Potong Gaji Menteri Kerana Gagal Bukan Untuk Kawal Inflasi Rafizi


 




Dari Rafizi Ramli

27 Julai 2022

POTONG GAJI MENTERI KERANA GAGAL, BUKAN UNTUK KAWAL INFLASI

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Pasukan Khas “Jihad Tangani Inflasi” yang memperlekehkan desakan agar gaji menteri dipotong akibat krisis kenaikan harga barang adalah bongkak.

Beliau membentak gesaan itu dengan menuduh kononnya itu satu permainan politik kerana “tidak ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas memotong gaji menteri”.

Beliau lupa bahawa di negara-negara lain, layanan kepada menteri-menteri yang gagal menguruskan ekonomi sehingga menyusahkan rakyat adalah lebih keras dari potongan gaji. Ada yang dipecat, ada yang didakwa, ada yang dipenjarakan.

Oleh itu, desakan agar menteri-menteri mengambil potongan gaji bukanlah untuk mengurangkan harga barang. Ia perlambangan hasrat rakyat kebanyakan mengenai beberapa perkara berhubung kemelut kenaikan harga barang sekarang:

1. Potongan gaji menteri adalah satu isyarat dari rakyat bahawa menteri-menteri telah gagal menjalankan tugas menguruskan ekonomi sehingga kenaikan harga tidak terkawal dan menekan rakyat

2. Potongan gaji menteri memaklumkan rakyat bahawa menteri-menteri sensitif kepada kepayahan yang dialami rakyat dan ia satu bentuk solidariti bersama-sama rakyat

3. Potongan gaji menteri menghantar isyarat bahawa menteri-menteri juga tidak terkecuali dari penjimatan yang diarahkan kepada penjawat-penjawat awam, jika tidak peruntukan awam dipotong tetapi menteri-menteri tetap menikmati kemewahan yang sama

Saya berharap lebih ramai pimpinan masyarakat dan orang ramai meneruskan desakan agar menteri-menteri mengambil potongan gaji untuk membentak kembali keangkuhan menteri seperti Annuar Musa ini.

Jika tidak, mereka hanya akan mempengerusikan jawatankuasa demi jawatankuasa yang mengambil berbulan lama sebelum sesuatu keputusan konkrit diambil. Setelah satu keputusan diambil, berbulan pula masa yang diperlukan untuk melaksanakan keputusan. Apabila keputusan hendak dilaksanakan, jawatankuasa yang lain pula ditubuhkan untuk mengkaji masalah yang sama.

Kegilaan ini perlu dihentikan. Hanya melalui desakan rakyat yang kena kepada poket menteri-menteri, barulah mereka berasa keutamaan (“urgency”) untuk mengambil tindakan dengan lebih cepat.

RAFIZI RAMLI

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/potong-gaji-menteri-kerana-gagal-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Selepas Potong Gaji Menteri Annuar

Ada Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Selepas Potong Gaji Menteri Annuar

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 391 hits
Ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas potong gaji menteri AnnuarFoto MalaysiaNowTidak dinafikan di media sosial ramai yang mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan sekali gus wa...
Di Luar Negara Menteri Gagal Dipecat Bukan Potong Gaji

Di Luar Negara Menteri Gagal Dipecat Bukan Potong Gaji

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 243 hits
Di luar negara menteri gagal dipecat bukan potong gajiPosted By on July 28 2022Sendaan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Datuk Seri Annuar Musa ke atas desakan rakyat agar gaji menteri dipotong kerana gagal mengawal inflasi dengan berka...
Saiz Kabinet Xl Prestasi Teruk Tuntutan Anak Muda Potong Gaji Menteri Wajar Sebagai Hukuman

Saiz Kabinet Xl Prestasi Teruk Tuntutan Anak Muda Potong Gaji Menteri Wajar Sebagai Hukuman

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 221 hits
By MOHD ALI HASHIM July 27 2022 Saiz kabinet Malaysia dikatakan yang terbesar apatah lagi prestasi menteri menteri pula tidak memuaskan dan teruk justeru tuntutan daripada anak muda agar memotong gaji menteri adalah wajar sebagai satu hukum...
Potong Gaji Menteri Sebagai Tanda Prihatin Kesusahan Rakyat Bukannya Semakin Bongkak

Potong Gaji Menteri Sebagai Tanda Prihatin Kesusahan Rakyat Bukannya Semakin Bongkak

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 242 hits
Bongkak Begitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menanggapi Annuar Musa selepas pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berhujah mengenai isu memotong gaji menteri Gambar hiasan Kata Rafizi walaupun Annuar berpendapat tiada negara yan...
Kenaikan Tak Terlalu Berat Hanya Rm5 6 Juta Setahun Usul Naik Gaji Ketua Menteri Adun Sabah Diluluskan

Kenaikan Tak Terlalu Berat Hanya Rm5 6 Juta Setahun Usul Naik Gaji Ketua Menteri Adun Sabah Diluluskan

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 215 hits
Di kala rakyat sedang bergelut dengan krisis kenaikan harga barang keperluan Dewangan Undangan Negeri Sabah dilaporkan telah meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri Ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota pentadbiran negeri yang...
Ajal 3 Sahabat Maut Motosikal Bertembung Kereta Yang Dipercayai Gagal Potong Kenderaan Lain

Ajal 3 Sahabat Maut Motosikal Bertembung Kereta Yang Dipercayai Gagal Potong Kenderaan Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 246 hits
DUNGUN 1 Ogos Tiga rakan karib maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer 80 Jalan Jerangau Jabor di Bukit Besi dekat sini semalam Ketua Polis Daer...
Tak Perlu Ambil Tempoh Lama Untuk Justifikasi Rafizi Gagal Atau Tidak

Tak Perlu Ambil Tempoh Lama Untuk Justifikasi Rafizi Gagal Atau Tidak

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 211 hits
Jika dia berjaya PKR akan sapu bersih kerusi di PRU15 Cuma sedikit kekecohan di minit akhir samada dia atau Anwar yang akan DIPILIH menjadi PM Ukuran gagal atau berjaya Rafizi ditentukan pada Ogos ini Adakah dia akan hantar Najib ke penjara...
Takut Gaji Kena Potong Ka Bhai

Takut Gaji Kena Potong Ka Bhai

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 169 hits
Don t play politics selar Annuar Musa bila ada yang mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi menghadapi inflasi Menurutnya memotong gaji menteri tak cukup membantu Berapa sangat pun Aku tak nafikan Kalau gaji semua menteri dipotong tak ...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mau Urus Sertifikat Tanah Ini Dia Cara Daftar Sertifikat Elektronik

Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh

Singgah Bamboo Cafe Kat Simpang Lima Parit Sulong Batu Pahat

Anak Demam Berulang