Design Kad Hari Raya 2021 Azhafizahgraphic
Tahun ni sempat juga design 3 kad raya 2021. Tak dapat nak ambil order lebih dari itu sebab masa tu masih dalam fasa siapkan tempahan sampul duit raya hipster. Alhamdulillah semalam dah settle semua tempahan final batch. Tempahan dari Singapore pun dah selamat sampai. Tahun ni jauh sikit sampai Singapore pergi dia.
Cerita pasal design pulak, sebenarnya tahun ni macam tahun sebelumnya juga. Disebabkan COVID-19 semuanya berubah. Mood tu jangan cakaplah, turun naik. Pernah sampai satu tahap tu, lansung tak boleh generate idea. Mujurlah customer memahami.
Kadang tu saya suggest pada customer gunakan apps lebih mudah. Tapi mereka cakap, guna apps tak sama dengan tempah. Apps tak boleh buat apa yang dia nak. Okay, faham disitu.
Mostly yang biasa tempah setiap tahun blogger Shida, blogger Anum dan Oppie si kucing comel. Setiap tahun mesti Oppie ada baju raya baru. Bukan Oppie yang tempah, owner Oppie yang tempah. Terkejut pulak kalau kucing yang tempah, kan
Kad hari raya Shida RadzuanMacam biasa saya akan design ikut warna tema biru, warna favourite Shida. Katanya nak sama dengan warna blog sekarang. Design terpulang pada saya katanya lagi. Okay baiklah. Saya gunakan elemen songket untuk background, tambah elemen ketupat dan masjid. Tambahan elemen lain untuk memenuhi ruang kad. Alhamdulillah shida setuju dengan idea design kad raya tu.
Kiriman kad hari raya Shida radzuan sudah pun saya terima hujung bulan lepas.
Kad hari raya OppieTempahan kad raya oppie dari ownernya zaza. Setiap tahun tak pernah missed tempah kad raya dan juga sampul duit raya hipster. Design kad raya oppie tahun ni tema warna dia agak vintage dan design simple je sebab background dia dah sarat dengan corak kucing-kucing.
Tempahan design depan dan belakang. Printing kad raya saya tempah pada Shida
Kad hari raya AnumBlogger Anum rajin juga tempah design kad raya. Design juga dia serahkan pada saya. Saya pilih tema hijau dan coklat baru matching dengan gambar yang diberikan. Letak elemen lampu gantung, ketupat dan corak mandala untuk lebih menarik.
Tahun ni anum tempah sekali kad raya digital berserta musical. Boleh click button play untuk dengar lagu dan saya include sekali simple animation
View this post on Instagram A post shared by Azhafizah Graphic (@azhafizahgraphic)
Buat masa ni saya hanya terima order ikut masa dan kemampuan. Kalau urgent order memang saya tak ambil. Idea bukan boleh datang begitu saja. Bukan macam beli barang, bayar terus dapat. Tak tak! Ianya bergantung pada mood dan juga idea. Susah bukan? Tapi itulah realitinya.
Cuma bila tengah free dan ada idea baru saya ambil untuk urgent order. Begitulah cerita dia
baca juga : koleksi ucapan hari raya
Sama macam tempahan saampul duit raya. Saya dah berikan masa 7 hari waktu bekerja tak termasuk sabtu ahad. Tapi masih ada yang ingat, bayar je dua tiga hari dah boleh dapat. Oh no! Salah jangkaan tu. Disebabkan ianya handmade, adakalanya tangan perlu rehat sebab kita manusia perlukan rehat juga. Kita bukan robot
Pernah juga push diri buat tanpa henti. Sekali bila sakit bahu dan jari jemari, lansung kerja tak jalan. Kenalah ambil pengajaran dari situ. Ambil order mana termampu. Mana yang nak order nak cepat memang saya tak ambil dah. Lagi lagi nak tutup due date pos laju ni. Nanti kalau saya terima juga, lambat dapat saya juga kena maki berbakul-bakul
Mencari rezeki dalam masa yang sama kesihatan kena ambil peduli juga. Bukan menolak rezeki, kena tahu tahap kemampuan kita dan menjaga kualiti juga. Saya sangat hargai mereka yang sentiasa menghargai hasil kerja saya dan berpuas hati. Alhamdulillah...
Terima kasih semua yang pernah tempah design dan tempah sampul duit raya. Tradisi kiriman kad raya sebagai pengganti diri masih diteruskan cuma sekarang lebih kepada kad hari raya digital
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/05/design-kad-hari-raya-2021.html