Desas Desus Dun Sarawak Bubar Semakin Kuat



Khabar angin pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) bertiup kencang sejak malam tadi.
(Harian Metro) – Ada yang mendakwa pembubaran akan berlaku Jumaat ini sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Sarawak.
Malah ada juga yang meramal DUN akan dibubar Isnin ini, selepas selesai lawatan Ismail Sabri serta beberapa menteri Persekutuan ke Sarawak antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Namun, ramai yang tersentak apabila ada yang meramalkan ianya akan berlaku hari ini dan lebih mengejutkan apabila spekulasi itu disiarkan akhbar tempatan menerusi berita dalam talian malam tadi.
Tetapi ‘Panglima’ Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pula sibuk di luar Kuching sepanjang hari ini.
Beliau dijadual menghadiri tiga majlis berasingan di Sri Aman mulai jam 10 pagi hingga jam 4 petang nanti.
Jadi kemungkinan bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran DUN hari ini adalah tipis.
“Tak mungkin beliau umumkan hal penting itu di Sri Aman kerana secara tradisinya sejak zaman Tun Taib lagi (Tun Abdul Taib Mahmud) pengumuman akan dibuat di Kuching tepatnya di pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia,” katanya seorang ahli kanan sebuah parti politik.
Namun, segala kemungkinan boleh berlaku kerana PRN-12 adalah yang pertama Abang Johari akan menjadi ketua kepada empat komponen parti yang membentuk GPS.
Juga yang pertama bagi parti pemerintah kerajaan Sarawak itu ‘bertempur’ di luar pakatan Barisan Nasional (BN).
“Mungkin juga Abang Jo akan buat sesuatu yang baru. Manalah tau tiba-tiba beliau umumkan di Sri Aman hari ini,” kata orang politik itu lagi.
DUN Sarawak terbubar secara automatik selepas tempohnya tamat pada 7 Jun lalu.
Bagaimanapun, proses pilihan raya tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Pada 30 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh di Sarawak bermula 2 Ogos lalu hingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.
Bagaimanapun, Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan PRN-12 Sarawak boleh diadakan sebelum tempoh darurat tamat pada 2 Februari 2022
Menurutnya, terdapat dua perkara dalam Ordinan Darurat Sarawak 2021 yang membolehkan situasi itu berlaku selari dengan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Pertama, darurat boleh disingkatkan oleh Yang di-Pertuan Agong jika ia diperlukan dan keduanya, pilihan raya boleh diadakan jika Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan persetujuan kerajaan negeri iaitu Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri.
Selepas penjelasan Wan Junaidi itu, tersebar pula khabar angin bahawa Abang Johari sudah pun menghadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan bagi cadangan pembubaran DUN.
Meskipun tiada penafian daripada Pejabat Ketua Menteri, ada pegawai di pejabat berkenaan memberi bayangan seolah-olah ia memang sudah berlaku.
PRN Melaka sudah diketahui tarikhnya, jadi kini tumpuan pastinya terarah ke Sarawak yang kemungkinan besar Abang Johari akan membuka mulut mengenainya, kalau bukan hari ini, mungkin esok, kalau tak lusa atau boleh jadi Isnin?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/21/desas-desus-dun-sarawak-bubar-semakin-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Sarawak Mungkin Bubar Beberapa Hari Lagi Kata Naib Presiden Pbb

Dun Sarawak Mungkin Bubar Beberapa Hari Lagi Kata Naib Presiden Pbb

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 173 hits
October 21 2021 Kenyataan Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah hadir beberapa jam selepas Ketua Menteri Abang Johari Openg merangkap Presiden PBB menafikan perkara itu PETALING JAYA Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu me...
Prn Sarawak Tunggu Pengumuman Bubar Dun Dalam Sehari Dua Abdul Karim

Prn Sarawak Tunggu Pengumuman Bubar Dun Dalam Sehari Dua Abdul Karim

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 188 hits
PRN Sarawak Tunggu pengumuman bubar DUN dalam sehari dua Abdul Karim Demikian bayangan yang diberikan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sara...
Tarik Balik Bubar Dun Melaka Ph Melaka Hantar Warkah Kepada Agong

Tarik Balik Bubar Dun Melaka Ph Melaka Hantar Warkah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 181 hits
Oleh FAZLI RADZI October 8 2021Pakatan Harapan Melaka telah menghantar warkah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara Kuala Lumpur petang tadi Pengerusinya Adly Zahari berkata warkah itu diha...
Terkini Sarawak Tiada Pengumuman Pembubaran Dun Prn Melaka Norhizam Bukan Calon Ph

Terkini Sarawak Tiada Pengumuman Pembubaran Dun Prn Melaka Norhizam Bukan Calon Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 230 hits
Pejabat Ketua Menteri Sarawak menjelaskan tiada sidang media pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri akan diadakan esok SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www as
Rakyat Persatuan Peniaga Kecil Rayu Tarik Balik Bubar Dun Melaka

Rakyat Persatuan Peniaga Kecil Rayu Tarik Balik Bubar Dun Melaka

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 279 hits
Rakyat biasa dan golongan peniaga di Melaka merayu agar Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Ali Rustam menarik balik pembubaran DUN negeri itu yang dilakukan pada 4 Oktober lalu Menurut salinan surat kepada Yang Dipertua N...
Mungkinkah Wujud Silap Mata Masa Dun Melaka Bubar

Mungkinkah Wujud Silap Mata Masa Dun Melaka Bubar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 205 hits
Menurut beliau jika betul ada perkara yang aneh aneh ini berlaku maka orang itu telah mencemarkan institusi TYT Katanya TYT perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang itu yang telah membuat pernyataan tidak wajar sehingga beliau telah te...
Ph Dan Empat Adun Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam Tarik Balik Bubar Dun Melaka

Ph Dan Empat Adun Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam Tarik Balik Bubar Dun Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Hj Adly Zahari bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sult...
Dun Lambir Siapsiaga Sempena Prn Sarawak

Dun Lambir Siapsiaga Sempena Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 208 hits
Tinjauan JPRN ke Bilik Gerakan N 72 Lambir sempena jelajah siagaan PRN ke 12 Terima kasih kpd sdr Naib Pengerusi Negeri sdr SU Pengelola Negeri atas kegigihan dan perkongsian maklumat bersama kami
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly