Dewan Negara Lulus Ruu Antibuli 2025


Dewan Negara Lulus RUU Antibuli 2025
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Rang Undang-undang (RUU) Antibuli 2025 yang diluluskan Dewan Negara hari ini akan memastikan kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelajar di bawah umur 18 tahun melaksanakan garis panduan mengenai buli di premis sekolah masing-masing bagi membendung kes itu secara total.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kementerian itu termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) yang menjaga hal ehwal semua sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah swasta, serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Turut terlibat Kementerian Pertahanan yang mengendalikan Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menguruskan Sekolah Henry Gurney.
“Kempat-empat institusi ini dan menteri bertanggungjawab kena melaksanakan tanggungjawab yang disebut sebagai guideline (garis panduan) dengan menjadikan ia sebahagian daripada undang-undang.
“Ini saya tengok satu pendekatan yang baik, sebab (selepas ini) tidak boleh lagi mana-mana sekolah rendah, sekolah menengah atau pun sekolah swasta mengatakan mereka tidak tahu mempunyai tanggungjawab itu,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan yang diluluskan dengan majoriti suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 27 senator.
Beliau berkata penggubalan RUU itu juga membolehkan semua pihak berkenaan mengambil laporan walaupun kes buli itu adalah terpencil.
“Kalau institusi pendidikan tidak mengambil apa-apa laporan, sama ada kecil sekalipun, dia melanggar undang-undang. Itu sebenarnya yang dimaksudkan dalam RUU ini,” katanya.
Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan dua RUU berkaitan pembangunan kemahiran negara di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), iaitu RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 dan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) berkata pindaan itu tidak akan menjejaskan atau menyebabkan pertindanan pengiktirafan kemahiran kepada pekerja mahir tempatan dengan kelayakan akademik sedia ada.
“Kita telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi bagi memastikan tiada pertindanan pengiktirafan kemahiran, sebaliknya mengekalkan kesepadanan dan keseragaman dengan kelayakan akademik sedia ada.
“Pindaan ini bukan sekadar melibatkan perubahan perundangan sebaliknya satu transformasi nasional ke arah sistem latihan kemahiran lebih inklusif, progresif dan berimpak tinggi selaras keperluan pasaran pekerjaan yang semakin dinamik dan berteknologi terkini,” katanya.
Beliau turut menegaskan latihan kemahiran negara adalah berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan daripada analisis pekerjaan sebenar industri dan bukan bersifat teori semata-mata, manakala penilaian kebolehpasaran graduan turut mengambil kira kesepadanan pekerjaan dan tahap gaji melalui kajian pengesanan graduan serta data caruman PERKESO.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 bertujuan meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) bagi meluaskan skop pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Beliau berkata ini kerana akta itu tidak pernah dilakukan sebarang pindaan sejak pewartaan pada 31 Dis 2004 sebelum dikuatkuasakan Januari 2006.
Antara teras utama pindaan adalah perluasan skop pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan kepada program latihan lain yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta pemantapan tadbir urus melalui proses kelulusan, pengurusan dan kawalan bantuan kewangan lebih telus.
BACA: Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini BACA: Dato Seri Ismail Sabri Lulus Viva PhD, Bakal Bergelar Doktor Sumber: Bernama
The post Dewan Negara Lulus RUU Antibuli 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/16/dewan-negara-lulus-ruu-antibuli-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dewan Rakyat Lulus Ruu Perkeso Lindung 24 7 Lepas Waktu Bekerja Pun Anda Dilindungi

Hiburan Dewan Rakyat Lulus Ruu Perkeso Lindung 24 7 Lepas Waktu Bekerja Pun Anda Dilindungi

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 209 hits
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang Undang Keselamatan Sosial Pekerja 2025 yang memperkenalkan Skim Lindung 24 7 satu inisiatif baharu yang bakal memberi perlindungan menyeluruh kepada hampir 10 juta pekerja formal di Malaysia Melalui skim ...
Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 131 hits
Bangkok Thailand rio berbasikal trek negara yang terdiri daripada Mohd Akmal Nazimi Jusena Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom mencatat pencapaian gemilang dalam Sukan SEA 2025 apabila berjaya menjuarai acara pecut berpasu...
Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 246 hits
Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara KLANG 5 Disember 2025 Majlis Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 telah berlangsung di KSL Esplanade Hotel Klang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterja...
Pemanah Berkuda Junior Negara Gegar Pentas Dunia Di China Ppim 15 12 2025

Pemanah Berkuda Junior Negara Gegar Pentas Dunia Di China Ppim 15 12 2025

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 131 hits
Pasukan pemanah berkuda junior Malaysia mencipta sejarah membanggakan apabila berjaya menggegarkan pentas dunia dengan merangkul kejuaraan Masahi Team Junior dan Masahi Team Open Division dalam kejohanan berprestij 2025 Global Horseback Arc...
Malam Kota Buku 2025 Pkb Perkukuh Ekosistem Buku Negara Himpun 1 000 Pemain Industri

Malam Kota Buku 2025 Pkb Perkukuh Ekosistem Buku Negara Himpun 1 000 Pemain Industri

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 87 hits
Cyberjaya 19 Disember 2025 Perbadanan Kota Buku hari ini menghimpunkan kira kira 1 000 pemain industri perbukuan dari seluruh negara menerusi penganjuran Malam Kota Buku 2025 sebuah majlis penghargaan yang memperkukuh ekosistem buku negara ...
11 Disember 2025 Monolog Jiwa 10 Bila Malam Terasa Panjang

11 Disember 2025 Monolog Jiwa 10 Bila Malam Terasa Panjang

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 133 hits
11 Disember 2025 Monolog Jiwa 10 Bila Malam Terasa Panjang Malam terasa begitu panjang dan aku terjaga dalam resah Namun aku tahu setiap malam pasti berganti dan fajar akan tetap datang Doa Ya Allah tenangkan hatiku di malam yang panjang da...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 993 hits
Jadual Sukan SEA 2025 menjadi rujukan utama peminat sukan tanah air untuk mengikuti aksi hebat Team Malaysia di Bangkok Chonburi dan Songkhla Dengan lebih 50 sukan dipertandingkan sepanjang temasya berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025...
Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 174 hits
Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025 SUBANG JAYA 11 December 2025 Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e MAS 5 dan Proton Saga serba baharu PROTON menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13 451 unit Prestasi...
Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Speed Read A Sportster Street Tracker By Fxr Division And More

Resepi Kampung Bajet Hidangan Murah Rasa Kaya Yang Memukau

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Pendapatan Sampingan Jana Income Usdt Tanpa Pantau Chart Melalui Ai Bot Bitradex

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Kerja Sambilan Online Jana Income Usdt Automatik Tanpa Perlu Kerja Tambahan

Mula Mula Kahwin Niat Nak Impress Family Mentua Lain Pula Yang Jadi