Dewan Rakyat Lulus 10 Ruu Dalam Sidang Berakhir Semalam


Bernama Persidangan pertama di bawah kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ini secara tidak langsung memperlihatkan kekuatan sokongan kepada kerajaan apabila 2 usul melalui undi belah bahagian memihak kepada gabungan itu.KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat bagi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan kebenaran prosiding mahkamah diadakan secara dalam talian antara 2 perkara signifikan yang mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai semalam.
Masing-masing diluluskan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan melalui 3 rang undang-undang berkaitan mahkamah, iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020; Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 dan Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020.
Selain 4 rang undang-undang itu, persidangan selama 25 hari itu turut menyaksikan 6 lagi rang undang-undang diluluskan, termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan.
Turut diluluskan ialah 3 rang undang-undang berkaitan pandemik Covid-19, iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.
Persidangan pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ini juga secara tidak langsung memperlihatkan kekuatan sokongan terhadap blok PN apabila 2 usul yang dibuat menerusi undi belah bahagian memihak kepada mereka.
Undi belah bahagian itu ialah untuk Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 dan usul Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum ini, Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya yang dibawa oleh Muhyiddin.
Selain kelulusan rang undang-undang, persidangan kali ini turut menyaksikan 2 rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali ke-2 ditarik balik.
Rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan Perjawatan Perdana Menteri dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.
Selain itu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020, yang dijadual dibentang untuk bacaan kali ke-2 pada persidangan kali ini, ditangguh ke persidangan akan datang.
Turut dibawa ke persidangan akan datang ialah Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.
Seiring pertukaran kerajaan, persidangan kali ini turut menyaksikan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10.
Persidangan kali ini turut melakar sejarah apabila buat pertama kali melantik seorang wanita sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, iaitu ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.
Persidangan dewan kali ini ditutup dengan pemilihan ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan ahli Parlimen Kota Tinggi Noraini Ahmad.
Berlangsung ketika negara masih dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), prosedur operasi standard (SOP) tertentu turut diaktifkan bagi mengekang wabak Covid-19, termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan 1 meter, selain penghadang cermin diletakkan antara tempat duduk ahli Parlimen.
Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 2 Nov.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/dewan-rakyat-lulus-10-ruu-dalam-sidang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Lulus Ruu Mkn 2020

Dewan Rakyat Lulus Ruu Mkn 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2020 bagi menambah baik Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak ahli Dewan Rakyat Rang undang undang itu yang ...
Kerajaan Akan Lantik Anggota Pac Sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat Berakhir

Kerajaan Akan Lantik Anggota Pac Sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat Berakhir

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 309 hits
MalaysiaGazetteDatuk Takiyuddin Hassan foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Kerajaan akan memuktamad pelantikan anggota Jawatankuasa Kira kira Wang Negara sebelum berakhirnya mesyuarat Dewan Rakyat sesi semasa pada minggu depan Menteri di Jabata...
Mahkamah Tinggi Putuskan Sidang Sehari Dewan Rakyat Sah

Mahkamah Tinggi Putuskan Sidang Sehari Dewan Rakyat Sah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 3 SEPT Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei lalu adalah sah dan mengikut undang undang walaupun ia bukan normal dan tidak pernah berlaku sebelumnya demi menge...
Minister S Quarantine Violation Takes Centre Stage In Dewan Rakyat

Minister S Quarantine Violation Takes Centre Stage In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 280 hits
PARLIAMENT The discontent over Mohd Khairuddin Aman Razali s quarantine violation has been brought into the Dewan Rakyat today with several opposition MPs taking turns to press the issue of alleged unequal treatment accorded to the Perikata...
Dewan Rakyat Passes Amendments For Harsher Drink Driving Penalties

Dewan Rakyat Passes Amendments For Harsher Drink Driving Penalties

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 298 hits
The Dewan Rakyat has passed a bill for harsher penalties on those convicted of reckless and drink driving that results in injury or death The bill passed with a voice vote and received bipartisan support including from former transport mini...
Malaysia Consistent In Rejecting Claims Over Sabah Dewan Rakyat Told

Malaysia Consistent In Rejecting Claims Over Sabah Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 365 hits
Kamarudin Jaaffar says the issue is raised by politicians from the Philippines especially when the elections are around the corner KOTA KINABALU Malaysia s stand has always been consistent that it will not entertain or recognise any form of...
Dewan Rakyat Approves Four Finance Ministry Motions

Dewan Rakyat Approves Four Finance Ministry Motions

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 305 hits
The Dewan Rakyat today approved four motions tabled by the Finance Ministry on government funding and taxation The motions were on the transfer of Malaysian Government Investment Issues to the Development Fund under the Government Funding A...
Dewan Rakyat Approves Three Bills Linked To Courts

Dewan Rakyat Approves Three Bills Linked To Courts

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 256 hits
PARLIAMENT Three bills involving the courts were in focus in the House late yesterday with the participation of more than 20 Members of Parliament the majority of whom are legal practitioners The amendments to the Courts of Judicature Act 1...
Isu Sawit Sempadan Wp Selangor Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Sawit Sempadan Wp Selangor Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 283 hits
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos ini berpandukan kebiasaan baru KUALA LUMPUR Impak hasil promosi sawit oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di luar negara antara perkara yang baka...
Singgah The Sheep Sanctuary

Tak Tahu Nak Buat Apa

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

300 000 Hit By Unscheduled Water Cut In Jb

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon Rx 9060 Xt Ke Barisan Nitro

Papinka Kau Selalu Di Hatiku Chord

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord

Continuing Water Disruption Forces Emergency Meeting Between Johor Govt Operator

Pkr Polls Part 1 Hard Choices For The Party

Siti Kasim Stop Financial Rewards To Converters For This Will Perpetuate Forged Conversion Syndicates