Derma Dan Amalan Kebaikan Macam Mana Yang Perlu Dan Tak Perlu Di Pamerkan




'Derma bukan tontonan'. 
Itu tajuk lagu Herman Tino yang popular satu ketika dahulu.
Saya suka dengar lagu tu. Rentaknya kena. Paling menarik adalah liriknya yang sangat benar.
Tajuk lagu itu muncul dalam kepala lanjutan isu yang berkisar dalam media sosial sebelum ini.
Bermula dari kes video yang jadi viral seorang jejaka muda yang kaya menghulurkan bantuan kepada seorang lelaki tua. Upacara derma itu disulam dengan ceramah motivasi untuk naikkan semangat. 
Dah tentu matlamatnya adalah untuk timbulkan kesedaran kepada semua orang agar ambil sikap berusaha sungguh-sungguh supaya dapat keluar dari kesusahan.
Tetapi malangnya orang tua yang ambil sumbangan itu dijadikan model umpama bahan contoh.
Dalam keadaan seseorang yang sangat membutuhkan bantuan, apalah daya untuk menolak dirinya dari diperlakukan sedemikian rupa. Duduk terpacak depan audience, tunggu diberi sumbangan, sambil biar diri dimalukan. 
Telan saja demi secebis sumbangan.
Dah tentu itu lebih penting sekalipun menitik jatuh ke tanah habis air mukanya rasa hina.
Apa nak buat!.
Derma bukan tontonanSaya lampirkan lirik lagu Herman Tino untuk direnungi kat bawah ni ..

Tangan kanan memberiSorokkan tangan kiriDerma bukan tontonanLakukan dalam sepiSematkanlah keikhlasanHuraikanlah kebuntuan

Kerana sesuatuSuratan kehidupanMengharap dan dipinta bantuan

Harta bukan milikmuUntukmu hanya rezekiTerkurang himpun lagiTerlebih memberilahBegitu lebih kurangnyaSedikit tulisan janji
Dari isu tersebut juga saya cari ayat Al-Quran yang berkaitan dengan 'memberi'. Berikut di bawah ini, saya temukan.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Al-Baqarah, ayat 264
Budaya pamerkan derma sumbanganSecara peribadi, saya dari dulu tak suka budaya pamerkan derma dan sumbangan kepada orang yang dilanda kesusahan dalam hidup mereka.
Budaya itu makin menjadi-jadi di zaman media sosial sekarang.
Nak kritik jadi serba salah. Apatah lagi ramai yang lakukan aktiviti kebajikan tersebut adalah mereka yang sudah naik ke tahap celebriti, mengalahkan pemimpin negara.
Jadi diamkan saja.
Dar9 satu sudut, ada baiknya juga budaya pamerkan kebaikan secara besar-besaran begitu. Ia membuatkan lebih ramai lagi tampil ke depan usahakan aktiviti yang sama.
Saya ada terlihat juga sebelum ini, ada ahli politik muda berbangsa Cina yang usahakan konsep sama. Berikan sumbangan pada mereka yang susah. Disusuli juga dengan posting medsos. Juga dengan konsep penceritaan hampir sama.
Senario, jumpa orang susah, muncul hero, berikan solusi dan akhirnya semua bahagia. Macam kisah-kisah filem yang selalu kita tonton.
Manusia memang dah sebati, suka dan mudah tersentuh dengan kisah-kisah sedemikian.
Dalam satu kajian yang saya baca tentang cara terbaik meraih simpati. Fokuskan hanya kepada satu orang. 
Buat kisah sedihnya, kesukaran hidupnya, dan pamerkan gambar-gambar keadaan orang itu. 
Konsep penciptaan satu watak utama.
Taktik itu adalah sangat besar impaknya. Berbanding pamerkan sekumpulan manusia yang susah kehidupannya. Macam dalam filem, satu kampung kena tibai mati bergelimpangan tidak trajis lansung.
Segalanya mula jadi pilu hanya bila anak Ketua Kampung, Milah dipukul, dikoyak pakaiannya dan ditampar muka comelnya hingga lebam. 
Emak Milah pula ditikam dan ayah Milah diterajang dan rumah Milah di bakar. Itu saja yang mampu naikkan kemarahan Darma, Hero filem tersebut.
Contohnya. Jika anda minta sumbangan untuk didermakan kepada rakyat sebuah negara yang kebuluran, ianya adalah lebih sukar dapat sambutan berbanding minta derma kepada seorang individu yang ditimpa malapetaka. 
Derma yang fokus pada seorang individu lebih mudah, pantas dan banyak jumlah yang dapat diraih berbanding derma kepada satu populasi penduduk. Jika dibandingkan secara per kapita.
Sebab itu kebanyakan kisah yang dipamerkan mesti diselitkan juga tumpuan pada satu susuk tubuh utama. 
Perlu ada satu watak individu yang dinaikkan kisahnya. Selain dari individu tersebut, adalah watak tambahan saja, yang menyerlahkan lagi penceritaan.
Maksudnya, semua proses mempamerkan amalan derma atau sumbangan sering dipaparkan selama ini, telah disusun secara terperinci dan bukan secara spontan. 
Semua dah dikaji terlebih dahulu untuk mendapatkan impak maksimum dari perkongsian. Pengamalnya tahu formula tersebut sangat berkesan.
Apa yang anda tonton Setiap kali ada upacara derma atau sumbangan yang dipertontonkan, saya sering bertanya soalan di atas.
Apa sebenarnya yang ditonton?
Adakah orang yang mendapat derma tersebut. 
Atau
Orang yang memberikan derma dan sumbangan?
Bila saya tanya pada kawan-kawan, perkara pertama yang dilihat adalah pemberi derma. 
Alhamdulillah! bagusnya orang itu. Syurgalah balasannya. Alangkah baiknya kalau aku juga dapat buat perkara yang sama ..
Dari segi matlamat, itu adalah satu kejayaan terhadap si pemberi derma. Dapatlah dia gunakan kemahsyuran itu untuk giatkan lagi aktiviti kebajikannya.
Macam syarikat yang buat CSR.
Aktiviti CSR adalah sangat baik untuk strategi pemasaran. Menaikkan jenama syarikat dan meningkatkan lagi hasil jualan dalam perniagaan mereka. Rasa berbaloi untuk membeli produk dari syarikat sebegitu.
Syarikat akan lebih polular.
Jika individu yang buat begitu. Samalah juga. Individu dapat membina jenamanya sendiri. Tapi kesannya lebih hebat. Bila dia naik nama, semua usaha perniagaannya juga sudah tentu akan naik sama. Serampang dua mata yang sangat berkesan.
Memang baik semua itu. Jika difokuskan kepada pemberi derma.
Tapi, cuba lihat disudut penerima derma pula.
Tentu timbul rasa kasihan padanya disusuli rasa lega dia sudah dibantu. Kalau anda berada sama ketika kejadian berlaku, kerana anda salah seorang dari team yang menderma. Semuanya sangat baik. Penderma akan berterima kasih tak terhingga.
Tapi jika ada satu team media yang merakamkan semua kejadian, adakah kisah yang dipamerkan kepada semua orang dalam media sosial baik untuk diri penerima derma.
Saya bayangkan jika saya penerima derma.
Habis satu Malaya melihatnya. Paling malu, jika yang melihat itu mereka yang kenali diri saya. Mana nak letak muka selepas itu?
Malu. Dah tentu rasa sangat aib. Mana ada glamour gambar sendiri jadi viral segenap ceruk sebagai menerima sumbangan derma belas ehsan orang!
Dalam kesukaran begitu, dah pasti tak ada kekuatan untuk menolak dari dirakam dan dipamerkan. Sekalipun diminta izin terlebih dahulu sebelum itu.
Kebutuhan saya terhadap bantuan membataskan diri dari menolaknya. Biarlah berkecai hancur maruah diri, terpaksa ditelan juga demi kesinambungan hidup menerima bantuan.
Itu semua adalah pendapat perbadi saya. Tidak bertujuan untuk menidakkan sumbangan dari para aktivis kebajikan. Buatlah.Teruskan lah semangat kebaikan itu untuk masyarakat.
Cuma seandainya saya ditakdirkan susah melarat satu hari nanti, saya pohon dan doakan kepada Allah, janganlah dihadirkan orang-orang yang datang memberikan sumbangan bantuan dan derma, lengkap dengan team media mereka. Membuat rakaman untuk pamerkan keadaan saya yang hina serba daif di media sosial.
Dalam keadaan sebegitu, saya khuatir tidak punya kekuatan untuk menolak bantuan kerana sangat memerlukannya. 
Sekalipun lumat remuk hati rasa diri dihina. Jadi bahan pameran, contoh manusia gagal yang diberi sumbangan. Kini dijadikan bahan tontonan.
Si penderma mangaut hasilnya dengan populariti berlipat ganda. Dia pulang dengan kejayaan.
Penerima derma, mendapat bantuan melepaskan keperluan hidupnya. Bukan percuma sebenarnya. Habis maruah dirinya tergadai. Sangat tinggi bayarannya! Jauhkan aku dari malapetaka itu ya Allah!
Derma bukan tontonan ..
Senario 2 pamerkan dermaCuba lihat kes ekstrim. Anda selamatkan seorang pelacur. Keluarkan dia dari lembah pelacuran dimana dia terperangkap dalamnya.
Bawa dia ke satu tempat yang selamat. Berikan bantuan kewangan, makanan, tempat tinggal dan lain-lain keperluan supaya dia dapat mulakan satu kehidupan yang baru.
Semua itu satu amalan kebaikan yang sangat mulia. Tiada tolok bandingnya.
Untuk galakkan amalan kebaikan itu turut sama dilakukan oleh lebih ramai orang. Anda bawa satu team media. Semua aktiviti yang anda buat dirakamkan dengan baik dan bergaya.
Kemudian satu tampalan dimuatkan ke media sosial. Ayat yang sayu menyayat hati dikarang. menceritakan keadaan dan kisah pelacur itu. Gambar lengkap disebarkan seantero dunia.
Apa agaknya yang anda rasa tak kena dalam aktiviti kebaikan di atas?
Bukan semua kebaikan perlu pamerMemang bagus pamerkan kebaikan supaya orang dapat tengok. Rasa kagum dan timbul keinginan untuk buat perkara sama.
Tapi tak semua kebaikan itu perlu buat begitu.
Macam kes di atas. Buat diam-diam saja kerana ia melibatkan individu yang sepatutnya dirahsiakan sahaja sejarah hitam sebelum itu. Biar dia mulakan hidup baru.
Kalau pamerkan, malah memang kerja gila jika ada yang sanggup buat begitu, akan musnahlah usaha untuk pulihkannya kepada kehidupan yang lebih baik.
Kalau dilihat kes yang lebih ringan, seperti yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Membantu orang susah yang ditimpa kesempitan. Lebih elok jika di diamkan sahaja. Tak perlu pamerkan juga.
Ia melibatkan maruah orang itu.
Tak ada orang yang suka pamerkan dirinya susah, miskin papa kedana.
Jika dia suka, mahu satu dunia tahu dan dapat hubunginya, maka dia ada tujuan untuk ambil kesempatan. Hidup dengan bergantung harap kepada derma dan sumbangan orang ramai.
Macam sindiket peminta sedekah yang berleluasa sekarang. Minta sedekah jadi kerjaya. Boleh berulang balik naik kapal terbang dari Indonesia datang ke Malaysia hanya untuk minta sedekah.
Kalau nak tunjuk juga, elok rahsiakan si penerima. Tak payah nak rakam gambarnya dan siarkan dalam media sosial.
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 271, Firman Allah yang maksud berhampiran dengannya berbunyi begini,
“Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan”
Al-Baqarah : 271

Boleh tunjuk tak apa. Tapi sembunyikan adalah lebih baik terutamanya bila anda berikan kepada fakir miskin.
Itu apa yang saya dapat faham secara mudah. Tapi saya bukan ahli yang layak untuk buat rumusan dari mana-mana ayat Al-Quran. Elok pergi rujuk pada para Ustaz yang anda kenal. Hanya mereka saja layak berikan penerangan yang lebih tepat dalam hal beragama.
Pendapat saya hanya berdasarkan keupayaan akal yang waras sahaja.
Kebaikan yang elok dipamerkanKebaikan yang wajib amat elok dipamerkan. Contohnya solat, zakat, puasa, dan lain-lain seumpamanya. Lebih ramai yang pamerkan lebih baik. Ini akan menjadikan amalan wajib sebagai norma biasa.
Jika anda buang halangan yang mengganggu jalan raya, juga elok dipamerkan. Itu tak melibatkan maruah sesiapa. Begitu juga aktiviti tampal lubang besar di jalan. Rakam, dan siarkan supaya pihak berwajib yang sepatutnya buat kerja itu berusaha untuk jadi lebih cekap dari anda.
Jika anda berniaga. Ada majlis meraikan pekerja. Berikan hadiah dan ganjaran kepada para pekerja cemerlang. Itu juga kebaikan. Pamerkan lah. Supaya majikan lain berlumba sama untuk berikan ganjaran pada pekerja yang cemerlang.
Rumusannya, saya berpendapat, perlu fikirkan terlebih dahulu setiap kali nak pamerkan kebaikan. Jangan terlalu teruja nak jadi popular sampai semua benda nak pamerkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/07/derma-bukan-tontonan-herman-tino.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Nak Buat Macam Mana Sebab Pkp Badan Berisi Seolah Hamil Ini Respon Hos Gv8 Jihan Muse

Hiburan Nak Buat Macam Mana Sebab Pkp Badan Berisi Seolah Hamil Ini Respon Hos Gv8 Jihan Muse

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 241 hits
Setelah agak lama menyepi di atas pentas pengacaraan berikutan perlaksanaan PKP sebelum ini kemunculan pada malam konsert minggu pertama program nyanyian Gegar Vaganza musim ke 8 ternyata telah meraih perhatian netizen Manakan tidak perubah...
Marah Macam Mana Pun Kawallah Emosi Elak Anak Rasa Rendah Diri

Marah Macam Mana Pun Kawallah Emosi Elak Anak Rasa Rendah Diri

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 228 hits
Kita rasa anak kita masih kecil walhal anak kecil kita sudah memahami dan tahu emosi rasa sedih dan sebagainya Jadi janganlah menidakkan emosi anak Elak sama sekali merendah rendahkan anak Menurut kata Parenting Influencer En Mohd Fhais Sal...
Macam Bodyguard Dabu Cool Setia Ke Mana Sahaja Tuan Mandi Air Terjun Main Bowling Pun Nak Berkepit Je

Macam Bodyguard Dabu Cool Setia Ke Mana Sahaja Tuan Mandi Air Terjun Main Bowling Pun Nak Berkepit Je

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 232 hits
DIMANA ada tuannya disitu pasti ada Dabu Gelagat manja kucing gebu ini duduk di atas riba siap di tepuk manja seorang wanita ketika berada di sebuah pusat bowling baru baru ini ternyata dicemburui ramai Dia lupa la tu dia tu kucing eiii kom...
Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 245 hits
https www msn com en my news berita harga makanan utama meningkat rakyat gusar ar AAR6iUlTurun naik harga makanan bergantung kepada bekalan dan permintaan pasarantidak semua lapisan masyarakat mampu menampung kenaikan tersebut Beban kenaika...
Macam Mana Nak Hapus Katak

Macam Mana Nak Hapus Katak

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 245 hits
Tanya sesiapa sahaja apa pandangan mereka terhadap katak politik pasti jawapannya benci meluat menyampah jijik geli loya dan banyak lagi yang menyimpulkan rasa tidak suka dan tidak senang Tanya saya itu juga jawapannya walaupun tidak dinafi...
Dah Macam Buat Konsert Dato Siti Kongsi Gelagat Aafiyah Nyanyi Sedap Ikut Tempo

Dah Macam Buat Konsert Dato Siti Kongsi Gelagat Aafiyah Nyanyi Sedap Ikut Tempo

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 205 hits
Tempias populariti ibunya apa sahaja yang dilakukan oleh Aafiyah puteri sulung Dato Seri Siti Nurhaliza pastinya menjadi tumpuan semua Jika beberapa minggu lalu Dato Siti berkongsi gelagat Aafiyah yang mencipta lirik sendiri kali ini Aafiya...
Patut Umur Macam Ni Berehat Netizen Seb4k Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi Rider Untuk Sara Hidup

Patut Umur Macam Ni Berehat Netizen Seb4k Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi Rider Untuk Sara Hidup

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 248 hits
Kebanyakan dari kita memang ada soft spot untuk warga emas Bila kita nampak orang tua sedang berjalan sorang sorang pun boleh rasa sedih sebab teringat dekat ibu ayah di kampung Jumpa atuk jadi riderLagi menyedihkan bila kita lihat warga em...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024