Di Bawah Teduhan Kisah Kisah Al Quran



Judul : DI BAWAH TEDUHAN KISAH-KISAH AL-QURANPenulis : Syaari Ab RahmanPenerbit : Paradigma IbrahTahun terbit : Cetakan Ketujuh September 2020Jumlah halaman : 322Harga : RM36
Naskhah Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran ini selesai saya tekuni pada penghujung tahun 2021 lalu. Agak lama juga untuk saya menghabiskan bacaan, kerana ia bukanlah bacaan santai sebaliknya memerlukan kita fokus, faham dan fikir. Berfikir tentang apa yang disampaikan oleh penulis dan mengaitkannya dengan kehidupan hari ini

Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa kisah-kisah di dalam al-Quran hanyalah sekadar kisah sejarah. Tetapi menerusi buku ini penulis membawakan kepada kita keindahan setiap kisah di dalam al-Quran dan menegaskan bahawa kisah-kisahnya di dalamnya bukanlah sekadar satu kisah sejarah. Ibrah (pelajaran) daripada kisah-kisah di dalam al-Quran merupakan petunjuk untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia. 

Antara Isi Penting :Seluruh buku ini mengandungi ilmu dan sudah tentu banyak isi penting. Saya catatkan sebahagian ringkasan isi penting di sini sebagai rujukan sendiri dan juga perkongsian untuk semua

1. Al-Quran tidak menceritakan secara terperinci kisah para nabi, tetapi sebahagian sahaja iaitu pada inti pati dan maklumat penting untuk diambil pelajaran
2. Kisah di dalam al-Quran tidak disampaikan mengikut kronologi, malah terdapat kepelbagaian gaya penceritaan. Ia bukan kebetulan, tetapi bertujuan supaya kita hamba-Nya mengkaji hikmah terjadinya demikian
3. Terdapat dua mukjizat apabila kisah-kisah al-Quran mendiamkan pelaku sebenar, lokasi sebenar atau masa kejadian sebenar. Pertama, mukjizat ilmiah. Kedua, mukjizat bahasa dan sastera
4. Al-Quran menggunakan kisah sejarah yang benar untuk membenihkan hidayah kepada manusia hingga hari kiamat
5. Antara ibrah kisah Nabi Ibrahim AS menghadapi raja kafir (al-Baqarah, ayat 258) :Menunjukkan sentiasa akan ada penentang ajaran tauhid pada mana-mana zaman.Cara berdebat dengan sasaran dakwah perlulah berhikmah untuk menjinakkan hati dan akal mereka, bukan mengikut rentak lawan.6. Antara ibrah kisah lelaki yang dimatikan selama 100 tahun (al-Baqarah, ayat 259) :Seorang mukmin apabila melihat kejadian alam mestilah berfikir dan merenung persoalan “bagaimana”. Sifat ingin tahu yang mendalam akan mengukuhkan keimanan kepada Allah.Kita mesti meyakini bahawa Allah ada perencanaan untuk “menghidupkan” semula umat Islam sekarang daripada “kematian”.Cara Allah mendidik manusia ialah dengan perlahan-lahan tanpa kejutan, juga dengan santun meraikan aspek psikologi ketika melakukan perubahan.7. Antara ibrah respon Allah dalam ucapan ibu Maryam (Ali Imran, ayat 36) :Manusia tidak pernah mengetahui hikmah berlakunya sesuatu takdir Ilahi disebalik apa yang disangkanya musibah.8. Surah al-Nisa ayat 157 merupakan ujian buat kita sejauh mana kita mengutamakan tafsiran para sahabat berbanding tafsiran selain mereka
Hawariyyun dikatakan mengkhianati Nabi Isa. Sedangkan Hawariyyun kerap dipuji keimanan mereka di dalam al-Quran menerusi beberapa surah.9. Islam adalah agama yang mementingkan syariat (perbuatan yang diperintahkan) dan tujuan syariat (hikmah perbuatan itu diperintahkan). Ini dapat dilihat antaranya menerusi hubungan ayat 22 dengan ayat 26, surah al-A’raf berkenaan pakaian taqwa
10. Ibrah surah Yusuf ayat 21, manusia perlu percaya bahawa Allah sentiasa ada rencana yang lebih baik untuk kita ketika kita mengeluh atas apa yang menimpa kita

Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran
11. Ibrah surah Yusuf ayat 23, Allah mendidik semua lelaki dan wanita agar berjaga-jaga dengan perangkap penzinaan dan pentingnya berdoa memohon kekuatan memelihara diri dari fitnah penzinaan
12. Ibrah surah Yusuf ayat 36 - 37 berkenaan cara berdakwah :Berdakwah melalui akhlak baik.Senyuman ikhlas.Panggilan nama yang empatik dan penuh kasih sayang.Menggunakan bakat anugerah untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan, bukan digunakan untuk mencipta pengaruh peribadi.Mengemukakan soalan-soalan logik sebagai cara memasukkan tauhid ke dalam jiwa sasaran dakwah.Jangan berharap sasaran dakwah terus berubah dengan dakwah kita, perubahan hati ditentukan oleh Allah.13. Ibrah surah Yusuf ayat 39 - 40, Nabi Yusuf memudahkan kefahaman tauhid dengan membuat perbandingan berkenaan tuhan yang ramai dengan Tuhan Yang Esa lagi Maha Berkuasa
14. Kita sibuk membahaskan hal yang didiamkan Allah di dalam al-Quran, sedangkan kita lupa membahaskan hal yang terang disebut oleh Allah. Contoh : Kita sibuk mencari berapa orang sebenarnya pemuda al-Kahfi, di mana lokasi gua, apakah nama dan warna anjing Ashabul Kahfi. Tetapi kita belum tadabbur apakah hikmah Allah merakamkan anjing tersebut memelihara keselamatan pemuda Ashabul Kahfi. Al-Quran mendidik kita agar fokus dan memahami prioriti ilmu
15. Ibrah surah Al-Naml ayat 18 :4 elemen komunikasi bersifat arahan iaitu pujuk rayu (arahan dengan rasa kasih sayang, bukan bengis/menunjuk kuasa), ketegasan arahan, rasionalisasi (jelaskan rasional arahan yang dikeluarkan) dan timbulkan sangka baik.16. Ibrah surah Yasin ayat 20 - berhentilah menangisi realiti umat, sebaliknya lakukanlah sesuatu dengan proaktif tanpa memberi alasan atau menuding jari. Allah melihat ikhtiar kita, bukan sejauh mana hasil ikhtiar kita. Fokus pada apa yang ada dalam kawalan kita sahaja
17. Antara hikmah kisah-kisah al-Quran dipaparkan dalam bentuk dialog :Membuktikan kekuasaan Allah Yang Maha Mendengar semasa peristiwa itu berlaku. Allah mampu membongkarkan apa yang ada dalam hati para pelaku kisah itu, sama ada yang soleh atau toleh.Agar kisah yang disampaikan itu hidup dan menghidupkan hati yang mati.18. Ilmu Munasabah :Ilmu Munasabah ialah ilmu untuk mengenal pasti rahsia-rahsia di sebalik hubungan antara sesuatu ayat dengan ayat atau sesuatu surah dengan surah yang dapat diterima akal bagi mencapai tujuan membuktikan kemukjizatan al-Quran atas mereka yang meragui kedudukannya sebagai wahyu daripada Allah SWT.Dua asas yang melahirkan Ilmu Munasabah - Pertama, Nabi SAW tidak pernah menjelaskan mengapa sesuatu wahyu yang baru diterima olehnya diletakkan dalam sesuatu surah. Kedua, al-Quran adalah kitab mukjizat yang memiliki kandungan yang saling berkait dengan utuh antara semua unsur-unsurnya sebagai sebuah kesatuan.
Tambah menarik, buku ini turut menyertakan 18 doa para anbiya (beserta keterangan surah/ayat/nama nabi/konteks/ibrah) yang boleh diamalkan oleh kita. Penulis turut memasukkan artikel khas pasca pandemik COVID-19 dan juga lampiran istimewa jadual perbandingan yang indah antara kisah Nabi Yusuf dengan Nabi Musa.
Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran, bacaan permulaan yang baik untuk orang awam memahami keindahan kisah-kisah al-Quran sekaligus menimbulkan kecintaan dan debaran kepada ayat-ayat Allah. Laras bahasa yang digunakan juga InsyaAllah tidak sukar difahami. Tahniah dan terima kasih kepada penulis kerana berjaya menghasilkan penulisan yang begitu bagus dan seronok dibaca


“Hidup ialah proses pembelajaran membaiki diri dengan kefahaman yang lebih baik terhadap Kitabullah. Ia proses yang berterusan hingga diri bertemu Tuhan.”- Syaari Ab Rahman, Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/01/di-bawah-teduhan-kisah-kisah-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun

Baju Sekolah Lengan Pendek Jadi Lengan Panjang Labuh Bawah Lutut Guru Kongsi Kisah Dvka Murid Dia Bagus Tak Segan Pun

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 934 hits
PERANAN seorang guru tidak terhad kepada tugas mendidik semata mata sebaliknya golongan ini juga menjadi ibu bapa kedua kepada pelajar ketika di sekolah Maka tidak hairanlah para guru melayani anak murid tidak ubah seperti anak sendiri Sebu...
Kisah Awal Profiler Jenayah Di Korea Through The Darkness Mula Dengan Rating Baik

Kisah Awal Profiler Jenayah Di Korea Through The Darkness Mula Dengan Rating Baik

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 251 hits
K Drama mengisahkan jenayah psikologi jaranglah mengecewakan Sama seperti Through The Darkness sahaja ditayangkan kelmarin Sinopsis Berlatarbelakangkan lewat tahun 90 an drama ini membawa kisah mengenai profiler jenayah pertama di Korea yan...
Kisah Peguam Pak Man Telo

Kisah Peguam Pak Man Telo

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 177 hits
DIADAPTASIKAN DARI KISAH BENAR YANG PERNAH TERJADI SUATU KETIKA DAHULU APABILA PENGUASA YANG MENUNGGANG BADAN PENCEGAHAN RASUAH TELAH MENGGUNAKAN KEDUDUKAN UNTUK DIRI SENDIRI NAMUN KERAJAAN YANG DIBINA HASIL MENCURI MANDAT RAKYAT DALAM SEBU...
Lontong Kering Dan Kisah Kucing Bertanduk

Lontong Kering Dan Kisah Kucing Bertanduk

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum HARI ini Iman masuk ke pejabat Minggu lepas bos bagi cuti hari Jumaat untuk menggantikan cuti hari Ahad Cuma belum sempat lagi nak cerita aktiviti hari Jumaat Disebabkan hari ini Iman perlu masuk pejabat pukul 8 pagi Sk juga...
Karyawan Ob Dr Tirta Ternyata Lulusan Sarjana Ada Kisah Menarik

Karyawan Ob Dr Tirta Ternyata Lulusan Sarjana Ada Kisah Menarik

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 183 hits
Tak malu menjadi OB meski lulusan hukum dan ekonomi dr Tirta merasa tertampar dengan perjuangan karyawannya untuk menggapai impiannya
Kisah Kisah Viral

Kisah Kisah Viral

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 227 hits
Sangat menarik macamana media memainkan peranan dalam memainkan isu Baru baru isu curi duit tabung masjid dan dimandikan sebagai jenazah Media menyediakan kepada khalayak satu sisi yang membangkitkan emosi kepada pelaku Namun sudut mereka y...
Plot Twist Kisah Budak Curi Dan Kena Siram

Plot Twist Kisah Budak Curi Dan Kena Siram

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 152 hits
Plot twist Budak yang mencuri tabung masjid tu rupanya memang bermasalah dan pengguna syabu Datuknya sendiri yang suruh AJK surau lapor polis Ok Aku akui terkhilaf bersimpati kepada remaja itu berdasarkan kenyataan peguamnya Tapi itu tak me...
Kisah Yb Suruh Rakyat Ambil Tahi Lembu Jadi Baja

Kisah Yb Suruh Rakyat Ambil Tahi Lembu Jadi Baja

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 129 hits
DI ADAPTASI KISAH TAHUN 80AN MENGENAI SIKAP YB YANG BOLEH LAH DIKATAKAN SAMA SEJAK DULU KINI DAN SELAMANYA YANG MENYOKONG JUGA MENJADI BAHLOL KERANA MENJADI PECACAI TAK GUNA SEDUIT AKHIRNYA PENYOKONG MENJADI CALON MENENTANG YB BERKENAAN DIA...
Kisah Inspirasi Berhenti Pramugari Adik Beradik Wawawien Ini Bangkit Dari Struggle

Kisah Inspirasi Berhenti Pramugari Adik Beradik Wawawien Ini Bangkit Dari Struggle

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 268 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDua beradik berasal dari Kedah ini berkongsi minat dan kepayahan sama dalam hidup Namun benar setiap kesukaran dan pergelutan itu mematangkan diri Kisah Maizatulnazwa Mohd Zulkifli 34 dan adiknya Nurul Naz...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu