Di Mana Keberkatan Sahur


 Dimanakah Keberkatan Sahur itu?





======
1. Rasulullah ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:


تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً


“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)


2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah ﷺ menyifakan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiq al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek. Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:


قُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إِضْرَارٍ بِالصَّائِمِ


“(sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.


3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jatidiri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanyna:


إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ


“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)


4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:


فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)


Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?


5. al-Imam Ibn Rajab menukilkan juga beberapa perkara yang menunjukkan akan keberkatan sahur seperti persiapan jiwa kita untuk bangun awal beribadah selain mempersiapkan kita untuk solat subuh berjemaah yang terkandung di dalamnya pahala yang tidak terhitung.


6. Oleh itu kita semua harusnya menyedari bahawa bersahur bukan sekadar makan dan minum tetapi persiapan diri untuk menyempurnakan ibadah puasa, ibadah yang Allah khususkan buat diriNya sendiri seperti yang disebutkan di dalam hadis.


7. Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan di sini:
https://s.shopee.com.my/7KipTIgepN 


Semoga Allah membimbing kita.




Dr. Ahmad Sanusi Azmi
FB: https://www.facebook.com/share/p/1BG6pH1rXW/
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2025/03/di-mana-keberkatan-sahur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 136 hits
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam Semoga bulan yang penuh berkah ini menjadi waktu untuk mendidik jiwa kita meningkatkan amal ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa te...
Ramadan Menyemai Iman Menuai Keberkatan

Ramadan Menyemai Iman Menuai Keberkatan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 190 hits
03 Mac 2025 Isnin Terima kasih buatmu FEBRUARI Moga kita ditemukan lagi pada tahun 2026 nanti Hari ini merupakan hari kedua umat Islam berpuasa dan kali pertama aku memulakan tugas di tempat kerja baru di dalam bulan Ramadan pada tahun ini ...
Sahur 21 Puasa Restoran Orang Kampung

Sahur 21 Puasa Restoran Orang Kampung

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM Pak Inche ajak bersahur di luar pagi ni Sk ingatkan tentulah Pak Inche hendak sahur tosei di Thoufeeq Bistro Sk terus terbayang nak makan Roti Telur Bawang tapi masa nak naik kereta PI tanya nak sahur kat ROK ke ...
Berbuka 19 Puasa Bubur Lambuk Ayam Menu Sahur 20 Puasa

Berbuka 19 Puasa Bubur Lambuk Ayam Menu Sahur 20 Puasa

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum WBT SK ambil cuti kecemasan hari ini Sebenarnya Sk dah keluar pergi kerja macam biasa pagi tadi tapi trafik sesak tak bergerak di susur keluar Taman Pulai Mutiara Teringat ingat semalam mengesot sampai nak masuk highway Sk b...
Sahur 19 Puasa Sup Tulang Merah Roti Perancis

Sahur 19 Puasa Sup Tulang Merah Roti Perancis

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum WBT SELAIN beli Nasi Beriani Kari Kambing untuk berbuka semalam Sk beli jugak Sup Tulang Merah untuk sahur pagi tadi 19 Ramadhan 1446H Jadi tujuan ke Maslee tu selain nak beli nenas Sk nak beli jugak roti Perancis untuk maka...
Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 112 hits
Ramadan adalah bulan penuh keberkatan bagi umat Islam bukan hanya kerana kewajipan berpuasa tetapi juga sebagai peluang untuk meraih pahala dan mendekatkan diri kepada Allah Setiap amal kebaikan digandakan ganjarannya dan doa yang dipohon l...
Mana Yang Baru Berkahwin Atau Sedang Mencari Rumah Mewah Dengan Harga Berpatutan The Fenn

Mana Yang Baru Berkahwin Atau Sedang Mencari Rumah Mewah Dengan Harga Berpatutan The Fenn

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 142 hits
Mana yang baru kahwin atau tengah cari rumah mewah dengan harga rahmah The Fennel Sentul East adalah pilihan tepat Hanya RM1600 sahaja untuk sewa bulanan bagi kondo bare unit ni tau Bila tambah je RM1700 lagi korang boleh diami kondo mewah ...
Dihukum Sebab Tak Nak Membazir Di Mana Akal Tv Ppim 05 03 2025

Dihukum Sebab Tak Nak Membazir Di Mana Akal Tv Ppim 05 03 2025

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 157 hits
Dihukum Sebab Tak Nak Membazir Di Mana Akal Bayangkan makanan yang masih elok masih sedap tapi berakhir di tong sampah Seorang pekerja hotel ditangkap kerana cuba selamatkan makanan untuk keluarganya Apa dosanya Cuma tak sanggup tengok maka...
Mana Mana Bangsa Hina Agama Tangkap Sosma Baru Betul Penguatkuasaan Harus Kuat

Mana Mana Bangsa Hina Agama Tangkap Sosma Baru Betul Penguatkuasaan Harus Kuat

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 146 hits
kualalumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Manchis Pahang semalam
Lelaki Mengamuk Tersungkur Ditembak Pengawal Keselamatan

Not Forgiving Bumiputera Activists Demand Editors Firing Over Flag Mistake In Malay Newspaper

Hadits Arbain Nawawi 13 Ukhuwah Islamiyah

Pos Malaysia Ceo Comment Sparks Backlash

Memahami Mekanisme Perdagangan Forex Dan Gold

Controversy Erupts Pos Malaysia Ceo S Response To Uniform Criticism Under Fire

Polis Cari Pembeli Kia Sonata Bgk2338

Legoland Malaysia Resort Bersinar Meriah Dengan Warna Warni Raya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Read This To Vary How You Run24

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Awdella Sia Sia Chord

Berat Turun Masa Bulan Puasa

28 Studio Kl Kopi Seni Komuniti Dalam Satu Ruang

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16