Di Hari Raya Mak Wan Ubati Gelandangan Di Chow Kit


 
Membesar sebagai gelandangan sejak usia 11 tahun, Wan Kamariah tidak ingin membiarkan mereka beraya keseorangan.KUALA LUMPUR: Raya bersama orang tersayang sering membawa maksud meraikan Aidil fitri bersama ahli keluarga dan sanak saudara.
Namun lain bagi Wan Kamariah Daud, 71. Beliau meraikan 1 Syawal dengan gelandangan di Chow Kit – termasuk yang sakit berkudis dan menghidap HIV atau terbiar oleh ahli keluarga.
Untuk aktivis warga emas ini, merekalah ‘orang tersayang’ untuk bersama meraikan Aidilfitri pertama.
“Mak Wan lebih suka beraya di sini. Pagi raya masak di rumah, saya ajak mereka makan,” katanya kepada FMT. Menu tahun ini barangkali nasi dagang, tambahnya.
Sejak lebih 15 tahun lalu, Kamariah menyantuni gelandangan. Sekarang beliau bergiat dengan Warung Makan Sahabat, sebuah pusat komuniti untuk gelandangan yang diwujudkan oleh Yayasan Amal Malaysia pada 2020.
Beraya dengan gelandangan perkara lazim dalam hidup Kamariah, yang hidup sebagai gelandangan selepas pemenjaraan suaminya. Wanita ini, yang membesar dalam keluarga angkat dikahwinkan dengan lelaki pilihan mereka pada usia sekecil 11 tahun, lalu dibawa ke Kuala Lumpur.
Kamariah bergelut untuk hidup selepas lelaki itu ditahan kerana mengedar dadah, dua bulan selepas beliau menjejak kaki di ibu kota, lalu dihukum gantung sampai mati.
“Sudah 40 tahun lebih raya dengan gelandangan. Kalau tak raya dengan gelandangan, raya dekat penjara atau pusat pemulihan,” tambahnya.
Sambil memberi makan, Kamariah akan membantu gelandangan mengambil ubat yang doktor berikan atau mencari mereka untuk menyapu ubat pada kudis, lagi-lagi mereka yang menyuntik bahan terlarang dalam tubuh.
Hampir setiap hari Wan Kamariah mencari gelandangan untuk diberikan ubat.“Mak Wan sapu ubat pada kudis…ada yang bernanah di bahagian suntikan. Kadang-kala bantu mandikan mereka kerana kasihan tengok terlantar dengan najis yang tidak dibasuh,” katanya.
Kamariah juga membawa mereka ke hospital. Kebanyakan yang dibantu menghidap HIV, hepatitis C (jangkitan hati), atau tuberkulosis (batuk kering).
“Mereka ini susah nak makan ubat sebab bagi alasan tidak sakit. Tetapi kalau sakit mereka datang ke rumah saya walau 3 atau 4 pagi dan minta ubat.”
Beliau melakukannya hampir setiap hari, didorong oleh pengalaman hitam peribadi. Kamariah pernah berada di situasi hampir sama, suatu ketika dulu ketika terjebak dengan penagihan dadah, mengalas perut dangan sisa makanan orang lain.
Oleh itu, beliau amat faham apabila orang yang ingin dibantu memandangnya dengan curiga, hinggakan pernah diludah atau dibaling batu.
“Kita terpaksa terima sebab kita berhadapan dengan komuniti sebegini. Ada orang tak waras, orang tertekan. Kadang-kadang kita cakap baik-baik dia baling batu dekat kita, tapi itu semua tak jadi penghalang,” katanya.
Wan Kamariah mengedarkan makanan di Warung Makan Sahabat kepada gelandangan dan yang memerlukan.Di Warung Makan Sahabat, Kamariah dibantu oleh Harun Abu Bakar, Maryam Salwany, dan Muhamad Syafiq Husni Zain mengagihkan lebih 300 pek makanan setiap hari. Pusat itu juga menyediakan bantuan kaunseling dan kelas mengaji al-Quran untuk golongan yang memerlukannya.
“Mak Wan juga buat kuih yang hasil jualan digunakan untuk masak makanan dan hantar ke lorong-lorong ada gelandangan,” katanya.
Kamariah percaya setiap insan harus diberi peluang kedua. Keluarganya menerima Kamariah kembali selepas beliau pulih daripada penagihan dadah dan insaf. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini beliau pulang untuk beraya di Kelantan.
Meskipun usianya semakin lanjut, Kamariah tekad untuk terus membantu gelandangan di Chow Kit.
“Selagi diperlukan Mak Wan akan terus bantu kerana di sinilah saya pernah tumbang dan bangkit semula’,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/di-hari-raya-mak-wan-ubati-gelandangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Raya Lebih Meriah Bersama Kyochon

Sambutan Hari Raya Lebih Meriah Bersama Kyochon

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 282 hits
Makan Selfie Menang bersama KyoChon 1991 Sambutan Hari Raya Aidilfitri cukup sinonim dengan amalan ziarah menziarahi maaf bermaafan dan semestinya beramai ramai menikmati pelbagai hidangan serta juadah menarik Pada tahun ini bawakan suatu k...
10 Amalan Sunat Hari Raya Cara Nabi

10 Amalan Sunat Hari Raya Cara Nabi

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 293 hits
10 amalan sunat hari raya cara nabi 1 Syawal Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Apakah amalan sunat Hari Raya Aidilfitiri iluvislam mahu berkongsi amalan amalan sunat hari raya Hasil daripada rujukan kepada beberapa sumber Bagi ...
Ucapan Selamat Hari Raya 2023 1444h Bukan Sekadar Maaf Zahir Dan Batin

Ucapan Selamat Hari Raya 2023 1444h Bukan Sekadar Maaf Zahir Dan Batin

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 591 hits
Umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal 1444H tahun 2023M pada hari Sabtu 22 April Bersempena dengan ketibaan hari Raya Puasa ucapan atau pantun SMS Whatsapp Selamat Hari Raya paling banyak dicari oleh orang ramai untuk dihantar ke r...
Hari Raya Aidilfitri Falls On Saturday

Hari Raya Aidilfitri Falls On Saturday

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 312 hits
Muslims in Malaysia will celebrate Hari Raya Aidilfitri on Saturday This means there will be an additional public holiday tomorrow More to follow Mkini
How To Get Cheaper Hari Raya Flight Tickets

How To Get Cheaper Hari Raya Flight Tickets

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 275 hits
High flight tickets for Hari Raya If the government can fix prices for various foods petrol and even bus fares why can t it control air ticket prices This has become a political issue with a very public spat between the former and current t...
Rezeki Hari Raya Kali Ni Lebih Meriah

Rezeki Hari Raya Kali Ni Lebih Meriah

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 281 hits
REZEKI HARI RAYA KALI NI LEBIH MERIAH Alhamdulillah untuk rezeki tahun ni dapat hamper dari hotel hotel yang umi pernah bekerjasama dengan mereka Sangat bersyukur atas rezeki yang umi dapat tahun ni Yelah mungkin mereka berterima kasih kera...
Pemudik Motor Hingga Bajaj Padati Jalan Raya Kalimalang Di Malam Hari

Pemudik Motor Hingga Bajaj Padati Jalan Raya Kalimalang Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 235 hits
Pemudik Motor Hingga Bajaj Padati Jalan Raya Kalimalang di Malam Hari Memasuki puncak arus mudik jalur arteri Kalimalang mulai dipadati oleh para pemudik sepeda motor hingga bajaj Kepadatan kendaraan roda dua mulai terlihat sejak pukul 20 0...
Jakim Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah Sendirian

Jakim Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah Sendirian

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 873 hits
PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI JAKIM Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali ...
Takbir Hari Raya Aidilfitri Lafaz Maksud Panduan

Takbir Hari Raya Aidilfitri Lafaz Maksud Panduan

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 615 hits
Takbir Raya merupakan cara untuk kita mengagungkan dan membesarkan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kepadanya setelah berjaya menunaikan ibadah berpuasa sebulan lamanya dalam bulan Ramadan Pengenalan Takbir Hari Raya Aidilfitri Sambutan h...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Kelebihan Dan Faedah Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional

Top Ways To Monetize Your Domains

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Enau Bersamaku Akan Sedikit Susah Chord

Ipank Kau Duakan Aku Chord

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers