Di Mana Umno Kuat Di Situ Tiada Kemajuan




‘Di mana Umno kuat, di situ tiada kemajuan’Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 07, 2022 Print EmailShareSuatu fenomena yang istimewa di Johor – kubu kebal Umno sejak 60 tahun lalu – adalah gaya pentadbiran BN yang mengabaikan rakyat di mana sahaja parti itu kuat dan tidak dicabar.
Salah satu DUN yang berstatus ‘kubu kebal’ adalah DUN Johor Lama.
Menurut calon KEADILAN DUN Johor Lama, Omar Mokhtar A Manap, oleh kerana berstatus kebal maka kawasan tersebut telah diabaikan oleh Umno sejak merdeka biar pun pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Johor suatu ketika dahulu.
“Kita nak menang di Johor Lama. Apa pentingnya Johor Lama? Mana mana tempat yang Umno kuat maka tempat itu akan diabaikan.
“Johor Lama penuh dengan sejarah dan budaya. Inilah pusat pentadbiran Johor satu ketika dahulu tetapi dipandang enteng. Berapa banyak kawasan susah di Johor Lama?
“Saya masuk semua. Saya pergi kampung Makam, Felda Sg Sembilang dan lain lain lihat sendiri kesusahan rakyat. Antara yang sering ditanya saya, kenapa PRN kena buat sekarang?
“Sekarang makcik berniaga susah. Kalau jual mahal orang tak nak beli, jual murah untung kecil. Itu antara aduan yang disampaikan,” katanya.
Beliau juga memberi contoh di sebuah kampung yang dikunjunginya, gelanggang futsal tidak dibina, malah gelanggang takraw untuk anak muda pun orang kampung terpaksa mengumpul wang memasang lampu bagi membolehkan aktiviti sukan pada waktu malam.
Oleh itu, Omar menyeru anak muda agar memberi undi kepada KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini.
Katanya, Undi 18 pun dibuat pada PRN kali ini pun atas usaha Pakatan Harapan (PH) yang menandatangani memorandum kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Jika hal itu tidak berlaku, maka keputusan Mahkamah Tinggi di Sarawak pasti akan dirayu bagi menangguhkan Undi 18 sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke 15.
“Kita nak beritahu kawan kawan Undi 18 asalnya kerajaan nak buat pada September 2020. Hanya kerana PH letak syarat MoU pastikan undi 18 dilaksanakan pada Januari 2022 barulah jadi kenyataan.
“Pimpinan Umno tak kisah pun anda (anak muda 18 tahun). Tahap untuk diangkat sebagai pimpinan mereka pandang enteng,” katanya.
Omar turut membidas kerajaan Melayu Islam BN – PN yang hanya memainkan satu isu, kalau PH dibenar jadi kerajaan maka DAP akan kuasai orang Melayu.
Sedangkan katanya, ekonomi Melayu tidak terbela. Malah cabutan judi yang telah diturunkan oleh Menteri Kewangan DAP daripada 22 kali sebulan kepada 8, dipulihkan kembali kepada 22 kali cabutan.
“(Eloklah) mak cik pakcik fikir hujung bulan nak bayar rumah, kereta tak cukup duit (daripada isu Melayu). Fikir macam mana anak nak bagi kat mak bapa tak cukup duit. Tak sedihkah anak anak nak tanggung diri sendiri pun tak cukup, nak beri ibu bapa apatah lagi.
“Tiba tiba dibentangkan retorik bodoh Melayu Islam, begitu sahaja kita telan bulat bulat. Sedangkan banyak lagi isu yang perlu diberi pertimbangan,” katanya.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Mersing itu juga membangkitkan isu rumah generasi kedua Felda yang menjadi isu setiap kali pilihan raya.
Katanya, beliau telah pergi bertemu semua pengurus Felda di Johor Lama dan ternyata isu utama adalah ketiadaan bajet untuk membina rumah generasi kedua.
“Saya pergi ke setiap Felda, saya jumpa semua pengurus Felda. Saya tanya apa masalah? Masalahnya lot dah ada, duit nak buat tak ada.
“Duit tak ada tetapi beri pinjaman kepada syarikat judi RM2.5 bilion di Hong Kong boleh pula? Nak tolong orang Felda nak rumah sendiri macam macam alasan.
“Begitu juga masalah air di Felda Lok Heng, kemudian isu banjir di Kampung Mawai. Dia buat tebatan banjir, buat separuh. Akhirnya kalau hujan 3 – 4 jam terus banjir. Termasuk kos sara hidup dan peluang pekerjaan semua ini akan ditangani (kalau KEADILAN diberi mandat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/di-mana-umno-kuat-di-situ-tiada-kemajuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istimewa Johor Mana Tempat Umno Kuat Kawasan Itu Terabai Omar Mokhtar

Istimewa Johor Mana Tempat Umno Kuat Kawasan Itu Terabai Omar Mokhtar

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 141 hits
Suatu fenomena yang istimewa di Johor kubu kebal Umno sejak 60 tahun lalu adalah gaya pentadbiran BN yang mengabaikan rakyat di mana sahaja parti itu kuat dan tidak dicabar Salah satu DUN yang berstatus kubu kebal adalah DUN Johor Lama Menu...
Hampir Pasti Umno Pas Bercerai Ini Petandanya

Hampir Pasti Umno Pas Bercerai Ini Petandanya

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 212 hits
Hampir Pasti Umno PAS Bercerai Ini Petandanya Kempen pilihan raya negeri Johor yang sedang berlangsung menyediakan pentas bagi Umno sebelum perhimpunan agung tahunan parti itu yang akan diadakan selepas pilihan raya berakhir Empat hari sele...
Tajuddin Accuses Some Non Umno Ministers Of Ignoring Pm S Orders

Tajuddin Accuses Some Non Umno Ministers Of Ignoring Pm S Orders

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 158 hits
There are ministers who do not abide by the instructions of Prime Minister Ismail Sabri Yaakob because they are from different political parties said Government Backbenchers Club chairperson Tajuddin Abdul Rahman He said the rakyat have acc...
Desak Pru Awal Umno Nak Tolak Ismail Sabri Atau Tok Mat Teringin Jadi Pm

Desak Pru Awal Umno Nak Tolak Ismail Sabri Atau Tok Mat Teringin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 174 hits
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan bahawa pihaknya akan terus mendesak PRU15 disegerakan tidak kira sama ada BN menang atau kalah dalam PRN Johor pada hakikatnya lebih menyerlahkan niat UMNO mahu mengenepikan Ismail Sabri Yaakob...
Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 209 hits
perakinsights com Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional Nur Jazlan berkata dia sukar memahami ...
Tajuddin Bidas Timbalan Presiden Umno Tekan Pm Adakan Pru15

Tajuddin Bidas Timbalan Presiden Umno Tekan Pm Adakan Pru15

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 163 hits
freemalaysiatoday com March 2 2022 5 13 PMAhli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman kesal kerana Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menekan Perdana Menteri yang berusaha dengan pelbagai inisiatif untuk kepentingan rakyat KUALA LUMPU...
9 Orang Dah Dilepaskan 7 Lagi Mereka Ini Bakal Dibebaskan Jika Umno Bn Kembali Berkuasa

9 Orang Dah Dilepaskan 7 Lagi Mereka Ini Bakal Dibebaskan Jika Umno Bn Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 216 hits
MOHD AFENDI ABAS9 ORANG DAH DILEPASKAN 7 lagi mereka ini bakal dibebaskan jika UMNO BN kembali berkuasa 10 Najib Razak 11 Rosmah mansor 12 Zahid Hamidi 13 Shafee Abdullah 14 Bung Moktar 15 Rizal Mansor 16 Mahzir Khalid Inilah sebabnya kenap...
Umno Akan Ceraikan Pas Di Pau

Umno Akan Ceraikan Pas Di Pau

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 223 hits
malaysiakini comPRN JOHOR Kempen pilihan raya negeri Johor yang sedang berlangsung menyediakan pentas bagi Umno sebelum perhimpunan agung tahunan parti itu yang akan diadakan selepas pilihan raya berakhir Empat hari selepas rakyat Johor mem...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu