Dharshini Cemerlang Ujian Tassawur Islam



Kuala Lumpur: Biarpun bukan beragama Islam, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak mengambil Tassawur Islam sebagai subjek elektif untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Januari depan.
Menariknya, M Dharshini yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu konsisten mendapat keputusan cemerlang iaitu gred A+ dan A- setiap kali menduduki ujian bagi subjek berkenaan.
Menurutnya, dia mengambil subjek berkenaan sejak tahun lalu dan menjadi satu-satunya calon bukan Muslim di sekolahnya bakal menduduki Tasawwur Islam untuk SPM 2020.
Selain menambah pengetahuan, Dharshini berkata, alasan lain dia mengambil subjek itu adalah kerana mahu memenuhi hasrat ibunya yang mahu dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPTA) tidak jauh daripada rumah mereka di Taman Air Panas, di sini
“Saya bercadang menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan kebetulan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang paling hampir dengan rumah.
“Memandangkan saya bercadang memohon menyambung pengajian di situ, saya pilih Tasawwur Islam sebagai subjek elektif dengan harapan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, tiada kelas diadakan untuk pelajar yang mengambil Tasawwur Islam sebagai subjek elektif kerana pertembungan jadual harian.
“Saya tiada pilihan kecuali belajar sendiri dengan merujuk pada modul diberi pihak sekolah.
“Kebiasaannya, saya akan memberi lebih tumpuan untuk menelaah modul itu sehari sebelum ujian atau peperiksaan akhir tahun.
“Pada awalnya, agak sukar untuk memahami, mengingati dan membezakan misalnya antara nabi dan rasul tetapi kini saya sudah mengerti.
“Biarpun tiada guru untuk bertanya, modul diberi sebagai panduan itu sudah lengkap jadi tiada masalah untuk saya menelaah walaupun pada saat akhir. Setakat ini, saya dapat mengekalkan gred A dalam setiap ujian dan peperiksaan dengan markah keseluruhan paling tinggi adalah 90,” katanya.
Dharshini berkata, sebelum mengambil subjek Tasawwur Islam, dia pernah mengikuti kelas jawi ketika di tingkatan satu dan dua bersama rakan sekelas lain di surau.
“Namun, hanya setakat itu saja kerana kelas berkenaan tidak diteruskan di tingkatan tiga. Saya juga tidak mahir membaca atau menulis jawi tetapi mengenali hurufnya.
“Ibu tidak pernah menghalang sebaliknya memberi sokongan kerana tahu saya hanya mahu menuntut ilmu, tidak lebih daripada itu,” katanya.
Kisah Dharshini mendapat perhatian warganet selepas dia memuat naik ciapan bersama gambarnya dan markah diperoleh untuk subjek Tasawwur Islam dalam Ujian Penilaian dan Peperiksaan di Twitter, semalam.
Ciapan itu mendapat pujian warganet yang kagum dengan prestasi gadis berkenaan walaupun bukan beragama Islam.-HM
The post Dharshini cemerlang ujian Tassawur Islam appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/17/dharshini-cemerlang-ujian-tassawur-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesa Jadi Cikgu Pu Riz Bersyukur Ada Pelajar Hindu Minta Tentang Islam

Selesa Jadi Cikgu Pu Riz Bersyukur Ada Pelajar Hindu Minta Tentang Islam

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 425 hits
Sejak akhir Ogos lalu pelakon dan pendakwah bebas PU Riz memulakan latihan amalinya sebagai guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 PU Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu mengakui selesa menjadi c...
Geram Dengan Sikap Menag Sekjen Mui Menag Selalu Sudutkan Islam Dan Para Dai Nya

Geram Dengan Sikap Menag Sekjen Mui Menag Selalu Sudutkan Islam Dan Para Dai Nya

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 389 hits
Sekjen Majelis Ulama Indonesia Anwar Abbas menilai sikap dan cara pandang Menteri Agama Fachrul Razi selalu menyudutkan agama Islam dan para dai nya Anwar Abbas menyatakan secara pribadi menolak program Menag soal penceramah yang bersertifi...
Ucapan Menag Soal Radikalisme Good Looking Sangat Menyakitkan Umat Islam

Ucapan Menag Soal Radikalisme Good Looking Sangat Menyakitkan Umat Islam

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 383 hits
Komunitas Sarjana Hukum Muslim Indonesia menyoroti pernyataan Menteri Agama Fachrul Razi soal anak anak good looking yang digambarkan sebagai penyebar paham radikal Ketua Eksekutif Nasional BHP KSHUMI Chandra Purna Irawan meminta agar mente...
Isu Melayu Islam Prestasi Menteri Antara Tumpuan Muktamar Pas

Isu Melayu Islam Prestasi Menteri Antara Tumpuan Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 341 hits
Selain membincangkan agenda berkaitan Melayu Islam PAS juga perlu melihat isu pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang semasa bermuktamar nanti kata penganalisis politik Ini kerana menurut Prof Rusdi Omar dari Universiti Utara ...
Mca Bakal Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam

Mca Bakal Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 312 hits
ismaweb netMCA kena ikut kehendak Melayu bertanding di kerusi majoriti CinaSEJAK Pilihan Raya Umum pertama pada tahun 1955 parti MCA telah dianggap sebagai penyokong tegar kerajaan daripada Parti Perikatan dan Barisan Nasional dalam mendapa...
Urutannya Tak Boleh Sembarangan Ini Adab Adab Memotong Kuku Menurut Islam

Urutannya Tak Boleh Sembarangan Ini Adab Adab Memotong Kuku Menurut Islam

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 951 hits
Memotong kuku merupakan salah satu sunnah Rasulullah dan juga menjadi sebuah kegiatan yang harus dilakukan guna menjaga kesehatan tangan Kita dianjurkan tak memanjangkan kuku karena bisa menjadi sarang kuman dan kotoran Oleh karena itu kita...
Radikalisme Kerap Dilekatkan Ke Islam Padahal Ini Faktanya

Radikalisme Kerap Dilekatkan Ke Islam Padahal Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 287 hits
Radikalisme dalam dua dekade terakhir ini makin banyak digaungkan Istilah ini pun kerap disandingkan dengan agama atau menyudutkan satu kaum tertentu Istilah radikalisme sendiri dalam berbagai macam diskursus kerap berusaha dijabarkan Luasn...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajarlah Redha Walau Dalam Keperitan

Khutbah Jumat Jangan Tasyabbuh Larangan Menyerupai Non Muslim Dalam Islam

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Daun Kesum

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Mestilah Ribu Kalau 500 Ringgit I Nak Belanja Apa Madammu Dedah Perbelanjaan Cecah Rm600k Sebulan Netizen Terkelu