Di Luar Negara Menteri Gagal Dipecat Bukan Potong Gaji




Di luar negara menteri gagal dipecat, bukan potong gajiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 28, 2022
ShareSendaan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Datuk Seri Annuar Musa ke atas desakan rakyat agar gaji menteri dipotong kerana gagal mengawal inflasi dengan berkata “tidak ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas memotong gaji menteri” dibalas ungkapan keras Timbalam Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini.
Menurut Rafizi, sendaan Annuar itu menunjukkan sama ada sifat bongkak beliau sebagai Pengerusi Pasukan Khas “Jihad Tangani Inflasi” atau beliau terlalai bahawa layanan ke atas menteri yang gagal di negara lain lebih buruk daripada sekadar potong gaji.
“Beliau lupa di negara-negara lain, layanan kepada Menteri-menteri yang gagal menguruskan ekonomi sehingga menyusahkan rakyat adalah lebih keras dari potongan gaji. Ada yang dipecat, ada yang didakwa, ada yang dipenjarakan.
“Oleh itu, desakan agar Menteri mengambil potongan gaji bukanlah untuk mengurangkan harga barang. Ia perlambangan hasrat rakyat kebanyakan mengenai beberapa perkara berhubung kemelut kenaikan harga barang ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Mantan Ahli Parlimen Pandan itu berharap rakyat akan terus mendesak agar Menteri dipotong gaji sehinggalah inflasi berjaya diturunkan.
Tanpa desakan sedemikian, katanya, Menteri akan lalai dan leka sehingga mengambil amsa yang terlalu lama untuk bertindak menyelesaikan sesuatu isu.
“Saya harap lebih ramai pimpinan masyarakat dan orang ramai meneruskan desakan agar Menteri mengambil potongan gaji untuk membentak kembali keangkuhan menteri seperti Annuar Musa ini.
“Jika tidak, mereka hanya akan mempengerusikan jawatankuasa demi jawatankuasa yang mengambil berbulan lamanya sebelum sesuatu keputusan konkrit dibuat. Setelah satu keputusan diambil, berbulan pula masa yang diperlukan untuk melaksanakan keputusan. Apabila keputusan hendak dilaksanakan, jawatankuasa yang lain pula ditubuhkan untuk mengkaji masalah yang sama.
“Kegilaan ini perlu dihentikan. Hanya melalui desakan rakyat yang kena kepada poket Menteri, barulah mereka berasa keutamaan untuk mengambil tindakan dengan segera,” katanya.
Di samping itu, Rafizi juga menjustifikasikan desakan potongan gaji oleh rakyat itu sebagai satu isyarat bahawa Menteri telah gagal menjalankan tugas menguruskan ekonomi sehinga harga barang melambung.
Juga ketidakpekaan mereka kepada kepayahan yang dialami rakyat dan ianya satu bentuk solidariti bersama-sama rakyat.
Potongan gaji juga kata Rafizi akan menghantar isyarat bahawa Menteri juga tidak terkecuali daripada penjimatan yang diarahkan kepada penjawat-penjawat awam. Tiada guna jika peruntukan awam dipotong tetapi menteri-menteri tetap menikmati kemewahan yang sama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/di-luar-negara-menteri-gagal-dipecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Selepas Potong Gaji Menteri Annuar

Ada Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Selepas Potong Gaji Menteri Annuar

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 411 hits
Ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas potong gaji menteri AnnuarFoto MalaysiaNowTidak dinafikan di media sosial ramai yang mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan sekali gus wa...
Potong Gaji Menteri Kerana Gagal Bukan Untuk Kawal Inflasi Rafizi

Potong Gaji Menteri Kerana Gagal Bukan Untuk Kawal Inflasi Rafizi

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 197 hits
Dari Rafizi Ramli 27 Julai 2022 POTONG GAJI MENTERI KERANA GAGAL BUKAN UNTUK KAWAL INFLASI Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang memperlekehkan desakan agar gaji menteri dipotong akibat krisis kenai...
Potong Gaji Menteri Sebagai Tanda Prihatin Kesusahan Rakyat Bukannya Semakin Bongkak

Potong Gaji Menteri Sebagai Tanda Prihatin Kesusahan Rakyat Bukannya Semakin Bongkak

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 255 hits
Bongkak Begitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menanggapi Annuar Musa selepas pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berhujah mengenai isu memotong gaji menteri Gambar hiasan Kata Rafizi walaupun Annuar berpendapat tiada negara yan...
Saiz Kabinet Xl Prestasi Teruk Tuntutan Anak Muda Potong Gaji Menteri Wajar Sebagai Hukuman

Saiz Kabinet Xl Prestasi Teruk Tuntutan Anak Muda Potong Gaji Menteri Wajar Sebagai Hukuman

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 232 hits
By MOHD ALI HASHIM July 27 2022 Saiz kabinet Malaysia dikatakan yang terbesar apatah lagi prestasi menteri menteri pula tidak memuaskan dan teruk justeru tuntutan daripada anak muda agar memotong gaji menteri adalah wajar sebagai satu hukum...
Surat Tommy Thomas Punca Keputusan Ancam Aset Malaysia Di Luar Negara

Surat Tommy Thomas Punca Keputusan Ancam Aset Malaysia Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 404 hits
Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut Surat bekas peguam negara Tommy Thomas kepada peguam yang dilantik oleh pihak ya...
Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 259 hits
Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan Kerajaan digesa untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara memandangkan bekalan sudah pulih di pasaran selain pengeluaran melebihi permintaan Jurucakap sebuah
Naik Gaji Boleh Bina Jambatan Untuk Rakyat Tak Boleh Netizen Selar Kerajaan Sabah Gagal Sediakan Kemudahan Untuk Rakyat

Naik Gaji Boleh Bina Jambatan Untuk Rakyat Tak Boleh Netizen Selar Kerajaan Sabah Gagal Sediakan Kemudahan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 284 hits
Tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan murid sekolah yang lengkap berpakaian seragam dilihat berusaha menyeberangi sungai untuk menghadirkan diri ke sekolah Lapor Sinar Harian kejadian itu dipercayai berlaku di Pitas Sabah dan d...
Gadis Ada Ijazah Bidang Kimia Kerja Di Kfc Netizen Luah Kerisauan Negara Kita Gagal

Gadis Ada Ijazah Bidang Kimia Kerja Di Kfc Netizen Luah Kerisauan Negara Kita Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 172 hits
Kita sering dengar orang orang dewasa dan juga berpengalaman menyarankan para belia serta mereka yang mempunyai kelulusan tinggi untuk tidak memilih dalam sektor pekerjaan Dengan tawaran kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari sangat ter...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto