Rakyat Persatuan Peniaga Kecil Rayu Tarik Balik Bubar Dun Melaka



Rakyat biasa dan golongan peniaga di Melaka merayu agar Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Ali Rustam menarik balik pembubaran DUN negeri itu yang dilakukan pada 4 Oktober lalu.
Menurut salinan surat kepada Yang Dipertua Negeri dihantar oleh beberapa pertubuhan peniaga dan kemasyarakatan yang dilihat oleh Suara Keadilan, persatuan-persatuan tersebut menolak dilaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan pembubaran DUN kerana dikhuatiri akan mencetuskan semula gelombang pandemik Covid 19.
“Saya Azman Dollah bagi pihak koperasi Abang Beca dengan rendah diri dan seikhlasnya mengemukakan warkah ini bersama-sama dengan Gabungan Usahawan dan Penjaja Melaka, Koperasi Haji Sharief Melaka Berhad, Jawatankuasa Pembangunan Nelayan, Penggerak Komuniti Negeri dan Persatuan Sayur-sayuran Melaka, setelah memperhalusi kemelut politik, menghayati cabaran yang dilalui oleh rakyat Melaka dan melihat pengorbanan barisan hadapan, kami berpendapat adalah tidak wajar untuk menggadai nyawa serta mata pencarian rakyat negeri ini dengan mengadakan PRN tatkala pandemik Covid 19 masih belum terkawal,” kata surat berkenaan.
Sehubungan itu, gabungan peniaga dan persatuan penduduk itu merayu TYT agar tidak meneruskan pembubaran DUN dengan menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk membatalkan pembubaran.
Seterusnya, kata mereka, Yang Dipertua Negeri boleh melantik kerajaan baharu berdasarkan pihak mana yang mempunyai majoriti di dalam DUN.
“TYT, Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa wewenang sepenuhnya menimbang semula persetujuan ke atas permintaan Ketua Menteri bagi membubarkan DUN dan menarik balik persetujuan terebut
“TYT boleh mengikut teladan dan titah Seri Paduka Baginda Tuanku Agong (di peringkat Persekutuan) dengan memilih seorang Ketua Menteri baharu tanpa membubarkan DUN demi keselamatan, kesejahteraan rakyat dan menjayakan ikhtiar pemulihan ekonomi negeri Melaka
“Dengan mengikut teladan dan titah Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri juga boleh mengelakkan gelombang baharu Covid 19 daripada melanda negeri sepertimana yang dialami Sabah semasa PRN pada 2020
“TYT mempunyai kuasa wewenang untuk memilih seorang Ketua Menteri baharu dengan memberi kuasa kepada pihak yang layak memerintah selagi mereka bertanggungjawab dan memenuhi keperluan masyarakat Melaka,” kata surat itu.
Surat tersebut juga mengepilkan lampiran alasan perundangan untuk tidak berlakunya pembubaran DUN, sebagaimana duluan yang berlaku di Perak pada 2009 apabila Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hilang majoriti, dan Sultan Azlan Shah ketika itu melantik kerajaan baharu di pihak yang mempunyai sokongan majoriti.
“Selaras dengan perkara 8.2(b) Perlembagaan Negeri Melaka, Yang Dipertua tidak mempunyai budi bicara untuk mempersetujui permintaan Ketua Menteri bagi membubarkan DUN
“Sebaliknya selaras dengan prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin lawan Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir, TYT sepatutnya memanggil kesemua 28 mantan ADUN untuk menghadap dan mengesahkan sokongan masing-masing bagi memilih Ketua Menteri baharu kerana TYT telah menjalankan kuarantin kendiri dari tanggal 30 September hingga 7 Oktober.
“Didapati proses penentuan Ketua Menteri tersebut tidak dilaksanakan, dan TYT telah mempersetujui permintaan Ketua Menteri (yang hilang majoriti) bagi membubarkan DUN secara tergesa-gesa,” kata surat itu lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33294

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarik Balik Bubar Dun Melaka Ph Melaka Hantar Warkah Kepada Agong

Tarik Balik Bubar Dun Melaka Ph Melaka Hantar Warkah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 197 hits
Oleh FAZLI RADZI October 8 2021Pakatan Harapan Melaka telah menghantar warkah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara Kuala Lumpur petang tadi Pengerusinya Adly Zahari berkata warkah itu diha...
Ph Dan Empat Adun Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam Tarik Balik Bubar Dun Melaka

Ph Dan Empat Adun Mohon Agong Nasihatkan Tun Ali Rustam Tarik Balik Bubar Dun Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Hj Adly Zahari bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sult...
Tyt Melaka Tidak Ikut Duluan Bubar Dun

Tyt Melaka Tidak Ikut Duluan Bubar Dun

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 412 hits
Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka tidak mengikut duluan ketika Pakatan Harapan berkuasa pada Mac 2020 lalu Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat petang ini berkata Yang di Pertua Negeri Melaka TYT Tun Datuk Sri Utama Dr Al...
Bubar Dun Melaka Betul Atau Gopoh

Bubar Dun Melaka Betul Atau Gopoh

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 333 hits
Pihak CEC tidak bersetuju bahawa pilihan raya negeri wajar diadakan Malaysia sedang beransur pulih daripada krisis COVID 19 dan pilihan raya akan menjejaskan proses pemulihan tersebut Kita tidak harus mengulangi kesilapan seperti pilihan ra...
Kecoh Lompat Parti Dan Dun Melaka Bubar

Kecoh Lompat Parti Dan Dun Melaka Bubar

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 235 hits
Kerajaan Melaka tumbang susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron Datuk Nor Azman Hassan Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee men
Mungkinkah Wujud Silap Mata Masa Dun Melaka Bubar

Mungkinkah Wujud Silap Mata Masa Dun Melaka Bubar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 241 hits
Menurut beliau jika betul ada perkara yang aneh aneh ini berlaku maka orang itu telah mencemarkan institusi TYT Katanya TYT perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang itu yang telah membuat pernyataan tidak wajar sehingga beliau telah te...
Bubar Dun Tyt Melaka Terima Nasihat Salah Kenyataan Media Majlis Presiden Ph

Bubar Dun Tyt Melaka Terima Nasihat Salah Kenyataan Media Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 242 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan keadaan politik semasa di Melaka termasuk pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri semalam Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di Pertua ...
Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 293 hits
agendaily com5 10 2021Dewan Undangan Negeri Melaka Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka mendapat sokongan UMNO dan yakin akan dapat menyapu bersih semua kerusi sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan kata Presidennya Datuk Seri ...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter