Desakan Menteri Letak Jawatan Tidak Patut Timbul Kata Kamarudin


Khairil AshrafOctober 26, 2018 8:36 AM Kamarudin berkata, keputusan yang dibuat bertujuan memastikan tidak ada pihak mendapat kelebihan atau keistimewaan. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu gesaan Gabungan Teksi Se-Malaysia yang mendesak Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sepatutnya tidak timbul.
Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, ini kerana segala keputusan yang dibuat adalah secara bersama-sama, bukannya oleh individu.Beliau berkata, banyak pertemuan telah diadakan dengan persatuan pemandu teksi bukan sahaja oleh menteri tetapi juga kementerian.
“Sebenarnya kita ada perancangan dasar yang jelas sebagaimana yang telah diumumkan untuk memastikan industri teksi dan e-hailing diberikan layanan dan diletakkan syarat yang sama,” katanya kepada FMT selepas menghadiri Forum Ilmuan Islam di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Gabungan Teksi Se-Malaysia yang sebelum ini mendesak Loke agar meletak jawatan kerana didakwa tidak menghormati teguran perdana menteri tentang permasalahan dihadapi pemandu teksi.
Pada Ahad lalu, pertemuan antara perdana menteri dan persatuan pemandu teksi di Langkawi, Kedah, kecoh apabila beberapa ahli persatuan bertindak keluar majlis kerana tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir Mohamad berhubung perkhidmatan perkongsian kenderaan.
Kira-kira 10 orang pemandu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar ketika perdana menteri berkata beliau akan mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berbangkit.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata keputusan yang dibuat secara bersama itu bertujuan memastikan tidak ada pihak mendapat kelebihan atau kemudahan seperti lesen memandu, syarat dan insuran kereta.
“Malah kita telah meringankan tanggungan pemandu teksi dengan menetapkan teksi yang berusia lebih 3 tahun kini hanya perlu diperiksa sekali setahun berbanding dahulu setiap 6 bulan,” katanya.
Kamarudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mempunyai perancangan bagi membantu pemandu teksi dari segi penggunaan aplikasi “e-panggilan”.
“Langkah ini supaya mereka juga dapat memberikan khidmat ‘e-hailing’, bukan sahaja pemandu e-hailing, tetapi juga pemandu teksi.“Ini antara usaha yang telah dilakukan untuk memastikan perkhidmatan e-hailing dan juga teksi mendapat kedudukan sama supaya mata pencarian pemandu teksi tidak terjejas,” katanya.
FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2018/10/desakan-menteri-letak-jawatan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Akhirnya Perdana Menteri Letak Jawatan

Gempar Akhirnya Perdana Menteri Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 508 hits
Hatoyama Yukio Letak Jawatan Kerana Gagal Tunai Janji ManifestoYukio Hatoyama ialah seorang bekas ahli politik Jepun yang pernah berkihdmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 16 September 2009 hingga 2 Jun 2010 Beliau meletakan ja...
Menteri Didesak Letak Jawatan

Menteri Didesak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 314 hits
Menteri Didesak Letak Jawatan Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu gesaan Gabungan Teksi Se Malaysia yang mendesak Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sepatutnya tidak timbul Timbalan menteri pengangkutan itu berkata ini kerana segala keputus...
Mp Minta Notis Larangan Merokok Ditarik Balik Menteri Tiada Kuasa Letak Notis Di Parlimen

Mp Minta Notis Larangan Merokok Ditarik Balik Menteri Tiada Kuasa Letak Notis Di Parlimen

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 422 hits
Dua Ahli Parlimen pembangkang dan Pakatan Harapan hari ini bergabung suara meminta notis larangan merokok di Parlimen yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ditarik balik Usul yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai ...
Saya Penganggur Lawan Menteri Patut Dah Masuk Kubur Kata Rafizi

Saya Penganggur Lawan Menteri Patut Dah Masuk Kubur Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 399 hits
MOHAMED AZMIN ALI dan Rafizi Ramli bersaing hebat dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR Foto Utusan OnlineCalon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli beri gambaran jawatan dalam Kabinet bukan penentu kemenangan calon dalam pemilihan part...
Rtc Kini Jadi Pusat Komuniti Desa Kata Menteri

Rtc Kini Jadi Pusat Komuniti Desa Kata Menteri

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 542 hits
RTC kini jadi Pusat Komuniti Desa kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 12 Oct 2018 10 28PM mid
Menteri Kata Kesan Sst Belum Ketara Tunggu Ketara Ke

Menteri Kata Kesan Sst Belum Ketara Tunggu Ketara Ke

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 433 hits
Selepas 2 3 tahun melaksanakan GST dan rakyat dapat adaptasi sistem GST tersebut walaupun dalam keadaan paksa rela Semasa pru14 kesan GST tidaklah terlalu ketara berbanding isu rasuah dan 1mdb yang menjatuhkan BN Selepas memahami GST rakyat...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk

Bungled Pc Leaves Fam Red Faced The Absolvement Of Blame Lawyered Up And Search For Elusive Culprit

Muhammad Shah Firdaus Nurul Izzah Dinobat Pelumba Terbaik Malaysia 2025