak mengecewakan harapan rakyat.

YB Lee Chean Chung

Bendahari Agung KEADILAN

ADUN Semambu

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/suasana-kritikal-adun-semambu-yang-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Adil Macam Ni Sweet Qismina Persoal Muhyiddin Boleh Pula Ke Indonesia

Mana Adil Macam Ni Sweet Qismina Persoal Muhyiddin Boleh Pula Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 273 hits
Pandemik Covid 19 yang melanda ketika ini telah menyebabkan kerajaan di hampir serata dunia menutup pintu sempadan selain melarang rakyat ke luar negara Terbaru pelakon Sweet Qismina melontarkan pendapat menerusi satu ciapan di laman sosial...
Panas Bekas Timbalan Menteri Soal Kerajaan Pn Mana 150 000 Laptop Untuk Pelajar Miskin

Panas Bekas Timbalan Menteri Soal Kerajaan Pn Mana 150 000 Laptop Untuk Pelajar Miskin

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 253 hits
BILAKAH Kementerian Pendidikan akan mengagihkan 150 000 komputer riba yang diperuntukkan untuk murid miskin seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 soal bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Kulai itu berkata...
Dulu Menteri Kesihatan Yang Umumkan Sekarang Menteri Kesihatan Membisu

Dulu Menteri Kesihatan Yang Umumkan Sekarang Menteri Kesihatan Membisu

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 223 hits
IBRAHIM MAT ISASatu tahun serangan Covid19 ke bumi Malaysia Ini gambar kenangan Menteri Kesihatan kerajaan PH Dr Dzulkifli Ahmad bersama KP Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang akhbar pertama pada 25 Januari 2020 melaporkan k...
Kesetiaan Menteri Menteri Umno Kepada Parti Atau Muhyiddin

Kesetiaan Menteri Menteri Umno Kepada Parti Atau Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 168 hits
Kelompok pemimpin UMNO yang diketahui kuat mempertahankan Muhyiddin Yassin dan mahu parti itu terus bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang ialah mereka yang kini memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan Mereka itu memegang jawat...
Bekas Menteri Kesihatan Anggap Dr Hisham Sangat Tertekan

Bekas Menteri Kesihatan Anggap Dr Hisham Sangat Tertekan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 224 hits
ARIF ATANBekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sangat tertekan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam menangani penularan Covid 19 Katanya tanggapan tersebut muncu...
Rentasan 815 Perdana Menteri Cemar Perlembagaan Wajar Dihadap Ke Penga

Rentasan 815 Perdana Menteri Cemar Perlembagaan Wajar Dihadap Ke Penga

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 158 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8151 BEBALISME TIDAK KENAL IJAZAH YANG DISANDANG 2 1MDB BUKAN HANTU BUNGKUS 3 CYBERTROOPER PN SUDAH MULA PUNCH CARD ANGKAT KERAJAAN SERBA TAHU
Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Kenyataan Pakar Motivasi Andika Putera

Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Kenyataan Pakar Motivasi Andika Putera

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 351 hits
Sejak pagi tadi kenyataan selebriti media sosial Andika Putera berkenaan isu curang telah membuatkan netizen bengang Rata rata daripada mereka tidak bersetuju dengan ulasan pakar motivasi tersebut kerana mempergunakan agama dalam melakukan ...
Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 246 hits
BERITA SEMASA 29 JANUARI 2021 Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa program vaksinasi negara Covid 19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 akan membantu memacu pemulihan ekonomi Mal...
Bodoh Lagi Jahil Adakah Mantan Timbalan Menteri Dan Kartunis Tidak Tahu Mengira

Bodoh Lagi Jahil Adakah Mantan Timbalan Menteri Dan Kartunis Tidak Tahu Mengira

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 175 hits
Seorang mantan Timbalan Menteri AMANAH dan seorang kartunis terkenal menyebut dalam portal berita Malaysia Kini mengenai Malaysia mempunyai 70 orang Menteri dan mengenai Kabinet Malaysia mempunyai 70 orang ahli Tidak tahukah mereka bahawa j...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional