Dewan Rakyat Lulus Ruu Mkn 2020


KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 bagi menambah baik Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776) diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak ahli Dewan Rakyat.
Rang undang-undang itu yang turut memastikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus melaksanakan fungsinya agar tadbir urus keselamatan negara dapat dilaksanakan secara berkesan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Seramai 11 ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu.
Antaranya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) yang menyokong rang undang-undang itu dan menyatakan akta sedia ada tidak mencerminkan perkongsian kuasa antara Yang di-Pertuan Agong dengan rakyat menerusi demokrasi berparlimen.
Beliau berkata, sekiranya negara hanya memusatkan kuasa kepada satu institusi sahaja seperti Perdana Menteri, maka ia bertepatan dengan klise politik ‘absolute power corrupt absolutely’.
“Kalau kita lihat dalam Perlembagaan semua perkara yang penting mesti dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Jadi sebab itu dalam soal perkongsian kuasa ini, ia bukan sahaja mesti dilakukan tetapi mesti nampak dilakukan,” katanya.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) pula berkata, rang undang-undang itu dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa apabila kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) bangkit mencelah dan mencadangkan kerajaan menjemput Ketua Pembangkang menyertai mesyuarat MKN bagi mengelakkan salah guna kuasa, memandangkan amalan itu turut dilaksanakan di United Kingdom.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Takiyuddin berkata selaras dengan Seksyen 10 akta itu, mana-mana individu yang mempunyai pengetahuan termasuk Ketua Pembangkang boleh dijemput sebagai ahli sekiranya terdapat keperluan berkaitan atau perkara yang dianggap mengancam keselamatan negara.
Rang undang-undang itu bertujuan meminda peruntukan berhubung kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan dengan memberi kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong, dan susulan itu, pindaan Seksyen 18 Akta 776 tidak akan menjejaskan peranan MKN sebagai penasihat dalam perisytiharan mana-mana kawasan keselamatan.
Selain memperkemas dan memperkukuhkan keanggotaan MKN, rang undang-undang itu juga untuk meningkatkan penalti bagi kesalahan melanggar obligasi kerahsiaan maklumat berhubung hal ehwal MKN serta memastikan kuasa membuat peraturan di bawah akta berkenaan tidak terletak pada Perdana Menteri sahaja, sebaliknya adalah hasil keputusan bersama musyawarah MKN.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – Bernama
The post Dewan Rakyat lulus RUU MKN (pindaan) 2020 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/24/dewan-rakyat-lulus-rang-undang-undang-itu-yang-turut-memastikan-majlis-keselamatan-negara-mkn-terus-melaksanakan-fungsinya-agar-tadbir-urus-keselamatan-negara-dapat-dilaks

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Lulus 10 Ruu Dalam Sidang Berakhir Semalam

Dewan Rakyat Lulus 10 Ruu Dalam Sidang Berakhir Semalam

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 299 hits
Persidangan pertama di bawah kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ini secara tidak langsung memperlihatkan kekuatan sokongan kepada kerajaan apabila 2 usul melalui undi belah bahagian memihak kepada gabungan itu KUALA LUMPU...
Pembangkang Membuat Kesilapan Besar Kerana Menolak Usul Ruu Perbekalan Tambahan 2020 Yang Bertujuan Membantu Rakyat

Pembangkang Membuat Kesilapan Besar Kerana Menolak Usul Ruu Perbekalan Tambahan 2020 Yang Bertujuan Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 406 hits
Gempar di Dewan Rakyat semalam Isnin 17 Ogos 2020 apabila kesemua Ahli Parlimen Pembangkang Pakatan Harapan yang hadir undi menolak bantuan kebajikan kepada rakyat bagi menghadapi pandemik Covid 19 Kegagalan Perikatan Nasional untuk mendapa...
Ruu Mkn Baru Menyekat Kuasa Perdana Menteri

Ruu Mkn Baru Menyekat Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 292 hits
Kerajaan membentangkan Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2020 bagi menyekat Perdana Menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai kawasan keselamatan RUU dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menter...
Rang Undang Undang Perbekalan 2020 Lulus Dengan Majoriti 5 Undi

Rang Undang Undang Perbekalan 2020 Lulus Dengan Majoriti 5 Undi

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan Perikatan Nasional boleh bertahan selepas hanya mendapat sokongan 111 ahli Parlimen dalam pengundian Rang Undang Undang Perbekalan Penguntukan Semula Per...
Kerajaan Akan Lantik Anggota Pac Sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat Berakhir

Kerajaan Akan Lantik Anggota Pac Sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat Berakhir

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 329 hits
MalaysiaGazetteDatuk Takiyuddin Hassan foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Kerajaan akan memuktamad pelantikan anggota Jawatankuasa Kira kira Wang Negara sebelum berakhirnya mesyuarat Dewan Rakyat sesi semasa pada minggu depan Menteri di Jabata...
Apa Berlaku Ketika Dewan Rakyat Tangguh 10 Minit Kelmarin

Apa Berlaku Ketika Dewan Rakyat Tangguh 10 Minit Kelmarin

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 332 hits
Kelmarin di Parlimen sebelum sesi pengundian dibuat Speaker telah tinggalkan Dewan dan tergantung selama 10 minit Kenapa ini berlaku Sebelum Speaker umum penangguhan 10 minit beberapa MP Umno telah bertindak keluar dewan Antaranya MP Pontia...
Harga Siling Pelitup Muka Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Harga Siling Pelitup Muka Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 275 hits
Apa rasional naik harga maksimum topeng muka tiga lapis ke RM1 50 KUALA LUMPUR Isu harga siling pelitup muka antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlim...
Kod O5 Tidak Lulus Bsh 2020

Kod O5 Tidak Lulus Bsh 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 538 hits
KOD O5 TIDAK LULUS BSH 2020 Ramai yang memberi respon pada kami tentang kod tidak lulus BSH 2020 Antara kod tidak lulus BSH 2020 yang paling popular adalah KOD 05 Walaupun anda berasa sedikit kecewa dan putus asa namun disini kami ingin mem...
Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syafiq Kyle Names Kopiko As His Feveret Coffee

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

8 Pasangan Pengurus Anak Selebriti Berentap Dalam Talk To My Manager Musim 1

Daddy Naik Sheikh