Di Mana Mereka Bersembunyi Agaknya




KUALA LUMPUR – Dalam beratus orang yang dicari, tiga individu kini menjadi tumpuan pihak berkuasa tempatan kerana mempunyai waran tangkap ekoran gagal hadir ke mahkamah dan terlibat dengan kes jenayah komersial terbesar di negara ini.
Mereka ialah usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, pe­ngasas Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, dan ketua sindiket pe­ngubahan wang haram terbesar, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.
Ketiga-tiga mereka ini dicari kerana sehingga kini pihak berkuasa masih belum menemui mereka sama ada kekurangan maklumat mahupun ada tali barut yang memberi maklumat mengenai operasi yang dilakukan.

Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Sajat dicari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengeluarkan waran tangkap ekoran kegagalannya hadir pada prosiding sebutan semula kerana berpakaian wanita di khalayak ramai.
Eu Boon pula dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam.
Ini bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan: “Saya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mahasiswa di Lembah Klang menggunakan Sugarbook bagi mencari sugar daddy.”
Nicky pula dicari kerana menjadi ketua penjenayah komersial terbesar negara. Kumpulan itu berjaya dilumpuhkan baru-baru ini, namun Nicky berjaya lolos kerana ada tali barut dalam pa­sukan polis yang membocorkan maklumat itu kepadanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, usaha mengesan Nicky masih giat dijalankan walaupun berjaya menangkap anggota sindiket termasuk adiknya di sekitar Lembah Klang.
“Dia dipercayai masih berada dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. Abdul Hamid berkata, Geng Nicky juga bahaya kerana disyaki melantik gengster sebagai pengawal peribadi.
“Saya dimaklumkan sindiket ini buas serta ganas kerana me­lakukan tindakan memukul, mengugut pekerja-pekerjanya yang didapati cuba keluar daripada kegiatan sindiket mereka.
“Hampir kesemua aset yang diperoleh juga dibeli secara tunai untuk mencuci wang haram,” katanya yang menganggarkan aset Nicky bernilai RM1 bilion merangkumi saham, hartanah, mata wang digital dan wang tunai.
Dalam pada itu, Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, usaha memburu Sajat tidak terhenti dan tiada tempoh masa ditetapkan untuk memberkasnya.
“Kita ada pergi ke rumahnya dan tanya ibu bapanya, namun mereka tidak tahu. Kita yakin akan menangkapnya nanti.
“Dia yang menghilangkan diri bukan kami. Dakwaan dia (menerusi video di Instagram) pihak berkuasa tidak mencarinya tidak tepat. Kita ada, dia yang hilang,” katanya.
Tambahnya, MAIS mengambil serius berhubung waran tangkap itu walaupun tidak meletakkan ranking ke atas kes tersebut.
“Saya yakin dia akan sedar dan datang sendiri. Kita bincang untuk kebaikan diri dia dan agama Islam. Islam itu adil dan bukan hendak terus aniaya seseorang, datanglah apa nak takut.
“Jabatan Agama Islam Se­langor dan Polis Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan apa kes sekalipun termasuk berkaitan Muhammad Sajjad,” katanya.
Sajat dikenakan waran tangkap sejak 23 Februari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas gagal hadir prosi­ding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Nicky lolos sebab pegawai tali barut

Tindakan polis Johor menggerakkan 220 pegawai dan anggotanya untuk menyiasat secara mendalam sindiket Geng Nicky berjaya membongkar penglibatan jahat mereka dalam jenayah komersial terbesar di negara ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembongkaran bermula apabila polis Johor menyiasat kes penipuan jual beli telefon bimbit secara online di negeri itu sehingga dapat mengenal pasti dalangnya dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi Ops Pelican 3.0.
Katanya, operasi selama sembilan hari bermula 20 Mac lalu di Lembah Klang berjaya melumpuhkan Geng Nicky yang aktif sejak 2014.
“Sebanyak 70 serbuan dilakukan bagi mengesan dan menangkap anggota Geng Nicky yang berpusat di sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor. Seramai 118 individu telah diperiksa.
“Dalam operasi itu, kita menahan 48 individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Imigresen (12) dan narkotik (8),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Abdul Hamid, selain tangkapan, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 beserta satu kelopak berisi sembilan butir peluru.
Tambahnya, pihaknya turut merampas sejumlah matawang RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta.
“Sebanyak 41 akaun mengandungi RM4 juta serta 35 kenderaan bernilai RM8,863,759 melibatkan 21 individu dan 16 entiti Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001,” katanya.
Ujar Abdul Hamid, operasi itu dilancarkan susulan maklumat yang diperoleh polis Johor pada Januari lalu selepas Ops Pelican 2.0 melibatkan Macau Scam yang menggunakan akaun tumpangan dan transaksi wang milik Winner Dynasty Group.
“Kita juga mendapati seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa dan beberapa orang kenamaan mempunyai hubungan dengan sindiket tersebut. Meraka akan ditangkap kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Ayob Khan mendedahkan, operasi me­nyerbu sindiket itu telah dibocorkan oleh seorang pegawai seminggu awal menyebabkan suspek utama berjaya lolos.
“Akibat daripada kebocoran itu, dia berjaya memindahkan sejumlah besar wang keluar daripada premis-premis mereka. Kita yakin dia masih berada dalam negara ini walaupun berjaya lari ketika serbuan itu,” katanya

Sumber: K!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/di-mana-mereka-bersembunyi-agaknya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Mana Mana Pihak Boleh Mendakwa Parti Mereka Yang Paling Dominan Itu Politik Lama

Tiada Mana Mana Pihak Boleh Mendakwa Parti Mereka Yang Paling Dominan Itu Politik Lama

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 307 hits
KLANG Tiada mana mana pihak boleh mendakwa parti mereka paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti lain kata Tan Sri Muhyiddin Yasin Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Perdana Menteri...
Kalahkan Pengkhianat Di Mana Sahaja Mereka Bertanding Dr Razali Nawawi

Kalahkan Pengkhianat Di Mana Sahaja Mereka Bertanding Dr Razali Nawawi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 168 hits
POSTED BY AMIR WRLRMenjelang Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin diadakan pada suku ketiga tahun ini mantan Presiden ABIM Prof Dr Razali Nawawi mengingatkan rakyat Malaysia agar bersatu hati mengalahkan pengkhianat dalam rejim Perikatan Na...
Mereka Datang Tanpa Diundang Fosil Gigi Mamalia Di Gua Masoorat Musnah Selepas Kehadiran Kru Produksi Drama

Mereka Datang Tanpa Diundang Fosil Gigi Mamalia Di Gua Masoorat Musnah Selepas Kehadiran Kru Produksi Drama

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 555 hits
Mereka datang tanpa diundang Fosil gigi mamalia di Gua Masoorat musnah selepas kehadiran kru produksi dramaFosil gigi mamalia herbivor yang ditemui di Gua Masoorat Perak kira kira setahun yang lalu dilaporkan telah rosak Pengerusi Persatuan...
Kagum Betul Tengok Kecantikan Wanita Perancis Rupanya Inilah Gaya Hidup Mereka Setiap Hari

Kagum Betul Tengok Kecantikan Wanita Perancis Rupanya Inilah Gaya Hidup Mereka Setiap Hari

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 325 hits
Gadis mahupun wanita Perancis cukup terkenal dengan kecantikan berpenampilan menarik serta memiliki susuk tubuh yang langsing persis supermodel Di sini Nona kongsikan rahsia untuk memiliki bentuk tubuh ideal bak supermodel dengan istilah di...
Selepas Ramai Meneka Dan Mengata Bukan Bukan Akhirnya Pdrm Tampil Beritahu Tujuan Mereka Ke Langkawi

Selepas Ramai Meneka Dan Mengata Bukan Bukan Akhirnya Pdrm Tampil Beritahu Tujuan Mereka Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga yang lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu Berdasarkan permohonan wakil sebuah syarikat pr...
Mereka Pergi Langkawi Atas Urusan Kerja Polis Sahkan Neelofa Haris Bukan Pergi Berbulan Madu

Mereka Pergi Langkawi Atas Urusan Kerja Polis Sahkan Neelofa Haris Bukan Pergi Berbulan Madu

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 606 hits
The ReporterDakwaan yang mengatakan pasangan selebriti Neelofa dan Haris yang baru saja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu dikatakan telah pergi berbulan madu di Langkawi Kedah baru baru ini adalah tidak benar Timbalan Ketua Polis Daer...
Hiburan Jangan Siasat Saya Dan Scha Buka Pelitup Muka Awal Ashaari Kata Mereka Patuh Sop Di Majlis Kahwin Neelofa

Hiburan Jangan Siasat Saya Dan Scha Buka Pelitup Muka Awal Ashaari Kata Mereka Patuh Sop Di Majlis Kahwin Neelofa

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 371 hits
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerusi sebuah hantaran di Instagramnya berharap bahawa dia dan isteri Scha Alyahya tidak dipanggil untuk siasatan selepas kecoh mengenai majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz telah disiasat oleh pihak po...
Eur Usd Pada 30 Mac 2021 Laporan Cot Pergerakan Penurunan Harga Terus Bergerak Menuju Sasaran Mereka Berhampiran 1 1715

Eur Usd Pada 30 Mac 2021 Laporan Cot Pergerakan Penurunan Harga Terus Bergerak Menuju Sasaran Mereka Berhampiran 1 1715

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 341 hits
EUR USD 1HSemalam EUR USD membuat pembalikan penurunan dan meneruskan penurunan harga ke tahap 1 1715 menutup perdagangan di bawah tahap pembetulan 161 8 1 1772 Saluran ke bawah menunjukkan kesinambungan aliran menurun Oleh itu peluang untu...
Mereka Bermatian Untuk Selamatkan Dunia Dalam Trailer The Suicide Squad

Mereka Bermatian Untuk Selamatkan Dunia Dalam Trailer The Suicide Squad

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 286 hits
Selepas lama menunggu akhirnya trailer pertama The Suicide Squad telahpun dilancarkan berserta poster karakter terbaru yang dikongsikan James Gunn menerusi laman Twitter miliknya Trailer R rated itu memaparkan pandangan pertama The Suicide ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash